Ramadhan Terindah

Ramadhan terindah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Salam Ramadhan buat umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah, tahun ni masih lagi kita berkesempatan bertemu Ramadhan. Bulan yang mulia yang penuh dengan rahmat Allah swt. Apakah yang kita harapkan dengan Ramadhan kali ini? Semuanya bergantung kepada niat kita. 

Pada sesetengah orang mungkin Ramadhan kali ini lebih bermakna kerana adanya insan-insan tersayang. Namun, bagi orang telah kehilangan insan tersayang pasti Ramadhan kali ini memberi kesan yang mendalam. Pastinya hanya doa yang mampu dikirim pada ketika ini. 

Yang hidup pasti akan merasai mati. Itulah lumrah sebuah kehidupan. Cliche.. tapi itulah hakikat. Sementara nafas masih ada, kudrat masih ada... marilah kita manfaat bulan yang mulia ini sebaik mungkin untuk dijadikan bekalan dikemudian hari. Esok atau lusa atau bila-bila masa saja kita pulak akan meninggalkan dunia ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terindah dalam hidup kita. 

Dikesempatan ini saya memohon maaf sekiranya ada yang terguris hati, terasa hati dengan saya. Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. 

Salam Ramadhan ❤️


0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata