The Pisang Cheese Viral


the pisang cheese

The Pisang Cheese Viral | Assalamualaikum wbt dan selam sejahtera. Kalau sebut pisang cheese mesti ramai yang terliur. Dah terbayang dia punya kerangupan pisang, cheese yang banyak, makan pulak panas-panas. 

Tasha baru ja lepas try pisang cheese dekat The Pisang Cheese dekat Wangsa Maju area Wangsa Walk Mall. Actually dari minggu lepas nak pergi beli. Tapi time pergi tu dah lewat sangat. Kedai pun dah tutup dah. 
the pisang cheese_chocolate cheese
chocolate cheese
The Pisang Cheese kat situ ada banyak topping yang korang boleh pilih. Ada Original Cheese, Chocolate Cheese, Cinnamon Cheese, White Chocolate Cheese, Salted Caramel. Kalau nak campur pun boleh. Satu box paling kecik dijual dengan harga RM7 ada lebih kurang 7 keping pisang dalam tu. Salted Caramel je RM8. 

the pisang cheese_chocolate cheese

Ni tasha beli topping chocolate cheese. Kalau tasha makan cheese je cepat muak sebab tu tasha amik yang ada chocolate. Memang puas hati la sebab sedappp sangat. Chocolate dia memang banyak. 

Salted Caramel mix Original Cheese

Yang ni pulak salted caramel campur original cheese. Ni pun sedap jugak. Senang cakap pisang cheese dia semua sedap-sedap. Next time nak try topping lain pulak. Nak cari gerai senang je. Korang cari je kedai Temerloh Catering belakang Wangsa Walk Mall.

Temerloh Catering

Dah try boleh la share feedback korang pulak! 
This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata