Trip Ke Sabah - Hari Kedua

Trip Ke Sabah - Hari Kedua | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk hari kedua kami ke pulau. Awal pagi kami dah ready nak ke pulau. Member sabah yang sorang lagi pun dah ready tunggu kami kt luar. Masa ni kami still tak ambil kereta sewa. Salah satu sebabnya kami akan stay kat pulau tu lama kan. Jadi membazir ja kalau amik kereta tapi tak guna. 

Nak pergi ke Jesselton Point kami naik grab car ja. Tambang cuma RM4. So, jarak penginapan kami ke sana dekat ja. Boleh ja jalan kaki.


Kami pilih dua pulau ja. Pulau Sapi dengan Pulau Mamutik. Harga tambang bot untuk kedua pulau ni kami dapat RM33 + bayaran jeti RM3.50 (harga pelajar). Masa sampai kat pulau nanti kena lagi bayar fees untuk pulau tersebut RM3.

Yang bestnya kita boleh stay kat pulau tu berapa lama yang kita nak. Last bot pick up balik pukul 4 petang. Disebabkan cuaca pagi tu tak berapa elok, kami bertolak dalam pukul lebih kurang 9 pagi. So, sempatlah nak beli makanan untuk makan kat pulau nanti.

Tikar ni berbayar tau. RM10 je.. Sewa ok.. bukan ambil terus. 
Terlalu excited tak sempat nak ambil gambar view di pulau Mamutik ni. Lepas makan ja terus terjun laut. Air dia sangat jernih. Sangat sesuai untuk snorkeling.


Pukul 12 tengahari barulah kami bertolak ke Pulau Sapi. Time ni dah nampak macam nak hujan dah. Pemandu bot tu dah bagitau siap-siap dah, kalau cuaca buruk kena cepat balik. Takut nanti terkandas pulak. Mula-mula kami diberi masa mandi sampai pukul 2 petang. Tapi makin lama cuaca tak elok. Angin pun makin kuat. Kami cepatkan masa. Pukul 1.30 dah bertolak balik.

Bagi tasha sendiri, Pulau sapi lagi best nak mandi daripada pulau mamutik. Salah satu sebabnya air dia lebih bersih, tak ada sampah daun-daun terapung dok ganggu dan kurang orang. Jadi pulau tu tak sarat sangat dengan orang dan lebih selesa nak mandi kuak lentang pun.

View Pulau sapi.

Jeti Pulau Sapi. 
Sekuat-kuat angin di langkawi ni, kuat lagi angin dan ombak kat pulau sapi ni tau. Balik tu memang mandi hujan la kami. Ingatkan boleh la kering baju kena angin laut. Tapi basah kuyup kami kena hujan. Nak balik ke tempat penginapan kami jalan kaki ja. Nak ambik grab nanti basah pulak kereta orang. Hairan orang tengok kami. Basah kuyup jalan tepi jalan.

Untung tau kalau tempat penginapan tu ada laundry. Boleh la basuh baju yang basah tu. Dah tak perlu hantar dobi atau jemur dalam bilik. Lepas ja settle basuh baju. Petang tu kami jalan pulak ke pasar filipina. Haa... memang dekat pun tempat kami menginap dengan pasar tu. Sangat strategikkan lokasi kami.

Bila dah ke pasar filipina pun memang tak sah la kalau tak shopping. Barang yang orang pesan ja beli. Barang sendiri cuma beli gelang mutiara yang bernilai RM30 ja.


Barang orang pesan? Ikan terubuk masin, ikan keropok, gelang mutiara, keronsang, tshirt. Lepas je shopping barang-barang kami terus cari tempat makan..

Malam tu barulah kami sewa kereta. Kami sewa kereta bermula 16 ogos (8pm) - 19 ogos (8pm). Kiranya 3 hari la. Total kereta sewa saga yang kami dapat untuk 3 hari RM270. Minyak pulak kami habiskan dalam RM110.

Next day kita ke Kundasang pulak...


Trip Ke Sabah - Hari Ketiga 17 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Keempat 18 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Kelima 19 Ogos 2017



0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata