8 TIPS KAHWIN DI USIA MUDA


8 TIPS KAHWIN DI USIA MUDA | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kalau diperhatikan ramai yang nak berkahwin di usia muda tapi tidak berani nak bagitau parents. Zaman dulu kahwin pada usia belasan tu kira ok la. Kalau umur dah cecah 20 an masa tu memang orang kata anak dara tau. Tapi sekarang kalau nak kahwin pada awal usia 20 an tu sangatla muda. Ada setengah parent cakap habiskan belajar dulu, kerja dulu la.. Ada juga parent kalau anak umur 20 dah suruh kahwin. Zaman belajar tasha tengok ramai ja yang kahwin muda. Junior tasha pun dah ramai kahwin masa umur 20/21 macam tu. 

Kalau nak kahwin muda tak ada masalah. Tapi apa buat ibu bapa kita berat nak bagi kahwin masa muda ni sebab risau. Kalau yang perempuan tu nanti macam mana nak urus rumah tangga kalau diri sendiri pun tak terurus. Kalau yang tak pandai masak tu ok la boleh belajar. Kalau yang malas masak tu nak buat macam mana? Nak makan kedai hari-hari? Yang lelaki pulak, kalau kerja pun malas tapi nak kahwin tu payah jugak. Tak kan nak mintak mak bapak pulak yang sara.

Ada setengah orang umur 20 tu dah matang. Dah boleh fikir masa depan. Ada juga yang masa umur ni tak habis nak enjoy lagi. Ingat lepas kahwin boleh enjoy macam zaman bujang ka?? Ramai yang kahwin muda, tapi ramai jugak yang bergelar janda/duda muda kan. Alasannya, tak puas enjoy lagi, asyik kena konkong je, malas masak.. macam-macam la. Jadi takut pulak nak kahwin. Takut tak mampu nak pikul tanggungjawab lepas kahwin. 

So, kalau betul-betul nak kahwin muda. Fikir dulu betul-betul. Bincang dengan family. Betulkan hubungan dengan Allah swt. Selain itu, tasha nak share 8 tips macam mana nak kahwin usia muda. Tips ni tasha dapat dari facebook Cinta Blossom dan diolah sedikit oleh tasha.


1. Bersedia mental dan fizikal. Perkahwinan bukanlah satu mainan dan ianya tidak boleh diambil secara remeh. Dapatkan pandangan serta nasihat daripada orang yang lebih tua daripada anda. Dan apabila anda sudah bersedia, tunjukkan kesungguhan bahawa anda mampu memikul tanggungjawab sebagai suami isteri serta sebagai ibu bapa di usia muda. Nyatakan anda mampu membina rumahtangga yang bahagia. Kalau bergaduh tu tak boleh dua-dua keras kepala. Kena salah sorang juga mengalah. Mengalah bukan beerti kalah tapi demi kebaikan hubungan yang terbina tu. 


2. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Dia melembutkan dan melapangkan hati ibu bapa anda dan juga si dia untuk menerima hasrat kita itu. Mudah-mudahan segalanya menjadi seperti yang dirancangkan oleh anda dan si dia. Pertama sekali buatlah solat Istikharah untuk mohon petunjuk kalau rasa macam was-was ke. 


3.  Lelaki! Jadilah gentleman!

Kebiasaanya, bahagian inilah yang amat mencabar semangat si lelaki. Banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Hati pula sentiasa berdegup kencang bila memikirkan isu ini. Dan apa yang paling ditakuti oleh pihak lelaki adalah niat murni mereka itu akan ditolak oleh keluarga si dia.

Kepada lelaki, jadilah gentleman. Tenangkah diri anda dan pergilah berjumpa dengan keluarga si dia untuk nyatakan hasrat anda yang murni itu dengan lemah-lembut. Nyatakan juga mengapa anda hendak berkahwin dengan si dia di usia yang muda ini. Tunjukkan kesungguhan dah keikhlasan anda dan Insyallah, semuanya akan berjalan dengan lancar


4. Bawalah si dia berjumpa dengan keluarga anda terlebih dahulu agar keluarga anda dapat mengenal si dia lebih dekat. Dan selepas si dia pulang, tanyakan pendapat ahli keluarga anda tentang si dia. Restu keluarga lebih-lebih lagi ibubapa anda amatlah penting untuk mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari.


5. Pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil terutamanya kepada lelaki yang akan menjadi ketua keluarga sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kebiasannya, ibubapa sebelah pihak perempuan akan menolak niat baik anda mentah-mentah sekiranya mereka tahu anda tidak mampu menyara anak perempuan mereka. Oh, sila jangan salahkan mereka kerana setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi yang masih belajar, anda boleh mencari kerja sambilan disamping tidak mengabaikan pelajaran anda. Banyak kerja-kerja sambilan yang memberikan pendapatan yang lumayan di luar sana. Dan jangan lupa nyatakan kepada keluarga anda dan keluarga sebelah si dia dari mana datangnya sumber pendapatan anda.


6. Tunjukkan kematangan!

Setiap kali berbicara dengan ahli keluarga, tunjukkan kematangan anda dalam bertutur dan memberikan pendapat agar ahli keluarga yakin bahawa usia anda tidak mempengaruhi kematangan anda.


7. Biarlah ikhlas dan jujur!

Tunjukkan kejujuran, keikhlasan, serta akhlak yang baik setiap masa agar diri anda sentiasa disenangi oleh keluarga, rakan-rakan serta orang sekeliling anda. Dan Insyallah mudah untuk keluarga sebelah pihak lagi menerima diri anda dengan perwatakan anda itu.


8. Niat itu penting!

Betulkan niat anda bahawa tujuan anda ingin berkahwin di usia muda bukanlah nafsu semata-mata tetapi kerana ingin mencari keredhaan dari Allah. Disamping dapat mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang dilarang oleh Allah antara anda dengan pasangan anda. Insyallah segala urusan anda akan dipermudahkan-Nya kelak.

Nak kahwin muda tu mudah tapi tak boleh ambil mudah sangat. Banyak benda yang kena titikberatkan untuk membina masjid ni. Nak kahwin jangan ikut trend, biarlah bila kita betul-betul dah sedia. Biarlah lambat asalkan dengan orang yang tepat. Sekian.

credit : Cinta Blossom


Raya Dua Kali Setahun


Raya Dua Kali Setahun | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Percaya atau tak pada tahun 2033, kita akan menyambut syawal sebanyak dua kali. Cuba kira umur kita dah berapa masa tu. Kalau tasha masa tu dah umur 40 tahun. Tapi tak tahu la masih panjang umur ke tak masa tu. 



Raya yang pertama kita akan sambut pada 3 Jan 2033. Maknanya kita sambut ramadan Disember 2032 la kan. 

Untuk Raya yang kedua pula kita akan sambut pada 23 Disember 2033. Jadi kita sambut Ramadan November 2033. 



Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018



Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dah semak BR1M ke belum? Semakan boleh dibuat bermula hari ni dan dijangka masuk bermula 26 Feb 2018. 

MAKLUMAN TERKINI BR1M

  • Tempoh pendaftaran BR1M 2018 telah ditutup pada 26 Januari 2018.
  • Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari. Semakan boleh dibuat secara dalam talian (https://ebr1m.hasil.gov.my) dimenu MyBR1M atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
  • Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Februari 2018.
  • Pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 adalah mulai 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK / SDO.

Cara Semak Status BR1M

1. Pergi ke link ini  SEMAK BR1M

2. Masukkan no IC anda


3. Isi maklumat soalan keselamatan (ada dua soalan, kalau tak tahu/tak ingat tukar soalan)



4. Klik Semak status


5. Tahniah, anda lulus!


Ok, ni kali kedua dapat BR1M. First masa sebelum masuk study, second bila dah habis study. 


Cara Halau Binatang Yang Tidak Diingini Dalam Rumah


Cara Halau Binatang Yang Tidak Diingini Dalam Rumah | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Korang pernah tak rumah kena pecah masuk dengan binatang-binatang yang korang tak suka dia masuk. Rumah tasha pun dah banyak kali ular masuk. Lipas dengan cicak tu jangan dok kira la, memang banyak. Dah buat macam-macam dah still ada. Naik pening nak halau binatang tu. 

Tasha nak share dengan korang macam mana nak halau binatang semua tu. Tips ni tasha dapat dari facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew. Jom kita try. Mana la tahu berkesan kan.

Cara Halau Ular


Semburkan apa-apa pewangi/penyegar udara tempat ular berada. Ular tersebut akan pergi sendiri. Biasanya tasha dengar ular takut dengan buluh. 

Cara Halau Lipan


Letak garam halus atau kasar pada lipan atau tempat lembap yang menjadi kesukaan lipan. Lipan tidak akan ke tempat tersebut.


Cara Halau Anai-anai


Sembur air kapur sirih di mana anai-anai berada di rumah ada sama ada di dinding atau perabot kayu. Anai-anai akan mati kepanasan.

Cara Halau Cicak


Sapu dan letak tembakau di celah dinding/syiling rumah. Cicak akan lari menjauhi rumah dengan serta merta apabila tercium bau tembakau.

Cara Halau Tungau


Letakkan kulit durian/bunga pandan di tempat tungau hinggap. Bau dari bahan tersebut akan menyebabkan tungau mati. 

Cara Halau Lalat


Hiris daun pandan menjadi kecil. Letakkan di mana lalat selalu hinggap.

Cara Halau Lipas


Hiris daun salam halus-halus dan taburkan di tempat lipas berkeliaran. Lipas tidak akan kembali lagi ke situ.

Cara Halau Tikus


Taburkan serbuk lada hitam pada tempat biasa anda jumpa tikus. Tikus akan menjauhi tempat tersebut.

Cara Halau Semut


Taburkan serbuk kopi pada kawasan yang biasa didatangi semut. Semut akan menjauhi tempat tersebut.


Cara Halau Nyamuk


Letak kulit limau pada tempat mana yang anda mahu nyamuk tiada. Nyamuk tidak akan mendekati tempat tersebut.


Kalau korang ada tips yang lagi berkesan atau ada tips untuk halau binatang lain, korang boleh share kat sini. Terutama sekali kalau korang ada tips nak halau kumbang.... 




Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu


Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dah umur berapa pun lesen tak ada lagi. Bukannya tak nak ambil lepas sekolah dulu tapi takut nak bawak kenderaan. Ni pun setelah fikir panjang tasha gagahkan ambilkan juga lesen kereta. Lesen moto tu kita hold dulu. Biar betul-betul ada keberanian. Hahaa..

Masa tasha daftar lesen ni agak murah sikit la. Sebab masa tu ada promo sempenan hari JPJ. Daripada RM900+ turun kepada RM865 untuk lesen kereta. Kalau kereta dengan motor yuran dalam RM1100+ (harga asal RM1330). Tasha ambil lesen ni dengan adik tasha. Tasha ambil kereta ja, adik ambil dua-dua. 

Sebelum amik ujian komputer kena dengar dulu taklimat 6 jam. Untuk sesi pagi tu agak bosan la sikit. Sangat mengantuk, sampai tertidur pun ada. Sesi petang tu dapat cikgu yang best sikit, ada sense of humor sikit dalam taklimat dia. So, tak da la mengantuk. Gelak je memanjang. 

Lepas seminggu taklimat tu baru tasha pergi ambil ujian komputer. Risau jugak kalau gagal. Hari-hari buat latihan ja. Boleh buat latihan dengan app SPP di playstore. Dah tak payah nak baca buku tebal-tebal tu. Takkan sempat habis dan susah nak faham. Bila selalu buat latihan secara tak lansung kita tahu jenis soalan macam mana dan lebih mudah nak faham.

Alhamdulillah, kami dah lulus walaupun tasha atas urat ja. hahaha.. 

Next lepas raya cina ni dah boleh belajar memandu. Doakan cepat lulus ye..


Road To Convo


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, secara rasminya pada 13 Februari 2018, tasha telah berjaya tamatkan pengajian. Bukan singkat perjalanan ni. Tapi ini juga bukan penamatnya lagi. Inilah permulaan dunia baru tasha setelah tamat belajar. Road to convo la pulak..

In Shaa Allah sekiranya tiada apa-apa halangan tasha akan konvo pada Oktober 2018. Doa-doakan ye. Hehehe... 

Ingatlah kisah hari pertama daftar masuk ke UPSI. Semasa awal-awal bergelar anak kandung suluh budiman. Rasa macam tak percaya ja.. Sekarang lagi tak percaya bila dah habis belajar selama 4 tahun.

Misi sekarang nak cari kerja la pulak. Bukan main susah jugak nak cari kerja ni kan. Sementara nak cari kerja tu tasha sekarang nak ambil lesen dulu. Lepas tu baru la senang nak pergi mana-mana kan..


Wish me luck and doakan tasha ye. 


11 Basic Skincare dan Makeup Tasha


11 Skincare dan Makeup Wajib Tasha | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kalau kita perasan sekarang ni semua nak jadi cantik. Lumrah la kan. Tapi disebabkan skincare dengan makeup product ni mendapat permintaan yang tinggi, maka timbullah banyak founder kosmetik tempatan yang berlumba untuk mengeluarkan produk masing-masing. Dari situ jugaklah timbul banyak produk timbang kilo semua tu. Orang yang nak cantik segera ni dah tak peduli kesan jangka panjang. Yang dia tahu nak cantik cepat seperti yang dijanjikan oleh produk timbang kilo (kulit putih, licin dalam 3 hari). 

Tapi ada ja produk keluaran tempatan yang bagus. Paling senang nak tahu produk tu selamat ke tak. Tengok je produk tu berani tak masuk dalam drugstore. Tu cara paling senang la nak tahu. Bukannya produk yang jual tepi jalan. Harga kaw-kaw murah gila. Hati-hati tau...

Tasha nak share antara produk yang tasha guna. Ada produk tempatan dan ada jugak produk luar. Tapi semua produk ni boleh didapati di drugstore terpilih. 

Micellar Cleansing Water


Benda pertama kena buat sebelum cuci muka mesti wajib buang segala make up menggunakan makeup remover. Ada banyak makeup remover kat drugstore tu tapi yang paling tasha suka brand Simple ni la. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Lepas dah buang segala makeup baru lah boleh cuci muka. Macam yang semua orang tahu produk ni memang bagus. Apa yang best pasal cleanser ni dia tak berbuih. First time pakai memang rasa tak selesa. Macam cuci tak bersih je. Tapi lama-lama ok je. Mungkin masa first pakai tu tak buang makeup betul-betul guna makeup remover. Terus cuci muka. Pakailah cleanser apa pun, sebelum cuci muka tu wajib keluarkan makeup guna makeup remover. 

Tasha dulu memang jerawat agak banyak di bahagian dahi dengan pipi. Area T zone tasha tu memang berminyak la. Lepas try ni dah bernsur-ansur hilang. Kalau sebulan sekali naik jerawat tu normal la. Hormon tengah berubah kan masa tu. Tak ada la teruk macam dulu sampai berbekas jerawat tu. 

Soothing Facial Toner


Lepas cuci muka. Lap la muka guna towel yang bersih. Jangan sesekali campur tuala muka dengan tuala badan tau. Dah tu kalau lap muka tak yah la tonyoh kuat-kuat. Just dap-dap dah la. Lepas tu barulah apply toner ni. Toner ni pulak kena guna kapas tau. Fungsi toner adalah untuk balancekan PH skin kita dan buang segala kotoran yang belum hilang masa cuci muka tu. Toner tak boleh dap dap macam serum/essence ye. 

Lepas dah pakai toner tu barulah pakai essence ye. Tasha tak ada essence lagi. masih usha-usha nak beli yang mana. Korang boleh suggest tak essence apa yang sesuai??

Rosa E Pigmentation Serum


Serum ni tasha akan pakai lepas guna toner. Tapi tasha pakai serum ni sebelum tidur je. Serum ni berminyak so tasha pakai sikit je. Kat tempat yang perlu je.  Tasha guna serum ni sebab nak pudarkan jeragat yang ada dan membantu mengurangkan kedutan. Garden of Eden ni ada banyak serum yang best tau. Korang boleh tengok sendiri la kat drugstore tu. 


Tea Tree Primer Sendayu Tinggi 


Ni salah satu produk tempatan yang tasha suka. Produk dari sendayu tinggi. Produk ni korang boleh beli di watsons ataupun web sendayu tinggi ye. Sebelum nak pakai foundation tu wajib pakai primer dulu. Fungsi primer ni untuk buatkan makeup tahan lebih lama dan juga membantu membaiki kulit muka kita. Ada dua jenis primer sendayu tinggi. Tea tree dengan argan. Tasha pakai yang Tea tree primer sebab ianya sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat. Walaupun tasha dah tak ada jerawat tapi kulit tasha berminyak sebab tu pakai yang ni. Kalau yang argan sesuai untuk yang normal skin. Dia kecik je tapi tahan lama. 3-4 bulan jugak lah tasha guna untuk habiskan.

Kat bawah ni detail pasal primer ni: 

  • Digunakan sebelum menyapu bedak asas sebelum bersolek yang bertujuan memberikan solekan yang lebih tahan lama, tidak merekah dan bercapuk
  • Ia mengekalkan solekan yang lebih matte sepanjang hari terutama kulit berminyak, kombinasi, sensitif dan jerawat
  • Penggunaannya membantu mengurangkan saiz liang pori yang besar, mengecutkan jerawat serta merawat kulit yang kasar 
  • Sifat nyah-kuman berupaya menyembuhkan jerawat tanpa rasa sakit dlm masa yg singkat
  • Mengurangkan alahan / radang / iritasi pd kulit, sesuai utk penderita resdung 
  • Memulih kulit terbakar, luka & gigitan serangga serta melegakan masalah eczema, psoriasis & kulit kering
Web Sendayu Tinggi : http://www.sendayutinggi.com

Biore UV Aqua Rich


SPF ni sangat penting tau. Kalau kita kerap terdedah dengan matahari tu pun salah satu punca berlakunya pigmentasi. Masa buat treatment muka hari tu, doktor tu tanya ada pakai sun protection tak? Sebelum ni memang tasha ada pakai tapi bila pakai je muka lagi berminyak. Bila muka lagi berminyak dengan foundation bercapuk memang tasha stop teryus pakai sun protection. 

Kemudian dia suggest cari sun protection yang water base. Memang sangat sesuai untuk kulit yang berminyak. Terjumpa la biore aqua rich ni.  tasha suka sebab water base, tak melekit, tak berminyak, rasa ringan muka. 

Matte Sunscreen SPF50 PA++ Sendayu Tinggi


Tasha dah lama pakai foundation dari sendayu tingi. Kira-kira dah nak masuk 4 tahun tak silap. Dulu nama dia matte mousse. Sekarang dah tukar nama dan formula pun banyak dah dipertingkatkan dari segi SPF dia, lepas tu ada whitening formula. Untuk foundation ni ada dua jenis. Satu untuk normal skin, satu lagi untuk oily skin. Macam biasalah tasha akan pilih foundation untuk oily skin la.

