Team Raya Langkawi


Team Raya Langkawi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dapat jugak balik kampung beraya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran hujung-hujung nak habiskan praktikal, Allah permudahkan dan buka jalan untuk selesaikannya. Time raya tu macam-macam dah fikir pasal result praktikal. Tak tenang jiwa raga ni. Alhamdulillah, dah keluar pun result. 

Macam biasa la kalau beraya ni. Beraya dengan family je la. Nak beraya dengan kawan, masing-masing dok jauh. Kawan sekampung pulak dah balik beraya rumah mertua masing-masing. Kita ni ja masih beraya kat rumah family sendiri. 

So, ni la team raya langkawi kami... With my sisters yang masih single mingle and sepupu sepapat sebelah  abah. Bila dah tak ada kerja, kami round la satu kampung... For sure akan nampak view kat laut kan.. This is my kampung laa... Orang hanya tau Langkawi je. Tapi ada lagi yang tak tau, 2 pulau kecik kat langkawi ni ada kampung tau... Moh ler ke kampung saya... hehehe....



Untuk menghubungkan dua pulau iaitu Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba dah ada jambatan tau. Tak perlu naik bot lagi kalau nak ke pulau sebelah. Kalau dulu ulang alik ke asrama memang kena naik bot. Sekarang dah tak payah. 


Laman kat rumah tasha. Biasa la laman rumah kampung.. Pokok je la banyak...


View atas jambatan. Jambatan ni pun tempat favourite kaki pancing tau. 


Bergambar dengan retis la kejap... hehe... Sape yang layan mentor dulu kenal la kot dengan mamat ni. Kenal ke tak? Alaa... Qody mentor tu.. protege Black...

Dia ni memang dari sekolah suka nyanyi... Alhamdulillah... tercapai gak cita-cita dia tu.... 

Raya kan sebulan. So, dikesempatan ni tasha nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Kosong-kosong ye... So sape yang nak duit raya dari tasha tu cepat-cepat la join GIVEAWAY yang telah dianjurkan oleh Oppzzpinky.

good luck....


0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata