Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu | Asslamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sempena hari ibu, tasha nak ucapakan selamat hari ibu kepada My Super Mom, Hamidah Omar. Yang melahir, mendidik dan membesarkan tasha dengan kasih sayang. 

Walaupun tasha ni ada macam-macam perangai yang sukar dijangka, Mak tetap sabar ja... Macam biasa la, hari ibu ja mesti tak dapat bersama dengan mak. Hanya ucapan dari jauh ja. Tak da rezeki nak celebrate sama-sama. 

Untuk hari Ibu ni, tasha dah prepare hadiah, tunggu balik kampung nak bagi ja. Tak da la hadiah kereta ka rumah ka.. Biasa-biasa ja... 

Tapi, apa-apa pun setiap hari kita kena hargai Ibu kita. Ada rezeki lebih, bagi la sikit. Bila kita gembirakan hati ibu bapa kita, In Shaa Allah, Allah akan limpahkan lagi rezeki untuk kita... Aamiin..

hargai Ibu anda selagi hayatnya masih ada :)

Al-Fatihah jugak buat ibu saudara (adik bongsu mak) yang telah meninggal dunia 2 minggu lepas. Rasa sedih dan terkilan sangat sebab tak dapat balik hari tu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Selamat Hari Ibu!

0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata