Traveloka Fly & Win CNY Contest


Traveloka Fly & Win CNY Contest | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Tak lama lagi dah nak sambut Chinese New Year kan. Bila CNY je, mesti cuti kan. Bila cuti ramai yang suka jalan-jalan. Tak suka dok diam kat rumah. Ada ja tempat yang nak pergi. Tak kisah la jauh ke dekat. Sepanjang zaman study banyak dah tempat yang tasha pergi dengan kawan-kawan. Ye la zaman study ni ja la nak dapat jalan dengan kawan-kawan pun. Zaman study memang tak ada pendapatan tetap lagi, tapi disebabkan kami gigih nak jalan-jalan kami akan menabung. 

Korang, Tasha ada berita best nak kongsi dengan korang yang kaki travel. Nak tahu tak Traveloka ada anjurkan satu contest sempena Chinese New Year 2018. Hadiahnya mestilah gempak punya. Ada 3 tempat percutian yang menarik yang akan korang menang kalau join contest ni. Nak tahu tak contest apa? Baca sampai habis tau.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Bermula 22 Januari 2018, Traveloka telah menganjurkan satu contest iaitu Traveloka Fly & Win CNY Contest. Contest ni dianjurkan sempena Chinese New Year 2018. Korang join contest ja pun dah boleh menang untuk travel. Buat kaki travel macam tasha ni memang wajib join la. Nak kumpul duit sendiri nak jalan-jalan makan masa jugak tau. Ni bila ada CNY 2018 contest dari Traveloka memang akan manfaatkan betul-betul la. Ala, bukan susah pun nak join contest ni. Kejap lagi tasha ajar ok. 

Contest ini bermula dari 22 Januari sehingga 28 Febuari 2018. Tapi, pihak penganjur berhak nak pendek atau panjangkan lagi tempoh contest ni tanpa sebarang notis. Korang jangan buang masa. Join je terus, tak perlu nak tunggu tarikh tutup baru nak join. 

Contest yang dijalankan berkonsepkan mini game. Yang kaki game nak test korang punya hebat ke tak hebat meh join contest ni. Ada rezeki boleh pergi melancong weh. Main game je pun dah boleh melancong. Tasha bukan kaki game tapi bila tengok hadiah yang ditawarkan tu sangat berbaloi, tasha akan cuba untuk join jugak. 

Syarat Menyertai Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kalau nak join mana-mana contest pun kena ada syaratnya. Syaratnya sangat simple tapi tak boleh jugak ambil sambil lewa. 

Syarat-syaratnya adalah:-

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia sahaja. Even korang warganegara Malaysia tapi menetap negara lain korang tak boleh join ok. 

2. Bagi yang bawah 18 tahun tu pun boleh jugak join tapi kena bagitau parent dulu and dapatkan kebenaran dorang dulu. Kalau dorang izinkan cepat-cepat join tau.

3. Korang wajib ada account Facebook. Rata-rata sekarang ni semua dah ada facebook kan. Kalau tak join memang rugi la. Bukan kena isi borang keluar duit pun.


Cara-cara Sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest

Sebelum tu korang kena follow Traveloka Malaysia Facebook Fan Page dulu. Sebab nanti apa-apa pengumuman pemenang akan diumumkan kat situ. Jangan terlepas pulak nanti. 

Nak join korang kena pergi ke link ni  https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest untuk join contest. Then korang akan masuk ke laman ni:- 

Log in account Facebook and make sure setkan "public"
untuk submit jumlah score korang nanti. Penting ni tau!!!

Klik Instruction untuk korang tahu
 cara-cara nak main game ni

kemudian klik Back and
klik Start game untuk main

Just tap skrin. Jangan Langgar bangunan,
layang-layang atau apa-apa objek
.

If korang lepas 1 bangunan korang akan
score 1 point je. Kalau langgar korang kira mati la.
Kalau nampak angpau, langgar je angpau tu.
Korang akan score 10 point tau

Dah puas hati dengan score tu,
korang boleh share and submit score korang tu

Isi detail korang.
Jangan salah masuk detail. Check betul-betul tau.

Dah berjaya submit. Korang boleh share score korang
maksimum 5 kali sehari. Esok pulak submit ye. 


Hadiah Gempak Menanti Anda

Haaa, senang je kan game dia. Kacang je... Kalau korang nak menang hadiah korang kena score top 3. Hanya top 3 sahaja yang akan dapat hadiah. Tapiii... yang rajin share pasal contest ni kat facebook pun boleh menang jugakkkk...

Grand Finale Prizes

1. Hadiah Utama percutian 6 hari 5 malam ke Seoul, Korea untuk dua orang. (Flight and accommodations only). 

2. Tempat kedua percutian 5 hari 4 malam ke Phuket, Thailand untuk dua orang.  (Flight and accommodations only). 

3. Tempat ketiga percutian 4 hari 3 malam ke Langkawi untuk dua orang. (Flight and accommodations only) 

Hadiah Kaki Share di Facebook

Peserta juga berpeluang untuk menang baucer traveloka yang bernilai RM1,000 seorang apabila share contest ni di Facebook. Pemenang akan dipilih secara random. 


Korang tak teruja ke tengok hadiah gempak tu. Semua tempat percutian best-best. Rasa semangat je nak join contest ni. Nak sangat jalan-jalan ke tempat orang pula. Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Kita pergi tempat orang dan tengok cara hidup dorang, budaya, suasana tempat tu.  Tunggu apa lagi jom ramai-ramai share contest ni kat facebook. Kita ajak kawan lain join sekali. Baru meriah. 


Jom Travel dengan Traveloka!!!


2 comments:

Dunia Zumal said...

Wow,syok ni hadiah best!!!

Siti Yang Menaip said...

menarik hadiah2nya..

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata