Nak Cantik Sampai Tak Ada Duit Untuk Makan?


Nak Cantik Sampai Tak Ada Duit Untuk Makan? | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Antara keperluan dengan kehendak. Yang mana korang akan dahulukan? Mostly akan cakap keperluan kan. Tapi, boleh pakai ke kata-kata korang tu.

Sekarang ni rata-rata nak cantik, nak flawless, nak putih dan nak kurus. Lambakan pelbagai produk sekarang ni buatkan orang berlumba-lumba nak try. Sampaikan stok kat kedai jamu, drugstore habis licin. 

Betapa hebatnya kuasa media. Post ja sikit pasal tips nak lawa, produk yang dia pakai. Semua nak pakai jugak. Sampaikan habis duit belanja semata untuk produk kecantikan sahaja. Kalau dulu touch up muka pakai bedak krim, compact powder sikit, lipbalm sikit. Tapi sekarang siap dengan toner, serum, moisturizer, sunblock, base make up, foundation and macam-macam lagi la. Korang senaraikan la sendiri.

Bagi tasha, tak salah nak melawa. Nak jaga penampilan tapi kita kena fikir jugak tahap kemampuan kita. Lain la kalau dah kerja, dah ada gaji tetap semua tu. Macam mana kalau orang tu masih student, tak kerja dan masih berharap dengan PTPTN. Weh, cukup ke duit PTPTN tu nak buat belanja satu sem belajar? 

Bukan nak menunding jari pada sesiapa. Cuma kita kena sedar dan ukur bakju di badan sendiri. Seriously, sedih bila ada kawan yang latar belakang bukanlah orang yang senang. Sampaikan nak makan pun berjimat sangat-sangat. Tapi kalau bab make up belanja lebih pun tak apa. Asalkan dapat apa yang dia nak. Kalau produk yang dia nak tu habis di drugstore, sanggup ulang alik tengok bila produk tu nak restok. 

Bila kawan lain makan sedap-sedap, yang sorang lagi sanggup makan nasi dengan telur ja. Kadang-kadang maggie. Sampaikan kesian pulak tengok dia makan macam tu. Tapi tu la, bila berbelanja bab make up sampai tak sedar diri..

Kalau korang ada kawan-kawan yang lebihkan kemahuan dari keperluan apa yang korang buat ye?




0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata