Cara Tukar Telco Celcom Ke Digi


Cara Tukar Telco Celcom Ke Digi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan korang tasha baru je tukar telco dari celcom ke digi. Tapi tasha masih kekalkan nombor yang sama. Sebenarnya dah lama tasha guna telco celcom ni. Dari zaman sekolah lagi. Masa tu guna plan S.O.X. Dimana plan ni akan kekal aktif sampai korang berumur 25 tahun walaupun tak topup.

Tapi sejak akhir-akhir ni, tasha dah decide nak tukar plan. Antara plan yang tasha fikir nak tukar adalah umobile dengan digi. Tapi Umobile dekat tempat tasha ni sangat-sangat slow. So, pilihan terakhir adalah Digi.

Nak tukar plan dari celcom ke digi ni senang ja. Cuma makan masa sikit la. Disebabkan kat kawasan tasha tak ada center digi yang boleh port in digi prepaid, tasha buatlah secara online.

Cara Port in Digi

Mula-mula masuk ke web Digi >> http://new.digi.com.my/switch-to-digi



Akan keluar macam ni. Pilih la plan yang korang nak. Digi Live ke Digi Best. Macam tasha pilih Digi Live.


Isi form ni. Kalau korang nak kekalkan nombor korang just klik Port in. Kalau korang nak nombor baru tekan la new line ok.



Kalau korang nak port in. Akan jadi macam ni. So korang just klik proceed.


Masukkan emel korang. Klik Continue


Ni sebenarnya besar tau gambar dia. Tasha kecikkan. Lepas klik continue. Korang akan di sini. Kat sini korang kena masukkan detail. Alamat untuk hantar sim. Lepas tu klik proceed to payment. Actually, tak mahal pun. Macam korang beli sim kat kedai jugak la. Tapi, Digi bagi free je tau untuk tukar. Kos penghantaran pun free. Cuma waktu ni kena bayar RM1 dan akan dimasukkan semula bila sim dah aktif nanti.

Bila dah settle bab pembayaran. Just tunggu depan rumah posmen hantar sim korang tu. 


Taraaa... Dah sampai pun tasha punya. Apa step yang kena buat lepas dapat sim?  Lepas ja dapat sim, korang tak boleh terus guna tau. Sebab sim belum aktif.

Korang kena call center digi 016 2211 800 untuk mintak diorang aktifkan sim. Lepas tu korang akan dapat mesej daripada Celcom untuk sahkan korang nak tukar telco. Korang perlu respon YES tau. Lepas sim lama korang dah tak aktif, baru korang boleh guna sim digi yang baru.

So, Siap.

Untuk aktifkan sim ni, makan masa dalam dua hari ja la. Tu pun sebab masa tu ada gangguan sikit katanya. So, korang faham tak macam mana nak port in? Kalau tak faham boleh roger ok..




3 comments:

el said...

k.el lak tukar maxis ke umobile..

Azhafizah Md Nor said...

Tq share :)

aRzMoHa said...

great sharing....

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata