KLAIRS | Mid-day Blue Sun Lotion & Mochi BB Cushion Pact


KLAIRS Mid-day Blue Sun Lotion & Mochi BB Cushion Pact  | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Simple But Enough... Itulah tagline bagi satu brand kosmetik korea yang terbaik. Kali ni tasha nak kenalkan korang dengan dua produk Klairs yang mendapat tempat dalam hati peminat makeup korea.

Kalau bagi gadis korea yang paling dorang suka pakai adalah bb cushion dan juga sunblock. Kiranya dua product ni memang wajib ada dalam beg tangan dorang. Dengan dua produk ni pun dah boleh jadikan kita cantik. Tak perlu mekap tebal-tebal pun. Just simple je tapi perfect. 


Klairs Mid-day Blue Sun Lotion



Untuk pilih sunblock yang terbaik, kita kena pastikan tekstur sunblock tu jenis mudah meresap dengan kulit. Kalau perasankan sesetengah sunblock tu tekstur dia terlalu padat sampaikan susah nak meresap dalam kulit. Dah tu sampai melekit-lekit. 

Sampailah jumpa Mid Day Blue Sun Lotion ni. Sunblock ni sangat penting tau. Benda wajib pakai. Duduk tengah panas ka, teduh ka kena jugak pakai. Sebab sinar UV ni tetap ada walaupun ditempat teduh. Sun Lotion dari Klairs ni dapat protect kulit kita dari sinar UV. Tekstur sun lotion ringan dan mudah meresap ke dalam kulit tapi dia tak keringkan kulit kita tau. Dia dapat stabilkan kelembapan di kulit kita. 

Kalau nak pakai sunblock harian make sure SPF dia 35 ke atas. Dan ternyata Mid Day Blue Sun Lotion ni mempunyai SPF 40/PA++. Kalau kita berjemur tengah panas pun, sun lotion ni dapat protect kulit dari bahang matahari. So tak ada la muka jadi merah macam udang kena bakar. Malah muka akan jadi glow gitu. Lagi satu disebabkan ia mempunyai tone yang natural jadi sun lotion ni jugak boleh dijadikan sebagai base make up. 

Cara nak apply sangat senang.

1. Pastikan pakai 15 minit sebelum keluar.
2. Pakai dulu skincare korang sebelum pakai sun lotion ni. Pastikan sun lotion betul-betul meresap baru pakai make up ye. Better guna span tau. Lepas tu baru lah boleh apply make up korang. Tak pun lepas pakai sun lotion ni, apply je BB Cushion. Dah siap.
3. Kalau korang berjemur tengah panas lama sangat. Apply semula sun lotion ni setiap 2 jam.

Mochi BB Cushion


First impression pasal Mochi bb cushion ni semestinya packaging dia yang sangatlah comel dan lain dari yang lain. Sangat ekslusif. Pact BB Cushion ni sangat portable dan boleh dibawa ke mana-mana ja. BB Cushion ni juga mempunyai built in cap case yang lebih hygenic. Yang mana boleh tutup dan buka. Ini penting bagi mengelakkan kandungan BB Cushion ni menjadi kering dan tak mudah keluar kalau terbalik pun. Ia memberikan ciri-ciri keselamatan dan kebersihan pada pact bb cushion.

Mochi BB Cushion ni direka khas sebagai balm-type product. Which is, teksturnya lebih baik dari cecair dan mampu menutup pores. BB cushion ni memberi finishing yang fresh pada wajah dan flawless. Tak ada la nampak pucat, tak bermaya je muka.

Kalau perasan kat muka kita ni ada part yang tona tak sekata kan. Pastu ada macam merah-merah kat muka. So, tone bagi BB Cushion ni adalah apricot-beige. Jadi ia dapat menaturalkan kesan merah-merah kat muka untuk sekatakan wajah dan nampak look yang natural.

Mochi BB Cushion ni juga ada SPF 40. Jadi boleh juga dijadikan sebagai sunblock dan kalau korang nak touch up semula wajah korang pun sesuai. jadi tak perlulah nak pakai sun block lain dah. Korang boleh apply BB cushion ni dengan 3 cara. Pilih lah jenis coverage yang macam mana korang suka.


Cara nak apply BB Cushion ni pun senang je.
1.Korang pakai dulu skincare harian korang. Gunakan span yang diberi then dap dap kat muka. Start dari tengah then baru la ke tepi tepi.


Klairs Trial Sample Set 



Selain dari dua product kat atas, tasha jugak dapat 7 jenis set trial kit daripada Klairs. Setiap kit ini mengandungi 3ml sampel produt sahaja. So, kalau yang baru nak try product dari Klairs belilah dulu trial kit ni. Lepas tu confirm korang akan beli set besar terus. hehe...

Antara sampel yang tasha dapat ni adalah:

1. Gentel Black Deep Cleansing Oil
2. Supple Preparation Facial Toner
3. Supple Preparation All-over Lotion
4. Illuminating Supple Blemish Cream SPF 40/PA++
5. Rich Moist Soothing Serum
6. Rich Moist Soothing Cream
7. Midnight Blue Calming Cream

Cara Dapatkan Product Klairs

Korang boleh dapatkan product klairs ni sama online mahupun offline di store yang terpilih. Ataupun boleh je direct ke website Hermo Malaysia

Kalau korang nak dapatkan info yang lebih detail pasal product Klairs ni boleh je terus ke Website Klairs. 


Website Hermo: https://goo.gl/kg3uKA



Simple But Enough



1 comments:

Ninie said...

Wah bagus ni. Siap ada sampel tu. SPF BB cream dia sampai 40.

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata