Penawar Resdung Paling Mujarab dan Berkesan



Penawar resdung paling mujarab dan berkesan. | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Resdung bukan sesuatu yang asing lagi buat kita kan. Siapa yang ada resdung mesti seksa yang amat kan. Tasha biasanya bangun pagi-pagi ja mesti bersin, hidung gatal berair, mata merah berair. Kadang-kadang sampai boleh migrain. Kalau makan seafood lagi la terok. Memang kena standby tisu siap-siap la. Bila dah mula bersin susah nak stop, sampai selsema jadi. Hidung berair ja. Last-last terus demam. 

Tanda-tanda resdung

  1. Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.
  2. Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.
  3. Bersin bila terkena habuk.
  4. Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau (anda tidak tahu nafas anda berbau dan tidak menyenangkan rakan anda..minta nasihat ikhlas dari mereka), gatal kulit dan keputihan (wanita).

Kesan-kesan Resdung

  1. Hilang deria bau
  2. Pelupa/daya mengingat lemah
  3. Lubang hidung bengkak dan tersumbat
Keadaan ini mengganggu kelancaran kehidupan harian individu tersebut. Jika tidak dibendung, ia akan menyebabkan kerosakan kulit muka, hilang segala deria rasa dan bau, merosakan rongga dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

Ubat Resdung paling Berkesan


Kalau anda tengah cari ubat resdung paling berkesan, baik anda cuba ubat resdung ni. Sangat mujarab. Ubat resdung ini diperbuat daripada serbuk akar kayu herba tradisional. Ubat resdung akar kayu ini sudah diwarisi oleh pengamal perubatan islam selama 40 tahun yang lalu. Dan ia merupakan ubat warisan turun temurun. Ianya bertujuan untuk melega dan mengurangkan simpton resdung dan juga alahan kepada makanan laut. 

satu botol mengandungi 35 biji

Testimoni pengguna Ubat Resdung Paling Mujarab

Dah ramai pengguna berpuas hati dengan ubat resdung paling mujarab ni. Banyak yang bagi feedback, dah tak da gatal-gatal hidung, bersin semua tu. Makan seafood pun dah taka da alahan. 










Cara Menggunakan Ubat resdung Paling Mujarab


Untuk permulaan, Dos yang perlu dimakan hanyalah sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi. Dan sekiranya penyakit anda sudah berkurangan, anda tidak perlu lagi ambil dos setiap hari, Cuma ambil bila anda perlu saja. Contohnya dalam seminggu cukuplah sekadar anda menelan sebiji atau dua biji. Ataupun anda juga boleh menelan ia selepas anda memakan makanan laut.

Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, seeloknya anda membuka sarung kapsul dan memasukan serbuk akar kayu di dalam segelas air kosong. Kacau sehingga larut dan baca bismillah serta selawat. Niatkan dalam hati untuk sembuh dari resdung. 


Hubungi

Jadi, kalau anda nak mencuba atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ubat resdung paling mujarab ni, bolehlah hubungi nombor dibawah. 

Nombor telefon : 013-9871616 (Pn. Aisyah Bedol)


Dapatkan penawar buasir di sini





RESEPI KUEY TEOW KUNGFU SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-bahannya Kuey Teow Kungfu

Bawang besar 2biji (diblend)
bwg putih 5 ulas (diblend)
cili
udang dan sotong (nak letak ayam pun boleh)
lobak merah, putik jagung, bunga kobis (boleh tambah sayur lain yang korang suka)
Kiub pati ayam knorr satu
sos tiram 2sudu besar
tepung jagung tiga sudu besar (dibancuh dgn air sikit)
kueyteow sebungkus dilerai
telur dua biji

Cara-cara membuat Kuey Teow Kungfu

1) Panaskan minyak suku kuali.pecahkan telur sebiji dalam mangkuk dan pukul. Masukkan sedikit garam dan 1 sudu tepung jagung yang telah dibancuh . Masukkan kueyteow ikut sukatan seorang makan. Kemudian gaul dengan telur. (tepung jagung memberi keragupan lagi pada kueyteow tu)

2) Bila kuali dah betul-betul panas, masukkan kueyteow dan leperkan sedikit. Goreng sehingga garing. (hati-hati masa terbalikkan kueyteow. Boleh hancur jadinya). Dah masak boleh la angkat.

3) Guna minyak yang sama, tumis bawang yang sudah diblend sehingga naik bau. Boleh masukkan juga cili kalau nak pedas.

4) masukkan udang, sotong dan kacau. Agak-agak udang dan sotong masak, masukkan 2 cawan air, kiub pati ayam dan sos tiram (biar ia mendidih)

5) Bila dah mendidih, masukkan sayur-sayur. Kalau kurang masin, masukkan garam secukup rasa.

6) Kacau-kacau sedikit dan masukkan bancuhan tepung jagung. (Biarkan dalam seminit dah siap)

7) Last sekali tuangkan kuah ke atas kueyteow tadi dan boleh makan.

*Boleh masukkan sedikit perahan limau kasturi kalau suka.


Azam Tahun 2017


Azam Tahun 2017 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Happy New Year guys! Seriously, cepat sangat masa berlalu. Tup tup dah masuk tahun baru. Tak terasa dah hujung tahun. Rasa macam baru semalam ja habis sekolah. Bila dah bertukar tahun ni, umur pun dah bertukar, komitmen pula makin bertambah... In shaa Allah, tahun ni akan cuba kuat untuk hadapi liku-liku 2017. 

Dah start Latihan Mengajar

In Shaa Allah kalau tiada sebarang kekangan awal febuari 2017, Tasha dah start latihan mengajar (LM) di sebuah tadika di Shah Alam. Bersediakah untuk mengajar ni? Masih berfikir lagi. Takut tak mampu nak jalankan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul. 

Bila orang cakap mengajar budak-budak ni senang ja. Bukan macam budak sekolah menengah. Ye Betul. Tapi kena ingat setiap peringkat pengajaran ada cabaran masing-masing. Masa peringkat kanak-kanak ni la guru-guru tadika perlu bertungkus lumus untuk mengajar. Bukan setakat mengajar ABC 123 sahaja. Tapi disinilah sikap dan perlakuan mereka akan terbentuk. 


Azam 2017 tasha

Bila dah masuk tahun baru ni mestilah ada azam baru kan atau azam lama yang belum tercapai lagi.
Untuk tahun ni, tasha berazam untuk terus diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk habiskan degree tasha dengan baik dan cemerlang. Cepatnya masa. Dah nak habis study la.... 

Tasha harap dapat jalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dengan baik dan diterima baik oleh seluruh warga tadika tersebut. Bila apa yang dipelajari dapat dicurahkan kepada kanak-kanak terasa tidak sia-sia belajar ilmu ni. Ilmu ni bukan ja untuk guru-guru, tapi boleh juga dipelajari oleh ibu bapa. Sebab tu ibu bapa digalakkan ambil parenting class. Fuh, rasa bangga pulak bila kita ada ilmu ni dapatlah aplikasikan ilmu ni untuk anak sendiri nanti. hehe...

Bercuti ke Sabah. Bulan 10 hari tu memang ke sabah. Ziarah kawan. Tetapi masih ada yang belum terlaksana dan akan dilaksanakan pada bulan 8 nanti. Alhamdulillah tiket flight dah beli. Masa Air Asia buat promosi memang kena grab betul la sebelum terlambat. Sempatlah grab tiket flight KL - KK - KL hanya RM20. Murah gila kan... 

In Shaa Allah akan naikkan sedikit status diri. Mungkin. Tapi tu masih dalam perancangan. Doakan yang terbaik ok.

Apa azam baru korang???