Fit Me! Maybelline


Ni pun salah satu foundation yang tasha suka. Tasha baru ja try yang ni sebab ni pun sesuai untuk kulit berminyak. Yang membuatkan tasha try foundation sebab masa tu foundation sendayu tinggi dah habis dan dalam proses nak keluarkan yang terbaru. So, tasha try la foundation ni. So far ok. Oil control. Fit me ni ada banyak code tau. Pilih code betul-betul barulah cantik je bila pakai. 

Tasha jarang pakai foundation ni dah since foundation sendayu tinggi dah keluar. Kalau rasa ada mood nak pakai baru pakai. 

Fit Me Matte + Poreless Powder


Kemudia tasha akan apply sikit powder ni. Tasha layang-layangkan je guna berus. Tak nak tebal-tebal sangat. Just nice je.

Vaseline and Matte Junkie


Last sekali serikan sikit bibir dengan matte Junkie.Bibir tasha jenis sangat kering. So sebelum pakai apa-apa lipstik tasha akan sapukan sikit vaseline ni. Untuk lembapkan bibir ni.

Ni basic kalau tasha keluar la. Kalau duduk kat rumah ja tasha akan pakai sampai ke sun protection je. Sebelum tasha lupa, dalam seminggu tasha akan buat skrub muka juga dalam 2-3 kali. Tapi tasha guna serbuk teh jela. Memang rasa lembut dan bersih je lepas skrub tu. Tasha jarang nak minum teh, beli serbuk teh pun semata-mata untuk skrub je.. Kalau korang yang suka minum teh tu, boleh la simpan uncang teh untuk buat skrub nanti ye.. 

Ni tasha punya rutin la. korang punya rutin mungkin berbeza dengan tasha. Tasha tak pandai nak pakai makeup tebal-tebal, nak buat shade bagai tu. Kalau sudi bolehlah share korang punya rutin pulak ye. 




This entry was posted in

Makan Tepi Laut di Tanjung Pandan, Pulau Tuba Langkawi


Makan Tepi Laut di Tanjung Pandan, Pulau Tuba Langkawi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kalau korang datang melancong kat langkawi, jangan lupa singgah di Pulau Tuba tau. Nak tahu kat mana Pulau Tuba tu? Korang bukak la google map ye. hehe... 

Actually Pulau Tuba ni salah satu pulau yang terdapat di Pulau Langkawi. Sebelah Pulau Tuba ada Pulau Dayang Bunting. Kampung yang tasha stay tu di Pulau Dayang Bunting la. Tapi ada jambatan yang menghubungkan kedua-dua pulau tu. 


Nak rasa suasana kampung yang betul-betul kampung memang tu la tempat yang sesuai. Tapi jangan risau sebab semua kemudahan asas ada kat kampung ni. 

Baru-baru ni tasha balik kampung, tengok dah ada sikit perubahan. Kalau sebut Tanjung Pandan memang tu salah satu port lepak paling popular kat situ. Sebabnya kat situ boleh mandi laut, boleh tengok view yang cantik. 


Tak perlu pun duduk dalam kedai mahal-mahal ada aircond bagai kalau nak makan sedap. Makan dengan adanya angin pantai lagi best. 



Paling popular mee ketam dengan mee udang. Tasha sangat recommend kalau korang nak makan mee seafood yang fresh boleh cuba kat sini. Harga pun berbaloi dan sangat puas hati. 


Tahu tak air apa ni? Ni sebenarnya cendol thailand. Orang kampung tasha yang buat. lain sikit la. Dia kreatif buat corak sikit dengan cendol dia tu. Sedap dan murah. 

Selain tu ada macam-macam lagi yang dijual. Semua best-best dan sedap-sedap belaka. Kalau dulu tu memang tempat lepak remaja la. Tapi kat situ dah dibuka kedai-kedai makan yang best. Makan pulak tengok laut. Ada angin pantai pulak. Memang terbaik la.

So, kalau ke Pulau Tuba jangan lupa singgah makan di Tanjung Pandan tau.

Pulau Tuba, Langkawi


Lepak Santai Di Tadom Hill Resorts


Lepak Santai Di Tadom Hill Resorts | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sebelum habis sem haritu, tasha dengan kawan-kawan sempat la mandi manda di Tadom Hill. Memang dah jadi aktiviti wajib kami untuk mandi manda kat mana-mana bila masuk sem. Kami pilih Tadom Hills. Biasalah bila last sem ni kelas tak berapa banyak. Seminggu ada 2-3 kelas ja. Memang banyak masa terluang. So, sem yang terakhir kami pilih jauh sikit la dari Tanjong Malim.

Kami pergi masa hari bekerja. Masing-masing tak tahu jalan. Jadi, pakai waze je la. Resort ni agak tersorok sikit la. So kena tengok jalan betul-betul supaya tak terlepas jalan. hehehe...



Aktiviti di Tadom Hills Resorts

Untuk masuk ke Tadom Hills kena bayar tau. Sebenarnya ada banyak pakej yang kita boleh ambil. Nak buat apa-apa aktiviti pun boleh dalam tu. Nak buat aktiviti team building ke, family day ke, nak photoshoot wedding pun boleh tau. Korang boleh je tengok harga pakej yang korang nak tu kat web Tadom Hill Resort : https://tadomhillresorts.com/packages/

Kat situ biasanya orang tahu sebagai tempat mandi ja kan. Sebenarnya ada lagi aktiviti yang korang boleh buat seperti flying fox, ATV. Tapi tu harga asing la. Korang juga boleh menginap kat situ. Bukan main lawa lagi resort dia. Tak caya tengok gambar-gambar kat bawah nanti.

Masa pergi haritu kami just pergi mandi je. Harga biasa RM22 untuk seorang. Tapi ada harga special tau untuk student. Korang tunjuk je kad matrik korang tu. Dapatlah harga RM18 seorang. Murah kan. Tapi tu untuk weekdays je kot boleh dapat harga tu.

Biasanya kalau mandi tempat awam macam tu paling risau barang-barangkan. Semua pakat nak mandi, tapi barang sape nak jaga? Jangan Risau sebab korang boleh sewa loker untuk simpan barang.



Nak mandi wajib pakai life jacket. Even korang pandai berenang sekali pun. Please ikut peraturan kat sana. Mencegah dari benda buruk berlaku kan lebih baik.


Ni gambar member tasha ye.  Kalau tasha nak naik papan ni memang tak la. Tinggi kot.



Memang puas gila mandi kat sini. Nak kuak lentang ka apa buat je. Untung masa kami sampai ni orang tak ramai lagi. So, memang tempat tu kami yang punya la. 




Cantikkan resort dia. Memang back to nature la resort dia. 





Sebelum balik wajib tinggalkan jejak kat sini. Mana tau nanti bila pergi dengan anak-anak boleh tunjuk kat dorang pulak.

Kalau korang nak cari tempat mandi best-best. Bolehlah masukkan Tadom Hills dalam list korang. Confirm takkan menyesal punya.

Untuk maklumat lanjut korang boleh terus contact detail kat bawah ni
Phone: 012 – 5225728, 012 – 5225908, 012 – 5225883
Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Waktu Operasi:

Monday ……………. 9 am – 6.45 pm
Tuesday …………….9 am – 6.45 pm
Wednesday ……….9 am – 6.45 pm
Thursday …………..9 am – 6.45 pm
Friday ………………..9 am – 6.45 pm
Saturday, Sunday ………9 am – 6.45 pm

Tadom Hill Resorts