Nak Cantik Sampai Tak Ada Duit Untuk Makan?


Nak Cantik Sampai Tak Ada Duit Untuk Makan? | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Antara keperluan dengan kehendak. Yang mana korang akan dahulukan? Mostly akan cakap keperluan kan. Tapi, boleh pakai ke kata-kata korang tu.

Sekarang ni rata-rata nak cantik, nak flawless, nak putih dan nak kurus. Lambakan pelbagai produk sekarang ni buatkan orang berlumba-lumba nak try. Sampaikan stok kat kedai jamu, drugstore habis licin. 

Betapa hebatnya kuasa media. Post ja sikit pasal tips nak lawa, produk yang dia pakai. Semua nak pakai jugak. Sampaikan habis duit belanja semata untuk produk kecantikan sahaja. Kalau dulu touch up muka pakai bedak krim, compact powder sikit, lipbalm sikit. Tapi sekarang siap dengan toner, serum, moisturizer, sunblock, base make up, foundation and macam-macam lagi la. Korang senaraikan la sendiri.

Bagi tasha, tak salah nak melawa. Nak jaga penampilan tapi kita kena fikir jugak tahap kemampuan kita. Lain la kalau dah kerja, dah ada gaji tetap semua tu. Macam mana kalau orang tu masih student, tak kerja dan masih berharap dengan PTPTN. Weh, cukup ke duit PTPTN tu nak buat belanja satu sem belajar? 

Bukan nak menunding jari pada sesiapa. Cuma kita kena sedar dan ukur bakju di badan sendiri. Seriously, sedih bila ada kawan yang latar belakang bukanlah orang yang senang. Sampaikan nak makan pun berjimat sangat-sangat. Tapi kalau bab make up belanja lebih pun tak apa. Asalkan dapat apa yang dia nak. Kalau produk yang dia nak tu habis di drugstore, sanggup ulang alik tengok bila produk tu nak restok. 

Bila kawan lain makan sedap-sedap, yang sorang lagi sanggup makan nasi dengan telur ja. Kadang-kadang maggie. Sampaikan kesian pulak tengok dia makan macam tu. Tapi tu la, bila berbelanja bab make up sampai tak sedar diri..

Kalau korang ada kawan-kawan yang lebihkan kemahuan dari keperluan apa yang korang buat ye?




Cara Tukar Telco Celcom Ke Digi


Cara Tukar Telco Celcom Ke Digi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan korang tasha baru je tukar telco dari celcom ke digi. Tapi tasha masih kekalkan nombor yang sama. Sebenarnya dah lama tasha guna telco celcom ni. Dari zaman sekolah lagi. Masa tu guna plan S.O.X. Dimana plan ni akan kekal aktif sampai korang berumur 25 tahun walaupun tak topup.

Tapi sejak akhir-akhir ni, tasha dah decide nak tukar plan. Antara plan yang tasha fikir nak tukar adalah umobile dengan digi. Tapi Umobile dekat tempat tasha ni sangat-sangat slow. So, pilihan terakhir adalah Digi.

Nak tukar plan dari celcom ke digi ni senang ja. Cuma makan masa sikit la. Disebabkan kat kawasan tasha tak ada center digi yang boleh port in digi prepaid, tasha buatlah secara online.

Cara Port in Digi

Mula-mula masuk ke web Digi >> http://new.digi.com.my/switch-to-digi



Akan keluar macam ni. Pilih la plan yang korang nak. Digi Live ke Digi Best. Macam tasha pilih Digi Live.


Isi form ni. Kalau korang nak kekalkan nombor korang just klik Port in. Kalau korang nak nombor baru tekan la new line ok.



Kalau korang nak port in. Akan jadi macam ni. So korang just klik proceed.


Masukkan emel korang. Klik Continue


Ni sebenarnya besar tau gambar dia. Tasha kecikkan. Lepas klik continue. Korang akan di sini. Kat sini korang kena masukkan detail. Alamat untuk hantar sim. Lepas tu klik proceed to payment. Actually, tak mahal pun. Macam korang beli sim kat kedai jugak la. Tapi, Digi bagi free je tau untuk tukar. Kos penghantaran pun free. Cuma waktu ni kena bayar RM1 dan akan dimasukkan semula bila sim dah aktif nanti.

Bila dah settle bab pembayaran. Just tunggu depan rumah posmen hantar sim korang tu. 


Taraaa... Dah sampai pun tasha punya. Apa step yang kena buat lepas dapat sim?  Lepas ja dapat sim, korang tak boleh terus guna tau. Sebab sim belum aktif.

Korang kena call center digi 016 2211 800 untuk mintak diorang aktifkan sim. Lepas tu korang akan dapat mesej daripada Celcom untuk sahkan korang nak tukar telco. Korang perlu respon YES tau. Lepas sim lama korang dah tak aktif, baru korang boleh guna sim digi yang baru.

So, Siap.

Untuk aktifkan sim ni, makan masa dalam dua hari ja la. Tu pun sebab masa tu ada gangguan sikit katanya. So, korang faham tak macam mana nak port in? Kalau tak faham boleh roger ok..




Hadiah Mug Bergambar Untuk Kenangan


Hadiah Mug Bergambar | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pernah tak korang pening nak nak cari hadiah yang murah tapi bermakna? Tasha selalu macam tu. Bila dah sampai birthday family, kawan-kawan atau si dia selalu tak tau nak hadiahkan apa. Nak beli barang mahal-mahal tak mampu pulak. Tapi sekarang dah tak payah pening. Hadiahkan mug yang ada gambar kenangan korang. Mesti lagi bermakna kan...

Cantik tak mug ni? Mug ni tasha tempah khas di WePrintGift. Sebelum tasha cerita macam mana nak tempah, meh tasha kenalkan korang dengan WePrintGift dulu ye.


Apa itu WePrintGift?

WePrintGift ni merupakan satu company printing atas talian. Korang dah tak payah nak pergi kedai semata nak print gambar korang tu. Tempah online ja. WePrintGift ni menawarkan lebih daripada 3000 produk untuk anda jadikan hadiah. Barang-barang semua high quality, user friendly design tools dan yang paling penting kaedah printing yang tahan lama. Jaminan 100% pulangan wang kalau hasilnya tak serupa bikin.

Barang-barang yang korang print tu bukan ja boleh boleh dijadikan sebagai hadiah, tapi korang boleh juga gunakan sebagai hiasan dalam rumah atau bilik korang. 

Sekarang kan zaman semua nak letak gambar masing-masing. Kat baju la, kat pinggan la dan yang paling famous sekali orang suka print gambar kat mug. Kalau beli kat kedai design semua sama ja kan. Kalau mug tu ada gambar kita sendiri, nama atau kata-kata kita, jadi lebih bermakna. Kalau di WePrintGift korang boleh pilih sama ada nak guna design tool yang ada dalam website WePrintGift atau design sendiri guna Adobe Photo atau Illustrator, upload then terus print.

Kenapa korang wajib tempah mug di WePrintGift?


  1. Ceramic
  2. 3.25" Diameter, 3.75" tinggi
  3. Dishwasher and Microwave safe
  4. available in 11oz
  5. Gred AA mug with premium quality
  6. fully imprinted with monogram, logo or any image on the surface
  7. available in glossy and matte type
  8. no minimum order require (MOQ)

Cara tempah Mug

  1. Pilih produk yang korang nak (mug)
  2. Create your own design. kalau dah ada design sendiri boleh terus upload.
  3. place order. Dah buat bayaran semua, korang tunggu depan pintu ja. Abang Posmen hantar la nanti bila siap.

Kalau korang tak faham lagi macam mana nak order.Boleh tekan link ni. Dia akan tunjuk step by step.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman web tertera.





Ada Idea Terus Menulis



Ada idea terus menulis | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dulu masa sekolah suka sangat menulis, menconteng segala buku kertas yang ada depan mata. Sebabnya kalau tak tulis, memang akan lupa la segala benda penting. Selain dari tu boleh asah lagi bakat kita untuk hasilkan penulisan yang lebih baik. Betul tak?

And kelas minggu lepas seorang lecture ada bangkitkan pasal isu menulis ni. Kalau kita nak buat sesuatu perubahan kenapa kita tak luahkan melalui penulisan kita. Semua orang akan baca. Kalau kita sekadar cakap, esok orang akan lupa. Tak siapa peduli apa kita cakap. Dengan adanya hasil penulisan, orang akan sentiasa baca, orang akan rujuk, orang akan nilai, orang akan kenal sampai bila-bila. 

Bila fikir balik. Ada betulnya apa yang lecture tu cakap. Tapi, nak menulis tu hasilkanlah sesuatu karya penulisan yang betul-betul memberi manfaat kepada masyarakat. Bukan sekadar tayang muka pada cover buku ja. Hasil kat dalam?? Kosong. 

Kalau dulu nak menulis kena ada buku dengan pen. Sekarang zaman dah moden. Dah tak ramai yang bawak buku dengan pen pergi mana-mana. Telefon bimbit berkepit sepanjang masa. Kenapa tidak kita gunakan medium tersebut untuk asah bakat menulia kita? Daripada update ayat putus cinta, sakit demam, nak diet bagai.. cuba update ayat-ayat yang memberi motivasi. Barulah ada semangat nak buat kerja kan. 

Start hari ni, jom kita rajinkan diri untuk menulis sesuatu yang memberi manfaat.. 😉




Semakin Dewasa


Semakin Dewasa | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semakin dewasakah aku? Acap kali ayat ni bermain di minda. Entah. Tak pasti. Kadang-kadang perangai tak sepadan dengan usia. Selalu membandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Cara pemikiran, lifestyle, malah cara pemakaian mereka pun lain dari diri ni. 

Sampaikan ada yang salah anggap pada usia tasha ni. Ada yang masih fikir tasha dibangku sekolah. Padahal ramai pada usia ni selayaknya sudah bekerja ataupun sudah berumah tangga. Tasha?? Masih sibuk fikir dengan assignment. Fikir macam mana nak survive sampai hujung sem tanpa minta belanja dari mak ayah. 

Lambakan dalam media sosial, budak belasan tahun sudah pandai bergaya. Make up, dressing.. mereka lebih arif dalam bab ni. Entah la mana dorang dapat duit beli macam-macam. Kalau mak ayah tasha dulu bagi duit buat belanja makan ja kat sekolah.

 Tapi, tasha bersyukur sebab pada seusia mereka, tasha tak terdedah dengan dunia sebegitu. Masih sempat menikmati zaman tanpa gadget, zaman yang tak peduli kau hitam ke putih, tudung kau senget ke tak. Yang aku tau nak main ja. 

Pejam celik pejam celik. Dah tak lama nak habis zaman study. Tinggal beberapa bulan ja lagi. Dah bersedia ke nak hadapi alam selepas belajar? 

Lebih banyak cabaran dan dugaan. Sudah kuatkah mental dan fizikal??? 

Mohon dikuatkan.. dah la kuat cengeng... 
😰😰