Ada Idea Terus Menulis



Ada idea terus menulis | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dulu masa sekolah suka sangat menulis, menconteng segala buku kertas yang ada depan mata. Sebabnya kalau tak tulis, memang akan lupa la segala benda penting. Selain dari tu boleh asah lagi bakat kita untuk hasilkan penulisan yang lebih baik. Betul tak?

And kelas minggu lepas seorang lecture ada bangkitkan pasal isu menulis ni. Kalau kita nak buat sesuatu perubahan kenapa kita tak luahkan melalui penulisan kita. Semua orang akan baca. Kalau kita sekadar cakap, esok orang akan lupa. Tak siapa peduli apa kita cakap. Dengan adanya hasil penulisan, orang akan sentiasa baca, orang akan rujuk, orang akan nilai, orang akan kenal sampai bila-bila. 

Bila fikir balik. Ada betulnya apa yang lecture tu cakap. Tapi, nak menulis tu hasilkanlah sesuatu karya penulisan yang betul-betul memberi manfaat kepada masyarakat. Bukan sekadar tayang muka pada cover buku ja. Hasil kat dalam?? Kosong. 

Kalau dulu nak menulis kena ada buku dengan pen. Sekarang zaman dah moden. Dah tak ramai yang bawak buku dengan pen pergi mana-mana. Telefon bimbit berkepit sepanjang masa. Kenapa tidak kita gunakan medium tersebut untuk asah bakat menulia kita? Daripada update ayat putus cinta, sakit demam, nak diet bagai.. cuba update ayat-ayat yang memberi motivasi. Barulah ada semangat nak buat kerja kan. 

Start hari ni, jom kita rajinkan diri untuk menulis sesuatu yang memberi manfaat.. 😉




1 comments:

Marshalizadotcom said...

Betul tu guna kecanggihan dengan baik

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata