Picnic Party Yang Simple dan Menarik



Picnic Party Yang Simple dan Menarik | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari tu sebelum tamatnya semester 6, tasha dan kawan-kawan plan la nak buat outdoor party ala-ala picnic gitu. Actually dari sem 1 sampai la sem 6 dorang la housemate tasha (kecuali sem 2). So, nak pergi mana pun memang kami akan keluar sekali. Tak kira la besar mana pun kereta tu, kami akan sumbat 6 orang jugak. Tapi, baru-baru ni kami baru ja kehilangan sahabat kami. Dengan kehilangan tu membuatkan kami lebih menghargai. Miss u Nani... 😢



Lepas ni masing-masing akan praktikal. Semua jauh-jauh. Lama jugak la nak jumpa semula.. Bila ada masa lapang, terus kami plan nak buat picnic party. Kami pilih tema biru putih. Props yang kami guna pun kertas-kertas yang kami dah guna dulu... Kami tak da la upah photographer professional. mintak kawan-kawan je. Lepas tu upah la sikit... hehe.. Walaupun bukan photographer professional, kami puas hati dengan hasil tangkapan beliau.. 

Benda makan kami masak sendiri seperti mee goreng, sosej, nugget, kentang.. simple ja...

Tasha tak nak merapu panjang-panjang, korang just usha gambar then amik la idea untuk buat picnic party dengan kawan-kawan korang ka, birthday party ka.. mesti lagi meriah kan..


Date : 8 Januari 2017Location : Tasik Proton City, Tanjung MalimPhotographer : Harma IsmailTalents: Tasha, Mirah, Iza, Efy, Mun













Then, waktu malam kami ber Shellout di TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant, Slim River. Harga pakej sangat murah kami amik pakej untuk 4 orang makan cuma RM75 sahaja. Just tambah nasi putih satu lagi ja la.. tu pun penat nak habis kan.. sebab lauk dia sangat banyak..

Tasha tahu shellout kat slim river ni pun sebab terbaca kat blog Nazlee.com

Dah dapat idea nak buat outdoor party?? Meh la share dengan tasha pulak..


5 Sebab Utama Kenapa Saya Memilih AirAsia

AirAsia
sumber : google

5 Sebab Utama Kenapa Saya Memilih AirAsia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sejak jauh merantau ni, perkara yang paling takut nak balik kampung masa musim cuti adalah tiket bas nak balik kampung habis. Tiket ada tapi terpaksa merempuh jem la pulak. Memang meletihkan. Jadi terpaksalah mereput sorang-sorang kat kolej tu. Kalau time raya memang raya kat rumah sedara la. Tu terjadi masa sem 1. Lepas tu akak tasha ajar booking flight AirAsia. Dia cakap senang naik flight. Murah, cepat pun cepat. Tak payah mereput lama-lama tunggu 6 7 jam baru nak sampai. 

So, nak balik kampung ka nak travel ka tasha mesti booking flight dulu. Dalam banyak-banyak airlines, tasha lebih suka AirAsia. Baru-baru ni AirAsia telah memenangi anugerah Skytrax World Best Low Cost Airline. Kalau dah menang anugerah tu, memang terbukti la tambang flight AirAsia ni sangat murah dan berbaloi. Nak travel dalam negara? Luar Negara? Dah tak payah risau. Pilih ja AirAsia. Selalunya kalau kita pergi travel ka mesti nak berjimat kan. Low Fare ticket adalah pilihan yang bijak untuk korang. Walaupun korang perlu membayar caj tambahan untuk beberapa keperluan seperti check-in baggage, meal in flight dan lain-lain lagi, namun ia masih lagi merupakan penerbangan termurah berbanding dengan airlines yang lain. Meh tasha share 5 sebab kenapa tasha pilih AirAsia. 

Tambang AirAsia Lebih Murah

Promo AirAsia
sumber : google

Memang tak dinafikan, ramai penumpang akan memilih AirAsia sebab tambang yang lebih murah. Kalau nak dibandingkan dengan airlines yang lain memang gigit jari la. Tidak kiralah korang nak fly untuk domestik atau antarabangsa pun, ia tetap merupakan cheapest flight in the world. AirAsia selalu jugak buat promosi, di mana harganya adalah jauh lebih murah. Percaya atau tidak, harga tiket flight dari KL ke Kota Kinabalu yang tasha tempah baru-baru ni cuma RM10 sahaja. Pergi balik baru RM20. Memang Murah gila. Nampak ja terus grab. 

Nak tahu macam mana tasha boleh dapat tiket semurah tu? Tasha sarankan korang daftarlah sebagai ahli. Bagi ahli yang berdaftar, AirAsia akan hantar newsletter by email setiap kali ada promotion. Peluang sangatlah tinggi untuk dapatkan tiket yang murah sebab AirAsia akan utamakan ahli yang berdaftar dulu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terbang dengan harga rendah yang paling maksimum.

AirAsia menawarkan pelbagai route destinasi

AirAsia Routes
sumber : google

Macam yang tasha cakap tadi, AirAsia bukan sahaja fly dalam Malaysia sahaja tapi ke luar negara pun boleh. Kalau nak dibandingkan dengan Low Cost Carrier airlines yang lain korang boleh fly ke lebih 400 routes from all the hubs dengan AirAsia ni. Dah nama pun AirAsia of course la korang boleh jelajah satu Asia. Jadi, Tasha memang setujulah dengan slogan “Now Everyone Can Fly”. Sebabnya dengan tambang yang murah, semua orang boleh jelajah dunia. Nak ke mana? Beijing? Busan? Sydney? Gold Coast? Semua low fare beb. 

AirAsia menawarkan pakej pelancongan

Dairy Farm Kundasang
Travel to Sabah

Yang ni paling best. Kalau untuk kaki travel, korang mesti ambik pakej pelancongan yang AirAsia tawarkan ni. Selain dapat menjimatkan kos kat tempat orang, korang dah tak payah pening-pening fikir ke mana tempat menarik yang perlu korang kunjungi lebih-lebih lagi jika korang buat trip ke negara luar. Pakej pelancongan yang disediakan ni memang membantu melancarkan lagi trip korang. Korang dah la dapat terbang dengan harga penerbangan yang paling murah, dapat pulak pakej pelancongan yang murah. Sangat berbaloi! Korang nak apa lagi? Dalam pakej pelancongan tu semua dah complete daripada accommodations sampai lah lawatan tempat menarik. Lepastu, perkhidmatan seperti airport transfers ke hotel dan pakej pelancongan ni adalah sangat bagus untuk pre-booked sekali dengan flights sebab ia lebih terurus dan memudahkan korang.

Excellent Service dari Cabin Crews AirAsia

Cabin Crews AirAsia
sumber : google

Selain kita dapat menikmati penerbangan yang termurah, service airlines ni juga agak tiptop! Kalau korang tak percaya, masa melangkah masuk ke pintu flight akan ada beberapa orang cabin crew yang tunggu kat tepi tu. Mereka akan sambut penumpang dengan senyuman mesra dan ucap “selamat datang” setiap kali penumpang masuk. Satu lagi yang tasha kagum dengan cabin crews ni, mereka sangat friendly and helpful. Hari tu masa nak balik dari Sabah, kertas imigresen kawan tasha hilang. 

So, dia kena buat report. Padahal masa tu beberapa minit ja lagi nak fly. Memang risau la takut tak sempat kena tinggal. Nasib baik pramugari tu tak marah. Senyum ja dia. Dia siap cakap lagi, “tak pa sempat lagi, jangan risau kami tunggu”. Memang cuak gila. Nasib baik sempat siap report tu. And thank you so much to that cabin crew. 

Kelebihan Pre-Booking dengan AirAsia

add on services airasia
sumber : Google

Syarikat penerbangan AirAsia ni menawarkan airfares yang berbeza. Jadi korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang. Kalau korang nak dapatkan low fare, korang kenalah buat pre-booking sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal. Lagi awal, lagi baik. Sebabnya, kalau korang tempah awal peluang korang untuk nikmati penerbangan dengan airfares pada harga yang sangat murah adalah tinggi tidak kira untuk mana-mana promosi. Ini kerana, dalam fare system sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Selain tu, korang juga boleh buat pre-booking untuk meals in flight, peruntukan bagasi, pilihan tempat duduk dan insurans perjalanan.


Apa yang tasha kongsi ni, berdasarkan pada pengalaman tasha. Dan tasha percaya korang yang pernah fly dengan AirAsia pun akan bersetuju dengan apa yang tasha kongsikan ini. Mungkin ada yang nak tambah lagi sebab-sebab korang memilih AirAsia sebagai pilihan utama untuk fly. Pada sesiapa yang plan nak travel tu, korang selalulah belek promo yang AirAsia buat tu. Kalau korang taknak lepaskan promo tu, better korang daftarlah sebagai ahli AirAsia. So, semua promo terkini korang akan dapat tahu dulu. Ok, dah boleh start buat tabung travel. 😄

“Now Everyone Can Fly”