Showing posts with label Dashing. Show all posts
Showing posts with label Dashing. Show all posts

DASHING Anytime EDT

DASHING Anytime EDT | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Wangian merupakan sesuatu yang penting dalam menjaga penampilan bagi setiap individu. Kalau boleh setiap masa nak menyembur ja. Tapi susah la kan kalau nak bawak minyak wangi yang besar gedabak tu merata tempat. Kalau yang jenis botol kaca pulak jenuh nak jaga supaya tak pecah. Melecehkan pulak.

Tapi, sekarang ni dah tak perlu risau dah sebab Dashing dah keluarkan produk yang terbaru dan mudah dibawak ke mana sahaja. Tapi, khas untuk lelaki la. Kalau orang perempuan sukakan wnagian lelaki pun boleh ja pakai. Minyak wangi ni dikenali sebagai Anytime EDT dengan membawa maksud bila-bila sahaja pun dah boleh sembur. 

DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil (pocket size), senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja. satu pack ni mempunyai kandungan sebanyak 18ml dan boleh bertahan selama satu bulan. 

DASHING Anytime EDT ini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

DASHING Anytime EDT Cool dan Active


Dashing Anytime EDT Cool ini merupakan haruman maskulin yang merupakan takrifan identity dan daya penarik. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

Bagi Dashing Anytime EDT Active pula khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif si pemakai.

DASHING Anytime EDT Ultimate Kick dan Hattrick


Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Dashing Anytime EDT ni korang boleh dapatkan di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan juga farmasi dengan harga yang sangat mampu milik. Ianya dijual pada harga RM7.00/18ml.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan segera minyak wangi kegemaran anda.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web dan facebook milik Dashing
Website : http://www.dashing.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Dashing.MY/