Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Facial Treatment di Medikulit Premium


Facial Treatment di Medikulit Premium | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Perempuan dengan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Sekarang ni berlumba-lumba orang nak cantik, nak flawless, nak putih. Termasuklah tasha ni. 

Banyak juga produk tasha guna masa zaman sekolah antaranya garnier, safi, fair & lovely. Pakai semua tu macam tak ada effect apa-apa pun. Sebab tu sekarang ni malas nak pakai apa-apa krim. Just cuci muka, pakai foundation. Tapi, betul ka cara tasha jaga muka tu? Sampailah tasha dapatkan rawatan muka di Medikulit Premium ni. 

Facial Treatment di Medikulit Premium 

Sebelum mulakan treatment, beauty consultant akan sembang-sembang dulu. Bukan sembang kosong tau tapi lebih kepada produk-produk yang kita pernah guna, macam mana kita jaga muka, apa masalah muka kita dan dari situ beauty consultant dapat suggest treatment yang sesuai untuk kita. 

First Treatment : Water Facial Dermabrasion


First treatment tasha kena buat water facial dermabrasion. Tujuan dia untuk buang segala dead skin yang berkurun kat muka ni. Sebab tu apply apa-apa kat muka tak ada kesan apa-apa. kulit mati dah banyak sangat. 

Tapi sebelum tu, beauty consultant akan tanggalkan segala mekap yang ada kat muka tasha. Tasha just aplly foundation ja. Bersihkan muka kemudian baru la buat water facial ni. 

Walaupun muka nampak macam bersih, at the end of the treatment kita akan sedar betapa kotornya muka kita bila segala dead skin tu keluar. Mesin ni menggunakan air. Bukan air kosong biasa tau. Ada air khas dia. Rasa dia macam ada benda dok sedut kotoran kat muka. Macam vakum tu. Habis ja treatment, baru la kita nampak segala dead skin berkumpul dalam air water facial tu keruh.

Nampak tak air tu keruh.
Lepas tu ada benda-benda dok terapung.
Lepas ja treatment ni, muka rasa lembut, licin dah tak da rasa kasar. Lepas ni nak apply apa-apa pun cepat la meresap. 

Second Treatment: Transderm


Lepas ja dah bersihkan muka. Buang segala dead skin, tasha buat treatment tranderm pulak. Tujuan dia untuk membuka liang roma supaya serum-serum cepat meresap ke dalam kulit. Rasa dia macam ada benda menyucuk-nyucuk. Tu sebenarnya current yang membantu membuka liang roma. 

Kemudian tasha dipakaikan facial mask dari ekstrek seaweed dan buah oren. Pakai dalam 15 minit sahaja. Lepas tu barulah disapukan dengan moisturizer dan sun block. Yang bestnya produk ni control oil balance. Muka rasa fresh gila. 

Kalau korang nak dapatkan treatment yang lebih santai, rileks.. Tasha suggest korang datanglah buat treatment kat sini. Harga setiap treatment berbeza tapi  2 3 kali ganda lebih murah dari tempat lain. 


Treatment room

Treatment room

VIP room. 

Antara produk yang dijual dan digunakan semasa treatment.
Nampak banyak kan produk. Sebab kulit setiap orang pun lain-lain. 

Waiting Area

Medikulit Premium ada buat Special Offer tau. Promotion buy 1 free 1 for all treatments. FOR 1ST TIME customer. Bestkan, Rugilah korang kalau tak grab offer ni. Nak cantikkan...

Tak guna jugak tau kalau korang pakai produk mahal-mahal tapi tak jaga kulit korang betul-betul. Kalau korang nak offer ni, bagitau tasha. Nanti tasha pass kat korang ok.


Selain Promo buy 1 free 1 tu ada satu lagi promo. 

Promo for April only... Pevonia Luminous "c" and "sea"(Bernilai RM388) @ dengan hanya RM88.




Maklumat lanjut Medikulit Premium

Sebelum nak pergi, kena call dulu untuk set appoinment.

No Telefon : 03 7865 9191
Facebook : Medikulit Premium
Alamat: No 41, (1st Floor), Jalan 21/12, Seapark, 46300 PJ, Selangor
Waktu Operasi : Selasa-ahad (10am-7pm)  


Menabung Wang Atau Emas?

kredit: pak cik google

Menabung Wang Atau Emas? | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Menabung wang atau emas. Mana satu pilihan korang? Dari kecik lagi tasha memang suka menabung. Tak kira la syiling ka duit kertas ka. Hujung tahun masuk bank. Tapi bila dah makin besar ni suka jugak menabung, hujung tahun korek tabung, terus shopping... hahaha...

Tapi azam tahun ni, tasha nak simpan duit tu. Start tahun lepas tasha dah buka akaun ASB. Haa, nampak tak betapa seriusnya nak menyimpan. Simpan untuk masa depan. Beli rumah ka, kereta ka, kahwin ka. Bank lain pun ada jugak simpanan, tapi bila ada kad dalam dompet ni cepat ja la nak pi atm. Kalau asb ni jenuh nak kena isi borang bagai.

Disebabkan mata wang kita pun tak tinggi mana dah kan, So, selain menabung wang ni, tasha punya plan nak menyimpan emas la pulak. La ni kan emas makin mahai. Berbaloi la sikit kan. Kalau nak gadai pun boleh time sesak-sesak nanti.

Tasha tengok la ni ramai betoi yang dok jual emas kat laman sosial. Nak beli kat depa tapi macam ragu-ragu pun ada. Nak beli bukan pakai air liur nah.. Habis kena tipu, melayang duit. Tapi ada jugak kedai yang jual amik untung lebih. Tu pun takut jugak. Ya la first time nak beli emas, kena la hati-hati lebih sikit. 

So, korang punya cadangan kat mana yang jual emas murah dan berkualiti... Nak beli barang kemas... <3



















Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah

Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Nak kahwin. Barang semua dah beli. Baju pengantin dah tempah. Tapi tak daftar nikah lagi. Macam mana tu? Meh tasha tunjuk macam mana nak daftar nikah. 

Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah

Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah


Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah


Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah



Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah


Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah



hanya untuk pemohon Perak, negeri sembilan, melaka, perlis, kedah dan wilayah persekutuan sahaja