Tempat Menarik di Langkawi | Island Hopping


Tempat Menarik di Langkawi; Island Hopping | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kali ni tasha nak share antara aktiviti yang korang dapat buat ketika bercuti di Langkawi. Ramai kawan yang excited bila tahu yang tasha berasal dari Langkawi dan masing-masing tanya "Apa yang best kat Langkawi ye?"

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang korang boleh buat ketika bercuti di Langkawi. Langkawi ni tempat pelancongan dan sangat rugi kalau korang tak manfaatkan masa korang kat langkawi tu sebaiknya. 


Island Hopping


Aktiviti yang tasha nak kongsi kali ini adalah Island Hopping. Mungkin ada yang dah pernah dengar dan ada juga yang belum pernah dengar. Island hopping ni adalah persinggahan dari satu pulau ke pulau yang lain dengan menggunakan bot. 

Untuk Island Hopping di Langkawi, pulau yang dipilih adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar -Eagle Feeding


Pulau Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik, terletak di Pulau Dayang Bunting. Jarak dari jeti pekan pelancongan ke tasik dayang bunting lebih kurang 30 minit. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapur menegak tinggi di hadapannya.
Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting. Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak , jaket keselamatan dan lain-lain.
Pelancong juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan (satu jenis terapi untuk kaki). Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung . Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan . Kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter. (sumber wikipedia)

Kalau dulu masuk hanya percuma. Tetapi sekarang berbayar. 

Warganegara
Dewasa RM 3.00
kanak-kanak RM1.00 

Warga asing
Dewasa RM6.00 
kanak-kanak RM3.00 


Pulau Beras Basah


Dekat pulu beras basah korang boleh mandi manda. Air sangat jernih dan bersih. Korang boleh nampak ikan dok melambani-lambai kat korang. hehe... Kat sini ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat. Korang boleh naik banana boat, parasailing, jetski. Tapi berbayar la.

Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju.
Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.
Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah Pulau Beras Basah. - wikipedia



Pulau Singa Besar


Pulau Singa terletak di antara pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras VBasah. Pulau Singa besar ni juga dipercayai terdapat seekor singa gergasi pada satu masa dahulu. Singa ini dikatakan sebagai penjaga di Pulau Langkawi. Tapi jangan risau, sekarang tak ada pun singa tu. yang ada cuma helang ja. Jadinya kalau pergi kat situ korang boleh tengok helang. 

Masa pemandu bot tu lemparkan perut ayam ke dalam laut korang dapat lihat betapa banyaknya helang turun menyambar perut ayam tu. So, boleh la rakam detik-detik tu.  



Pakej Island Hopping

Ni harga yang company tempat tasha buat partime tahun lepas. Kalau booking direct dengan company memang murah je. 

Private/Group : 1 bot RM250 (max 10 orang)
Sharing : RM25/seorang (kongsi bot dengan orang lain)

Akan tetapi harga island hopping ini berbeza mengikut company yang anda ambil. Kalau korang booking melalui agent atau hotel memang harga akan mahal sikit. Rate harga yang dorang ambil dalam 30-35 seorang. Biasa la dorang nak ambil untung sikit. Tapi masa tasha kerja dulu ada juga agent sampai ambik harga RM60 seorang.  Kalau yang private tu sampai 400-500. Sampaikan kami ni pun terkejut tau. Company tetap ambil harga sama ok. Kalau pelancong tak tahu apa-apa, memang pakai bedal ja kan. 

Tips jimat better deal dengan company terus.. 


0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata