Kulit Cerah Berseri Dengan 7 Langkah Mudah


Kulit Cerah Berseri Dengan 7 Langkah Mudah | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Korang nak tak tips wajah cerah dan berseri? Tasha sendiri pun nak kulit cerah dan berseri. Mostly, ramai orang yang muka putih tapi pucat. Tak berseri. Tasha nak share tips untuk cerahkan wajah then bagi muka berseri.

Langkah Pertama Kulit Cerah


Kita rawat kulit dari dalam dulu dengan Whitening Pearl Mask Pack . Mask ni pakai waktu malam sebelum tidur. Pakai lebih kurang 15-20 minit je. Lepas tu buka mask.Tapi jangan basuh muka tau. Korang usap-usap muka, urut-urut sikit. Biarkan dia meresap dalam kulit tu. Fungsi mask ni untuk mencerahkan wajah. Selain untuk cerahkan wajah, mask ni juga membantu untuk melembapkan kulit. 

Macam tasha sendiri memang alergik dengan beberapa jenis mask. Kebanyakkan mask dekat pasaran kan ada bahan kimia yang banyak. So, memang kulit tasha tak tahan. Tasha suka pakai yang guna natural mask. Tak ada la muka rasa gatal-gatal, bengkak tak tentu pasal. 


Langkah Kedua Kulit Cerah


Kemudian, tasha guna Skin Texture Toner. Yang best toner ni dia bukan ja boleh buang kulit mati kat muka tapi jugak untuk firming our skin. Dah la kulit cerah, tegang pulak tu. Siapa tak suka. Two in One toner. Korang tahu tak toner ni penting lepas kita cuci muka? First untuk pastikan muka kita betul-betul bersih. Dengan toner ni jugak boleh buang segala kulit mati. Jadi, bila kita apply krim apa-apa kat muka baru la senang meresap dalam kulit. Baru la ada effect kita guna skincare tu. 

Ni tak. Dah la malas scrub. Toner pulak malas nak apply. Lepas tu pakai apa-apa pun kat muka tak ada effect. Kan dah rugi.  Nak kulit sihat cantik, ikut step yang betul ye. Jangan pakai bedal je..


Langkah Ketiga Kulit Cerah 


Next, kita apply One Shot Ample. Bentuk dia pun dah macam jarum. Mula-mula tasha ingat kena pakai semua sekali gus. Rupanya picit sikit dan apply kat muka. One Shot Ample ni macam moisturizer la jugak. Cuma ni kita sapu kat kawasan yang kita nak bagi cerah ja. Kawasan yang bermasalah. Pakai ni setiap pagi dan malam. 


Langkah Keempat Kulit Cerah



Sekarang part mata pulak. Untuk hilangkan gelap bawah mata, memang ni sangat sesuai. Sapu ja Wrinkle and Whitening eye cream. Garis-garis halus tepi mata pun boleh kita hilangkan bila apply. Tasha sekarang ni memang selalu tidur lambat. Banyak benda nak kena buat. Student kan. jadi burung hantu tu perkara biasa. Esoknya terus jadi mata panda. Bila apply benda ni, kurang la sikit.  Bila gelap bawah mata dah tak ada, baru la mata nampak segar kan. Lagi la naik seri wajah tu. Orang kata dari Mata tu la turun ke hati. hehehe...


Langkah Kelima Kulit Cerah


Apa yang specialnya Pore Fit Pure Skin Primer ni, korang boleh pakai sebelum atau selepas make up. Primer ni kalau tengok dekat-dekat dia ada shining sikit. So kalau pakai lepas make up muka nampak shining gitu. Fresh... pinky... Apa yang bagus dengan primer ni, dia membuatkan make up tahan lebih lama. Sangat-sangat penting, sebelum korang pakai apa-apa fondation, bb cushion apa semua tu. Korang wajib pakai primer. Dia baiki kulit korang. Bantu kawal minyak dimuka... 

Fungsi primer ni selain membuatkan make up tahan lama, dia juga membantu mengelakkan liang roma tersumbat dengan bahan-bahan make up tu. Tahu kan punca jerawat terjadi sebab liang muka terbuka then terus pakai foundation tebal-tebal. Lepas tu cuci muka tak bersih.. lama-lama tersumbat la...

Cara pakai primer ni senang je. Korang calit sikit je.. Then sapu keseluruh muka. Bagi rata tau.


Langkah Keenam Kulit Cerah



Bila dah pakai primer, baru la boleh apply Air Fit Cushion ni. Serius tasha sangat takut nak pakai bb cushion macam ni. Bila apply je rasa macam lain sangat. Then bila lama-lama rasa macam muka bercapuk je. Masa mula dapat cushion ni, ragu-ragu jugak nak pakai. Tapi try ja la... Tapi pakai sikit-sikit je.. Then tengok ok... warna dia sama tona dengan kulit tasha. So, bila pakai tak nampak beza sangat warna kulit. Tak ada la macam pakai cushion.. Sebab tekstur dia sangat ringan. Air Fit kan... Macam tak pakai apa-apa... Bau dia sangat wangi.. Even dah pakai lama pun bau dia tetap ada. Dan yang penting dia ada SPF 50. sangat sesuai untuk tasha yang selalu berjemur tengah panas... Alhamdulillah, tasha rasa ni je kot cushion yang serasi dengan muka tasha. 


Langkah Ketujuh Kulit Cerah



Last sekali, bila dah settle pakai cushion.. Kita bagi sikit sentuhan terahir, sapulah sikit Seammul Single. Dia merupakan highlighter yang menaikkan lagi seri muka tu. Bagi nampak shinning, glowing.. Baru la nampak fresh muka tu. Natural look katanya... Korang jugak boleh pakai sebagai eyeshadow. Just sapu-sapu je....

Haa.. Senang je kan nak kulit cerah berseri. Satu box ni cuma bernilai RM120 je. Kalau beli asing-asing harga jadi sangat mahal. Tambahan pulak kalau beli kat kedai-kedai make up berjenama kat Malaysia ni. Nak harga mampu milik dengan make up korea. Korang beli je kat Althea Korea. Confirm puas hati. 


Dapatkan set Total Brightening Althea BELI SEKARANG

Althea Raya Giveaway Festival


Althea Raya Giveaway Festival | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Korang perasan tak , dah nak dekat seminggu puasa. Sekarang ni kalau keluar ja mesti belambak kedai-kedai jual baju raya. Dan masing-masing pun sibuk buat persiapan raya kan. 

Dari buat persiapan rumah (nak beli perabot baru, langsir baru), lepas tu persiapan juadah raya (masing-masing dah fikir nak buat kuih raya apa kan), dan persiapan untuk diri sendiri (dari baju, shawl, kasut). 

Baju raya semua tasha dah prepare awal-awal. Malas nak keluar time puasa ni. Tengah panas pulak. Tapi kalau baju dah lawa, shawl dah cantik.. penampilan wajah kita macam mana pulak? Tak nak buat persiapan jugak ka? hehe.. 

by the way, kalau persiapan wajah tasha tak risau sangat. Tak payah nak berebut-rebut tengah panas. Order dengan Althea ja. Senang...



Sekarang ni ada limited edition Althea Raya Box. Siapa yang selalu beli dengan Althea memang tahu la kotak Althea semua comel-comel. Rasa sayang nak buang. Tasha memang suka buat koleksi kotak Althea ni. 

Lagi satu Althea jugak buat Giveaway Raya Festival tau. Di mana kalau kita beli, kita dapat free gift dari Althea. Gift dia bukan calang-calang tau. Gila tak best... Ada 9 gift korang boleh pilih salah satu.  Tasha excited sangat. Tak sabar nak shopping dengan Althea. Nak cepat-cepat grab Limited Edition Althea Raya Box... 

Tasha nak beli skincare. Nak bagi kulit cantik sebelum raya ni. Lepas tu, raya nanti nak pakai make up dari Althea. Sekarang ramai yang suka skincare dari korea. Nak cantik macam orang-orang korea kan.

Kalau tak nak lepaskan peluang ni, cepat-cepat la ke web Althea Korea ni. Jom kita shopping sama-sama, cantik pun sama-sama.



Celebrate Raya With One Festive Gift From Althea