Awet Muda Dengan O2 Bubbly Bright Dan Nano Bio-Cellulose Mask




Awet Muda Dengan b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask Dan Nano Bio-Cellulose Mask | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bila balik dari bercuti terus dapat parcel produk dari b.liv Macam tau-tau ja my face need some treatment. Balik dari pulau hari tu muka makin gelap, kering dan mengelupas. Nak nangis pun ada. Dah la gelap dah sebab kerja tengah panas. Bila mandi laut makin gelap la...

O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask 50g (RM 99)


Sampai ja rumah terus try mask O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask. Mula-mula cuci muka dulu dengan cleanser cetaphil. Make sure dah bersih baru la apply O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask ni. Dia ada spatula tau. Guna spatula tu.. Tak payah nak celup jari dalam bekas tu dah.


Letak kat tapak tangan sikit dan sapu lah seluruh muka. Urut-urut manja gitu. Tak sampai beberapa saat, akan ada bubble muncul penuh satu muka tau. Rasa tau bubble tu muncul. Rasa best ja bila bubble mula terbentuk kat muka ni. Biarkan dalam 5 – 10 minit. Lama kelamaan bubble tu akan hilang. Bila bubble dah hilang, tasha urut muka sekali lagi.. Kemudian baru la basuh dengan air sampai bersih. Serius lepas ja basuh tu muka jadi lembut. Best ja pegang.





Yang best pasal mask ni dapat cerahkan kulit, buang segala dead skin dan bersihkan muka kita ni. O2 Bubbly Bright ni diperbuat daripada 3 bahan utama iaitu O2 Bubble (Purifying) yang boleh cuci pores kita yang tersumbat tu. Rice Powder (Brightening) yang memberi kelembapan dan mencerahkan wajah, dan Red Soft Beads Exfoliatingyang mampu menyingkirkan dead skin. Bila dead skin dah tak ada, barulah rasa muka kita ni lembut ja. 

Nano Bio-Cellulose Mask (RM 129/4 keping sekotak) 



Tasha rasa ni pun salah satu mask yang mempunyai inovasi. Biasanya kalau sheet mask macam ni material dia macam tisu basah tu kan. Tapi yang special sheet mask ni ia macam jelly sheet mask. Inilah yang di panggil Nano Bio-Cellulose Mask. Dimana fibre mask ni 1000x lebih halus dari rambut manusia dan lagi mudah untuk khasiatnya diserap oleh wajah. Then mask yang macam ni mempunyai tahap kelembapan yang lebih tinggi berbanding mask biasa yang cepat kering.

perbezaan nano bio-cellulose mask dengan mask biasa. 

Mask ni ada 3 jenis iaitu Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask, Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask dan Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask.

Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask


Biasa lah kalau hydration mask ni dia lebih kepada memberi kelembapan kepada kulit. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering, mask ni sangat sesuai untuk anda. 

Hasil selepas pakai Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask dapat dilihat dalam tempoh 2 jam untuk sekali penggunaan. Skin hydration akan meningkat kepada 15.6%. Selepas 4 jam pula akan meningkat kepada 16.1%. Hasil ni berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan. Tapi diingatkan juga hasil mungkin berbeza bagi setiap orang. Sebab kulit kita tak sama. 


Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask 


Untuk age eraser mask ni pulak dia mengembalikan keremajaan kulit wajah kita. Segala kedut-kedut akan berkurang bila selalu pakai dan wajah akan lebih anjal.

Hasil selepas pakai Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask dapat dilihat selepas 28 hari. Lama jugakkan. Selepas tempoh 28 hari, korang akan dapati skin complexion radiance meningkat 89.1%, skin firmness meningkat dalam 49.3% dan fine lines korang akan berkurang 30.1%. Hasil ni berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan. Tapi diingatkan juga hasil mungkin berbeza bagi setiap orang. 

Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask


Soothing mask ni pulak dia lebih kepada repair our skin. Hasil selepas pakai Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask dapat dilihat selepas 28 hari. Lama jugakkan. Selepas tempoh 28 hari, korang akan dapati skin dryness akan meningkat dalam 55.6%, imperfection meningkat 24.2% dan fine lines korang akan berkurang 16.7%. Hasil ni berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan. Tapi diingatkan juga hasil mungkin berbeza bagi setiap orang. 

Jaring yang ada di depan dan belakang mask 

Cara nak pakai mask ni senang ja. Koyak sachet mask. Lepas tu buka jaring yang ada di depan dan belakang mask tu. Lepas tu letak elok-elok kat muka. Biarkan dalam 15-20 minit baru boleh remove. 

Lepas dah remove. Urut muka perlahan-lahan biar saki baki mask tadi betul-betul meresap ke dalam kulit kita. Baru la pakai skincare yang lain. 

Tasha memang suka pakai mask. Tapi bukan mask yang jual RM1 satu tu tau. Serius menyesal beli mask yang murah macam tu. Sangat-sangat tak sesuai dengan tasha. So, bila nak pakai mask tasha akan pastikan mask tu betul-betul berkualiti. Biarpun mahal sikit tapi berbaloi dengan hasil yang kita dapat. 

Apa-apa yang kita pakai pun mestilah secara berterusan baru boleh dapat lihat kesannya. Kalau jenis yang ada kesan cepat tu sangat bahaya tau. Entah bahan apa yang dia letak tu.

Korang boleh dapatkan produk b.liv di Sasa, major online stores (Hermo, Lazada, 11street, GEMFIVE) dan www.bliv.com





b.liv
Healthy Pores
Healthy Skin

2 comments:

Marshalizadotcom said...

Wah macam best jekk

Daddy KK said...

Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema. TQ.

https://tipsrawateczema.blogspot.my/

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata