Showing posts with label Food Tour. Show all posts
Showing posts with label Food Tour. Show all posts

Cendol Durian Runtuh Chow Kit


Cendol Durian Runtuh Chow Kit | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dah lama tak pekena durian ni. Bila ada yang mengajak cari cendol durian, ringan ja kaki nak jalan. Destinasi pilihan tasha untuk cendol durian adalah di Cendol Durian Runtuh Chow Kit. Antara tempat makan cendol yang famous dekat situ. 

Pertama kali nak ke area sana dan masing-masing tak tahu jalan. Google je la kami ni macam mana nak ke sana. Kalau naik LRT kena turun dekat Stesen LRT Kampung Baru. Dari LRT Kg Baru tu kalau jalan kaki dalam 8-10 minit je.  Mulanya ingat nak naik grab je dari LRT Kg Baru tu. Tapi punya la tunggu lama... susah betul grab nak dapat area situ. Tak tahu la memang susah dapat grab ke atau mungkin sebab public holiday. 

Daripada menunggu lama, menapaklah kami ke Kedai Cendol Durian Runtuh tu berpandukan google map.Tak da la jauh mana pun. Sebelum nak sampai ke kedai tu akan nampak la deretan kedai-kedai makan, kedai jual durian, dan kedai cendol durian lain jugak. Ada dalam 2-3 kedai lain yang jual cendol durian ni. Kalau Kedai Cendol Durian Runtuh ni betul-betul dekat simpang. 



Sampai je situ orang masih tak ramai lagi sebab kedai baru buka kan. Jadi tak da lama nak menunggu tu. Boleh terus makan dengan gembira. Dekat situ kalau nak makan cendol durian kena layan diri. Tak ada orang nak ambil order dan hantar. Kena pergi dekat tempat yang buat cendol tu dan cakap kat dia. Nanti dia terus buat. Kalau nasib baik orang tak ramai tak la lama nak beratur tunggu. Kalau  kena time orang ramai jenuh la nak menunggu. Nak cari tempat makan pulak satu hal. 

Satu mangkuk cendol durian berharga RM13 sahaja. Bagi tasha berbaloi dan berpatutan. Sangat sedap, melimpah, durian banyak (ingatkan letak seulas je) dan gula melaka dia pun tak banyak. Tak da la rasa manis gula banyak sangat. Rasa manis buah durian je. 

Kalau nak bungkus harga lain pulak. RM15 sebungkus. Mungkin kuantiti lebih sikit kot. Kalau nak cendol biasa pun ada jugak jual kat situ. 

Bagi peminat cendol durian kalau nak ke sana korang waze je Cendol Durian Runtuh Chow Kit. Beroperasi setiap hari dari pukul 2pm-2am. Nah info pasal kedai ni;

Address: Cendol durian runtuh cowkit, Lorong raja Bot, 50300 Kuala Lumpur