Semakin Dewasa


Semakin Dewasa | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semakin dewasakah aku? Acap kali ayat ni bermain di minda. Entah. Tak pasti. Kadang-kadang perangai tak sepadan dengan usia. Selalu membandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Cara pemikiran, lifestyle, malah cara pemakaian mereka pun lain dari diri ni. 

Sampaikan ada yang salah anggap pada usia tasha ni. Ada yang masih fikir tasha dibangku sekolah. Padahal ramai pada usia ni selayaknya sudah bekerja ataupun sudah berumah tangga. Tasha?? Masih sibuk fikir dengan assignment. Fikir macam mana nak survive sampai hujung sem tanpa minta belanja dari mak ayah. 

Lambakan dalam media sosial, budak belasan tahun sudah pandai bergaya. Make up, dressing.. mereka lebih arif dalam bab ni. Entah la mana dorang dapat duit beli macam-macam. Kalau mak ayah tasha dulu bagi duit buat belanja makan ja kat sekolah.

 Tapi, tasha bersyukur sebab pada seusia mereka, tasha tak terdedah dengan dunia sebegitu. Masih sempat menikmati zaman tanpa gadget, zaman yang tak peduli kau hitam ke putih, tudung kau senget ke tak. Yang aku tau nak main ja. 

Pejam celik pejam celik. Dah tak lama nak habis zaman study. Tinggal beberapa bulan ja lagi. Dah bersedia ke nak hadapi alam selepas belajar? 

Lebih banyak cabaran dan dugaan. Sudah kuatkah mental dan fizikal??? 

Mohon dikuatkan.. dah la kuat cengeng... 
😰😰



1 comments:

Nabila Syifa said...

good luck tasha menempuh dugaan sebagai siswazah.semoga cepat dapat kerja

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata