Tesis Dah Jilid


Tesis Dah Jilid | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Setelah lama menyepi dari dunia blogging, In Shaa Allah saya kembali semula. Bila dah akhir-akhir sem ni, terlalu sibuk untuk siapkan FYP. Kadang-kadang masa untuk diri sendiri rilek pun tak ada. Berperang siapkan FYP sampai tak ada idea nak update apa kat blog. 

Dalam nak menyiapkan sebuah tesis, terasa macam nak putus asa ja. Nak berhenti semua ada. Then, ingat balik kenapa tasha pilih jalan ni dulu. Ni semua pilihan tasha. Dah hujung takkan nak berhenti macam tu saja. Gagahkan jugak diri ni. Slowly wake up. Kutip balik semangat yang hilang. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak siapkan tesis ni. 

Ingat senang ka nak habiskan study selama 4 tahun ni. Saat ni kawan-kawan banyak dah ada life masing-masing. Dah ada kerjaya semua. Sementara diri ni, masih depan laptop hadap FYP. But once dah settle, memang akan rasa sangat lega, sangat puas hati. Ni la hasil perjuangan aku selama 4 tahun. 

Sekarang ni bila dah habis study. Sementara nak apply kerja, memang akan boring la menganggur kat rumah ni. Tasha akan cuba jinak-jinak balik dalam dunia ni. 

Tak sabar konvo!!!





0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata