KEHIDUPAN SEMAKIN SIBUK


KEHIDUPAN SEMAKIN SIBUK | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sejak beberapa bulan bergelar penganggur ni, life tasha makin sibuk. Ada setengah orang fikir kalau menganggur duduk dirumah tak buat apa... Menghabiskan beras ja. Makan tidur makan tidur.. kan... Tak dapat dinafikan la mentaliti orang macam tu.

Bagi tasha pulak, dalam sedang mencari kerja. Sementara nak tunggu panggil interview kerja ka apa. Better buat la something yang boleh mendatangkan sesuatu. Takkan nak dok goyang kaki ja kat rumah. 

Jadi, tasha manfaatkan masa yang ada ni untuk buat bisnes online. Zaman sekarang ni nak buat bisnes online tak perlu tunggu ada modal, tak perlu tunggu barang ada kat tangan pun. Mula-mula nak berjinak tu join je dropship. Untung sikit-sikit tu ok la daripada tak ada apa langsung.

Tasha dah start buat bisnes ni daripada zaman study dulu. Dalam sem 3 macam tu la. Masa tu jual suplement untuk kulit cantik gitu. Masa tu pun bisnes kadang ok, kadang slow. Biasalah mula-mula kan. Lepas tu jual perfume pulak. Bagi tasha ni susah la sikit sebab tak semua bau perfume ada kat tasha kan. And pening jugak nak explain bau kat orang sebab diri sendiri pun tak tau bau tu macam mana. Yang tasha tau bau wangi ja... hahahahaa...

Then, masa praktikal tasha start jual baju kurung. Alhamdulillah... sambutan yang hangat jugaklah bagi orang yang macam tasha ni. Daripada tu tasha fokus jual baju kurung je sampai sekarang. Jadi dropship ja pun. Bukan susah mana. Promote. Ambil order. Tunggu supplier pos barang. 

Mula-mula join dropship baju kurung satu supplier ja. Then sekarang makin banyak sebab kadang-kadang corak yang supplier A tak ada boleh tengok di supplier B. Bila dah habis belajar ni makin la tasha serius sehinggakan blog ni terabai. Sampai domain expired pun tak tau. Parah.. Alhamdulillah walaupun tak banyak macam orang lain, boleh la simpan sikit-sikit. Kalau nak kira-kira untung yang boleh dapat sebulan macam orang gaji degree la jugak.. So tak ada istilah tak pi kerja, tak ada income. Bila dah start serius ni makin seronok pulak menjual.. Mana tau nanti tergerak hati nak ada butik sendiri pulak ka... Aamiin..... 

So, kalau korang yang tengah menganggur kat rumah tu. Carilah peluang. Buat something. Jangan nak harapkan dapat kerja tetap ja. Sementara nak tunggu tu. Buat la kerja apa-apa. Tapi bila buat bisnes kat rumah ni, kita ada banyak masa yang kita boleh atur sendiri. 

Dah penat bebel. Kalau nak cari baju raya murah-murah yang cantik boleh la ke IG shop tasha ye..
Detail macam kat bawah ni ye.. 

0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata