7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware


7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Khas buat penggemar lipstik. Zarra Sinar Puteri baharu sahaja melancarkan produk kosmetik pertama mereka iaitu Zarra B'Joy Lipware. Apa yang special dengan Zarra B'Joy Lipware ni?

Zarra B'Joy Lipware

ZarraB'Joy Angels

Zarra B'Joy Lipware merupakan lipstik matte mewah bertaraf antarabangsa. 

ZarraB'Joy Matte lipswear didatangkan dalam 7 jenis warna yang menawan dan berani untuk semua peringkat usia berkonsepkan hari Isnin - Ahad bakal memdapat tempat di hati setiap wanita Malaysia dan bakal menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

Mesra solat, kissproof, transferproof, tahan lama sambil menjaga bibir agar sentiasa lembab ini memang pasti menjadi idaman setiap wanita.

7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware

Zarra B'Joy didatangkan dengan 7 variasi warna yang berbeza untuk 7 hari (isnin-ahad). Setiap lipstik ni pula ada nama-nama yang unik bermula dengan huruf Z dan nama bunga. Memang berbelit jugak lidah nak sebut. Last sekali sebut nak hari apa ja.. hehe... setiap lipstik ni jugak ada qoute motivasi jugak untuk si pemakai supaya lebih berkeyakinan dan positif. 

Zesty Rose Monday Lipware
Zenia Daisy Tuesday Lipware
Zazzy Verbena Wednesday Lipware
Zaftig Carnation Thursday Lipware
Zealous Dahlia Friday Lipware
Zonal Peony Saturday Lipware
Zappy Therapy Sunday Lipware



Maklumat Lanjut Zarra B'Joy

Retail Price RM47/each
Tol Free: 1-300-22-7622
Whatsapp : 012-622 9970 /019-344 7788

Menabung Wang Atau Emas?

kredit: pak cik google

Menabung Wang Atau Emas? | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Menabung wang atau emas. Mana satu pilihan korang? Dari kecik lagi tasha memang suka menabung. Tak kira la syiling ka duit kertas ka. Hujung tahun masuk bank. Tapi bila dah makin besar ni suka jugak menabung, hujung tahun korek tabung, terus shopping... hahaha...

Tapi azam tahun ni, tasha nak simpan duit tu. Start tahun lepas tasha dah buka akaun ASB. Haa, nampak tak betapa seriusnya nak menyimpan. Simpan untuk masa depan. Beli rumah ka, kereta ka, kahwin ka. Bank lain pun ada jugak simpanan, tapi bila ada kad dalam dompet ni cepat ja la nak pi atm. Kalau asb ni jenuh nak kena isi borang bagai.

Disebabkan mata wang kita pun tak tinggi mana dah kan, So, selain menabung wang ni, tasha punya plan nak menyimpan emas la pulak. La ni kan emas makin mahai. Berbaloi la sikit kan. Kalau nak gadai pun boleh time sesak-sesak nanti.

Tasha tengok la ni ramai betoi yang dok jual emas kat laman sosial. Nak beli kat depa tapi macam ragu-ragu pun ada. Nak beli bukan pakai air liur nah.. Habis kena tipu, melayang duit. Tapi ada jugak kedai yang jual amik untung lebih. Tu pun takut jugak. Ya la first time nak beli emas, kena la hati-hati lebih sikit. 

So, korang punya cadangan kat mana yang jual emas murah dan berkualiti... Nak beli barang kemas... <3



















Pharmaton® Memberi Ganjaran Terhadap Pencapaian Anda


Pharmaton® Memberi Ganjaran Terhadap Pencapaian Anda
| Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Setiap orang mesti ada azam masing-masing kan. Boleh dilihat ramai sangat nak kurus, nak cantik, nak berjaya.. Dan semestinya setiap azam tu merupakan sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik. Tapi, kalau tak kuat semangat, azam tu sekadar dimulut ja la.. sia-sia. 

Untuk capai semua azam tu, hati kena kental. Sebab tu Pharmaton nak bagi ganjaran kepada sesiapa yang bersemangat untuk capai azam masing-masing. 


Kempen Ganjaran Pencapaian Anda


Pharmaton telah memperkenalkan kempen "Ganjaran Pencapaian Anda" (Reward Your Achievement) yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada tahun 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan, di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya.


“Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki Pharmaton®- menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahtera an diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cab aran hidup yang mendatang,” kata Cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.


15 orang rakyat Malaysia akan ditaja Pharmaton ® dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan – kesihatan, pembangunan diri, memanjakan diri serta mengembara. 


Bukan setakat itu, SALAH SEORANG daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti dan duta jenama Pharmaton ® , Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta. 

Sherson Lian, yang dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personfikasi sempurna seorang pengguna Pharmaton ® , komited untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

“Sebagai seorang chef, perancangan yang rapi, ketepatan dan fokus amat diperlukan. Sepanjang kerjaya saya, didapati bahawa adalah penting untuk meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha untuk merealisasikannya. Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan disebabkan itu, Pharmaton® ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda bersama anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini,” kata chef selebriti, Sherson Lian. 

Untuk menyertai peraduan “Ganjaran Pencapaian Anda”

1. Dapatkan borang penyertaan di outlet yang menjual pharmaton
2. Isi borang dan kongsikan mengapa anda patut menang... (dalam 30 patah perkataan atau kurang)
3. kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan 

atau

menerusi Whatsapp di talian 017 235 2960. 




Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih maklumat, sila lawat www.pharmaton.com.my

Mengenai Pharmaton ®

Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, Pharmaton ® merupakan jenama multivitamin dewasa No. 1 di Malaysia. Kapsul/caplet makanan tambahan semua dalam satu yang menggunakan formulasi Swiss itu mengandungi vitamin dan mineral penting, di samping Ekstrak Ginseng G115® piawai.

Aspek kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® piawai telah diuji dan dikaji dengan teliti menerusi lebih 30 kajian klinikal. Menerusi penstandardan yang ketat, Pharmaton ® memastikan setiap kapsul/caplet mengandungi kuantiti ramuan yang tepat dan sama. Gabungan Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin serta mineral penting diuji secara klinikal untuk mempertingkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan dengan pengambilan 1 kapsul sehari.


BAJU KURUNG PAHANG (2 PASANG RM100)




BAJU KURUNG PAHANG (2 PASANG RM100) 
💞100% Engglish Cotton
💞Kain Susun Tepi Sebelah Kiri
💞Senang Iron
💞XS to XXL PLS REFER MEASUREMENT
💞Kain Tak Mudah Mengecut

🙋JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA
🙋GRAB YOURS NOW
🙋1ST PAY 1ST SERVE
🙋STRICTLY NO BOOKING 

🚚BORONG AVAILABLE ( MIN BORONG 30 PASANG ) 
🙅 NO BACKOUT BUYER
🙆 SERIOUS BUYER ONLY 

💰 2 PASANG RM100
💰 1 PASANG RM60 

💌 POS
SEMENANJUNG 
1helai>> Rm7
2helai>> Rm10

SABAH/SARAWAK
1helai>> Rm10
2helai>> Rm15 

📱WHATSAPP 0136354165



#cottonmurah











Lihat Corak lain  >>> 

Resepi Pilihan | Resepi Cheesy Wedges

Nak Tahu Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri? Guna Resipi Ini!

Bahan-bahan untuk buat wedges: 

- 3 biji ubi kentang
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- Minyak

Bahan-bahan untuk buat sos cheesy:

- 3 sudu besar mentega
- 250 ml susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan keju Cheddar (diparut)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Pewarna kuning (jika mahu)

Cara-cara Untuk Buat Cheesy Wedges: 

1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges.
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges.
3. Goreng.
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega.
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan.
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul.
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.



Resepi Pilihan | RESEPI KUEY TEOW SUP THAI



Resepi Pilihan | RESEPI KUEY TEOW SUP THAI. Ni salah satu makanan favourite tasha. 

Bahan-bahan Kuey Teow Sup Thai

Daun pandan
Akar ketumbar
Bawang putih(dihiris)
Bawang Holland@bwang besar(dihiris)
Lengkuas(dihiris)
Serai
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Biji ketumbar
Lada putih yang diblend
Kicap cair
Kicap pekat
Seasoning maggi
Cuka
Gula batu
Taucu yang diblend

Cara-cara membuat Kuey Teow Sup Thai

  1. Rebus daging@ayam smpai lembut
  2. Masuk daun pandan, akar ketumbar, bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, biji ketumbar, lada putih, kicap cair, kicap pekat, seasoning maggi, cuka, taucu yang diblend, gula batu, garam & perasa. masak sampai mendidih.
  3. Tidak perlu ditumis. Tunggu sehingga mendidih sahaja.
sambal cuka, serbuk cili, minyak bawang putih (kalau salah tolong betulkan), kacang ditumbuk halus. boleh taburkan ikut selera masing. 

Pemilik resepi : Nor Hazirah Manaf‎
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

WORDLESS WEDNESDAY! #33 | INTERNATIONAL WOMEN'S DAY- #BEBOLDFORCHANGE

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Hari ini merupakan hari wanita sedunia. Tema pada tahun 2017 adalah #BeBoldForChange.

For International Women's Day 2017, we're asking you to #BeBoldForChange
Call on the masses or call on yourself to help forge a better working world
- a more inclusive, gender equal world

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ni saya join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket. Sebab saya join segmen ini nak minta jasa baik bro HH untuk naikkan trafik blog saya sampai ke bintang. hehe... Mana tahu lepas trafik blog meroket ke bintang mood untuk blogging makin bertambah.

segala syarat telah saya patuhi.. 😉 

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

kalau anda nak join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket pun boleh.. 
syarat simple je..

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Instagram HASRUL HASSAN (klik dan FOLLOW)
Kepada Bro Hasrul Hassan,
Saya nak trafik blog meroket untuk entry ini http://www.tashaqisha.com/2017/02/5-sebab-utama-kenapa-saya-memilih.html
Moga mendapat trafik yang tinggi sampai ke bintang...


Kisah Guru Praktikal


Kisah Guru Praktikal | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dah hampir sebulan tasha bergelar sebagai guru praktikal di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Mood masih teruja, happy walaupun penat melayan setiap kerenah budak-budak ni. Kalau tak ada budak-budak ni sunyi pulak.

Tasha praktikal selama 4 bulan sahaja (2 bulan di tadika dan 2 bulan di taska). Untuk 2 bulan pertama ni tasha kena mengajar di tadika dulu. Dalam kelas tu ada lebih kurang 16 orang dan macam-macam ragam. Ada yang mengelat tak nak belajar, ada yang slow learner, ada yang suka nangis, ada yang low self esteem.  Dan sebagai guru sabar tu kena letak paling atas sekali. Sebagai pendidik, kita la kena corakkan mereka. Yang mengelat nak belajar, kita buat aktiviti best-best. Yang slow learner kita bimbing sampai dapat. Yang suka nangis kita hiburkan dia. Yang low self esteem kita bina self esteem dia. 

Yes, kalau sebut guru tadika ja mesti orang ingat kita kena lemah lembut selalu. Tak boleh marah, kena manja-manja baru la budak-budak berani dekat dengan kita. Tapi ingat first impression tu penting. First day masuk kelas kena tunjuk jugak muka tegas kita. kadang-kadang budak-budak ni nak uji kita ja. kalau terlalu berlembut, nanti budak-budak ambil kesempatan. Time tu kalau kita marah pun tak kan makan saman. 

So, harap-harap tasha terus kuat untuk mendidik anak bangsa ni. Walaupun hanya seketika. 

Rabu ni dah nak kena observe... seram sejuk ja ni....


Mudahnya Print Gambar Dengan Droprint


Mudahnya Print Gambar Dengan Droprint | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha memang suka ambik gambar. Korang pun mesti suka kan ambik gambar. Jangan nak tipu ok... Asyik simpan dalam phone ja. Lama-lama memori penuh kena delete jugak. Nak print? Malas yang amat nak keluar rumah. Dah jangan risau, sekarang dah ada Droprint..


Apa itu Droprint?

Droprint ni merupakan aplikasi untuk print gambar melalui telefon. Pilih ja gambar dari mana-mana album dalam phone korang. Dah tak payah nak transfer ke pendrive kalau nak bawak softcopy ke kedai. Dok rumah, log in Droprint, bayar then tunggu gambar sampai rumah. Kualitinya korang tak perlu risau. Tasha jamin kualiti high class... 



Droprint ni ada 3 style yang awesome. Korang boleh pilih style mana yang korang suka.
  1. style photobook RM48 (perfect bind untuk 32 pages) 
  2. style prints biasa RM21 untuk 20 pieces. Yang ni pulak ada 3 sub style iaitu polastyle, instastyle dan classic 4R. 
  3. style giftbox RM28 untuk 20 pieces 


Cara Print Gambar Dengan Droprint

1. Muat turun applikasi droprint dari Playstore
2. Buka droprint dan log in guna Facebook atau sign up
3. Pilih style print yang korang suka (ada 3 jenis: print biasa, photobook, dan giftbox) 
4. Isi no phone dan alamat penghantaran,  upload gambar yang dipilih tadi
5. Bila dah 100% selesai upload gambar, boleh terus buat payment!



 Jangan lupa masukkan code "5WADFE" untuk dapatkan diskaun RM5



>> DOWNLOAD SEKARANG <<
Official website: http://www.droprint.my/