Trip Ke Sabah - Hari Pertama


Trip Ke Sabah - Hari Pertama | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha nak share dengan korang trip badget tasha. Tasha pergi trip ni dari KL dengan 3 orang kawan dan sorang kawan dah tunggu  di Sabah. 


Hari Pertama 15 Ogos 2017

Flight kami ke sabah pada pukul 5.35 pm. Tapi disebabkan cuaca yang kurang elok sejak akhir-akhir ni, banyak flight yang delay. Termasuklah flight kami. Mula-mula delay sampai 6.30.. Lepas tu delay lagi sampai 8.20 pm... So, agak lewat jugak la kami sampai masa tu. Lebih kurang pukul 11 lebih. Disebabkan flight kami delay 2 jam lebih, kami pun dapatlah burger sebiji.. Jadi lah untuk alas perut. 


Bila bagitau orang tiket yang kami dapat ni murah gila. Ramai yang tak percaya. Kami dah booking tiket ni dalam bulan 11 tahun lepas. Kami grab masa promo.. So, sorang boleh dapat RM9.58. Lebih kurang RM10 la. Pergi balik dah RM20. Jimat kan...

Masa pergi semua bag baju kami bawak masuk cabin. Just pastikan beg tak lebih 7kg la.. Risau jugak takut terlebih berat sampai sanggup ambil penimbang ikan sebab nak timbang beg ja.. hahaa...

Masa balik ja kami amik baggage 15 kg. Faham-faham ja la.. bila shopping banyak benda nak beli kan. tu pun 15 kg kami share 3 orang (sorang 5KG je). Nampak sangat trip badget kan.

Total flight KL-KK-KL + baggage 5KG = RM31.80

Untuk hari pertama ni jugak kami tak ambil kereta sewa lagi. Kami ingat nak amik grab ja kan. Tak berbaloi sewa kereta sebab kami sampai dah malam kan. Alhamdulillah, rezeki member datang jemput. Kebetulan malam tu boyfriend dia free. Lagi jimat la kami. Terus bawak kami check in kat Sakot Hostel. 


Sakot Hostel ni tasha booking last minute la jugak. Dalam dua hari lagi nak pergi baru booking. Nasib baik ada kosong jugak walaupun hari pertama bilik lain, hari kedua bilik lain. Tapi bilik dia cantik kot. Bersih, sangat selesa, ada laundry... Pekerja dia macam pramugari dah pakaian dia. Layanan sangat tiptop. 

gambar dari agoda ye.Hari tu tak sempat nak snap.

Satu malam di Sakot tasha dapat RM73 diskaun 30% . Booking guna apps Agoda tau. kalau booking melalui web agoda mahal sikit dalam seringgit. Kalau booking direct dengan Sakot tak dapatlah diskaun 30%... Booking direct dengan Sakot harga lebih kurang RM110 satu malam. 

Total 2 malam di Sakot Hostel adalah 170.96 termasuk tax and fees. 
Kalau bahagi 3 jadi RM57/seorang

Sampai di tempat penginapan pun dah lewat. Memang tak sempat la nak jalan-jalan malam tu. Terus tidur, tunggu next day pulak... Kita ke pulau.........


Trip Ke Sabah - Hari Pertama 15 Ogos 2017
Trip Ke Sabah - Hari Kedua 16 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Ketiga 17 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Keempat 18 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Kelima 19 Ogos 2017



Promo Kekosongan Tempat di UA bagi Permohonan Rayuan Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018

Promo Kekosongan Tempat di UA bagi Permohonan Rayuan Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. First of all, tasha nak ucapkan tahniah kepada bakal mahasiswa/wi yang telah berjaya mendapat tawaran sambung belajar tu. 

Bagi yang tidak mendapat tawaran, masih tak terlambat untuk anda buat rayuan. Pilih kos yang kurang saingan dan anda rasa boleh bawak. Jangan pulak pakai bedal je ambik kos tu.

Ni ha ada promo kekosongan.. So, boleh la tengok dah pilih kos yang anda rasa sesuai dengan anda..




Sekiranya dah tak ada kos yang anda minat.. Jangan putus asa.. Inshaa Allah, ada rezeki yang lebih baik.. Apply semula untuk intake Feb nanti..