Beraya Sakan Dengan Althea


Beraya Sakan Dengan Althea | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kalau korang ingat, hari tu tasha ada cerita beli skincare dengan make up dari Althea. Nak cantik masa raya kan. Alhamdulillah, dah sampai box tu sebelum raya dan sempatlah beraya dengan set box althea raya tu. Sekarang baru sempat nak update dalam blog. Check it out barang yang tasha beli..

Untuk skincare tasha ada beli:

Untuk barangan make up plak tasha beli:

dan tasha pilih Matt Lip sebagai free give untuk raya festival. 


Tasha kurang sikit nak beli barang make up sebab tasha tak pandai sangat nak conteng-conteng muka pakai make up tebal-tebal. ni pun baru nak belajar pakai mascara je dulu. Tapi tu la... tak tahu macam mana nak apply bagi cantik dan tak over. Someone please help me!!!

That's why tasha banyak beli skincare product. As we know, skincare korea memang bagus dan menjadi kegilaan orang nak beli. 


Black Sugar Mask Wash Off



Bagi tasha mask ni multi purpose. Sebab boleh dijadikan mask dan juga scrub muka. Rutin wajib tasha setiap minggu adalah wajib skrub muka untuk pastikan segala dead skin betul-betul dibuang. Biasanya tasha hanya akan gunakan serbuk teh ja untuk scrub muka. Kebanyakkan skrub muka kat pasaran kurang sesuai untuk kulit tasha yang agak sensitif. Lepas tu dia punya tekstur kurang best sebab rasa macam tak bersih ja muka. 

Tapi dengan black sugar ni tekstur dia agak kasar dan kalau urut-urut kat muka memang rasa puas hati la. Rasa bersih dan lembut ja muka. Bila dead skin dah tak ada baru la senang nak apply skincare kan.


Skin Solution Magic Powder



Yang ni paling best. Sebab bagi tasha dia macam bedak sejuk alaf baru. Apa yang magic dengan powder ni? Haa... Bagi yang ada masalah jerawat tu eloklah pakai benda ni. Dah tak payah nak sapu ubat gigi untuk kecutkan jerawat. Kalau yang kulit sensitif pakai ubat gigi kat jerawat mesti naik merah kan dan sampai tak selesa. Tapi dengan magic powder ni selamat. Tak kan naik kesan merah pun. Cara pakai pun senang ja. 


Kalau pakai bedak sejuk biasa kita kena goncang dulu kan bagi sebati air dengan bedak tu. Tapi untuk magic powder ni korang tak payah goncang. kalau air dengan powder tu bercampur kesan dia kurang efektif. Bila powder dengan air tek bercampur ni la yang paling terbaik untuk pakai. Korang just celupkan cotton bud dalam botol sampai cecah ke powder. Then terus angkat dan dapkan kat tempat jerawat tu. Tak perlu sapu satu muka pun ok. Rasa dia mula-mula akan pedih sedikit bila terkena jerawat tu then akan sejuk macam bedak sejuk. Magic powder ni eloklah pakai sebelum tidur ok.


Vitamin Capsule (Vita 3000 AC Refining Cream)



Actually vitamin capsule ni ada banyak jenis. Ada Vitamin E, C, A, B, dan AC. Untuk kali ni tasha just beli Vita AC sahaja iaitu gabungan vitamin A dan C. Vitamin A berfungsi untuk mengembalikan ketegangan kulit dan vitamin c untuk cerahkan kulit. Tasha just pakai ni biasanya time lepas cuci muka. Lebih kurang tasha buat ni sebagai moisturizer la. Just sapukan sikit je. sikit tu pun dah boleh rata satu muka. 


Milky Dress White Platinum



Ni sebenarnya lotion untuk putihkan kulit. Boleh pakai kat muka dan juga badan.Bau dia wangi dan tekstur dia mudah menyerap. Kadang-kadang kalau malas nak make up just pakai ni je sikit. Tak ada la nampak pucat sangat muka. Natural look gitu. Then just calitkan sikit lip gloss.. Dah siap.

Selain putihkan wajah, produk ni jugak dapat buatkan wajah kita glowing gitu. Korang jugak boleh cerahkan part yang bermasalah seperti siku, lutut, bawah mata, dan kat bahagian mana-mana yang nak dicerahkan.



Cheese Pongdang Eyes Colour



Ni set eyes shadow tasha yang pertama. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak beli. Tambahan pulak tasha pakai spek, bukan nak nampak pun kan kalau pakai. Entah la kenapa tiba-tiba tergerak hati nak beli. Susah jugak nak pilih warna-warna eyes shadow ni. Dia ada banyak sangat colour dan tasha tak tau yang mana satu sesuai untuk buat natural look. Agak-agak korang ni ok ke tak? Then siapa sudi ajar tasha pakai benda alah ni.. Pleaseeeee.................



The Style 4D Mascara



Part mata ni tasha kurang nak hias. Pertama sebab tak tahu nak pakai. Kedua sebab bukan nampak pun kalau pakai spek. Bab mascara ni pulak tasha jarang pakai bila pakai spek sebab nanti dia sangkut dengan spek. Fungsi mascara ni kan untuk melentikkan bulu mata then bagi panjangkan bulu mata kan. Memang akan sangkut la. Kalau tasha tak pakai spek ja tasha pakai mascara. Since tasha dah berani sikit pakai lenses, apa salahnya kalau hias sikit part mata tu kan.. 


Matt Lip



 Matt lip merupakan free give yang tasha pilih sempena althea Raya Giveaway. Tasha memang suka dengan matte lip ni sebab senang apply dan kalau minum ka makan ka dia tak melekat. Dia ada tiga warna dan tasha pilih nude colour untuk nampak lebih natural. Tasha dah biasa pakai warna merah. So kali ni nak try yang nude colour pulak. Nasib baik sesuai dengan tasha. Tak ada la nampak macam over sangat. 

Tapi nak solat memang kena cuci betul-betul la. Pakai la make up remover tau. Jangan pakai basuh je. Nak cantik, bergaya pun.. wuduk kena amik betul-betul... jangan pakai bedal je. 

Kalau korang nak cari skincare atau make up dari korea boleh je direct ke laman web https://my.althea.k . Harga jauh lebih murah kalau korang beli direct dari korea tau.. Cepat-cepat pi beli...




0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata