Bila Phone Tak Dapat On

kredit: google.com

Bila Phone Tak Dapat On | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Phone ni dah lebih kurang macam nyawa kan. Sebab dalam phone masing-masing mesti ada benda penting kan.

Sedih ada kecewa pun ada. Phone kesayangan tasha (android pertama tasha beli guna duit sendiri) dah rosak. Beli masa tahun 2014. Dah banyak tahun phone tu berjasa dengan tasha. Tak pernah buat hal. Tapi sejak cover belakang dah rosak, ye la plastikkan.. kalau dah lama pakai tak bertukar koyak la dia.

Phone tu pulak dah banyak tahun keluarannya. So, memang susah la nak cari cover kat kedai. Semua kata dah tak ada stok. Phone tu pulak sejak tak ada cover, rajin pulak jatuh kat tempat keras. Habis pecah belakang dia. Walaupun dah teruk dia punya pecah tetap boleh guna lagi. 

Sampai la minggu lepas dia last berfungsi. Tiba-tiba ja tak dapat on. Ingatkan tak ada bateri. Dah cas pun tak masuk-masuk. Dah la phone tu tasha buat untuk bisnes. Jadi banyak customer memang dah tau nombor tu. Semua social media untuk bisnes tak dapat nak buka. Sedihnya....

Sekarang ni dalam plan nak cari phone yang murah-murah ja.. korang ada cadangan tak phone apa yang murah tapi function dia semua tiptop. I mean tak slow or sangkut-sangkut. Kamera pun ok.. Budget dalam RM500 je.. 


0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata