Bila Usia Meningkat


Bila Usia Meningkat | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bila usia semakin meningkat. Aku semakin takut. Takut sekiranya banyak dosa yang akan dilakukan. Takut sekiranya banyak amal ibadatku tidak diterima Allah SWT. Takut sekiranya aku masih rapuh untuk berdiri di hadapan Allah SWT. 

Aku tahu. Aku sangat lemah, terlalu banyak kesilapan yang sudah aku lakukan. Tersalah langkah, meranalah aku. Ingin putarkan masa lalu untuk ubah segalanya. Aku tak mampu. 

Aku tak kuat. Terlalu banyak godaan duniawi yang membuatkan manusia mudah tersungkur. Terkejar duniawi sehingga terlupa akhirat semakin laju mengejar kita. Tapi, apa amalan yang sudah kita persiapkan untuk hadapinya? Sudah cukupkah? Sudah banyakkah? Sudah puaskah beribadah???

Bila difikirkan aku semakin takut jika segala amalan ku tidak dapat membawaku ke syurga. Malah aku lagi takut sekiranya aku mengheret sekali ibu bapa ku ke neraka kerana terlalu banyak dosaku. Sangat sedih kerana tidak mampu menghadiahkan syurga yang indah buat mereka. 

Mementingkan diri sendiri. Terlalu ego. Lupa siapa yang mendidik aku. Yang memberiku kasih sayang. Yang membesarku dengan penuh didikan agama. Namun, apa jasaku pada mereka??? 

Bila usia meningkat aku sangat berharap masih sempat untukku sujud padaNya. Beramal ibadat sebanyak mana yang boleh. Menjauhi segala larangannya. Malah tidak sesekali melupakan insan yang banyak berkorban untuk aku. Aku harap saat itu masih ada.


0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata