Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Buzzme Travel Simcard


Buzzme Travel Simcard | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekarang ni semua orang perlukan internet. Pergi mana-mana pun internet benda pertama yang dicari. Kalau pergi luar negara mesti susah nak cari simcard yang ada internet yang murah-murah kan. Asyik travel ke luar negara, banyak jugak simcard yang kita beli. Last-last balik malaysia bukan boleh pakai pun kan.

Baru-baru ni tasha sempat hadir ke majlis pelancaran M8 World Sim, Buzzme World Sim oleh Enabling Asia Tech Sdn. Bhd. (EA). Yang bestnya pasal sim ni pengguna tak perlu risau kalau bil naik melambung bila guna internet di luar negara. Sebab sim ni adalah prepaid sim. Nak guna baru topup. 



Kelebihan Buzzme World Simcard

  • Tempoh sah 1 tahun.
  • 20% baki kredit yang tinggal akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • Internet Roaming tanpa had.
  • Tawaran insurans PA (kemalangan peribadi) yang bernilai RM100,000.
  • Tambah nilai melalui sistem atau di 7eleven

5 Cara Mudah Menggunakan Buzzme World Simcard

Buzzme World Simcard ini cuma berharga RM99 ( ada nilai kredit sebanyak RM50). Simcard ini boleh dibeli secara online di website www.m8.com.my , 7-Eleven dan E-Pay (Touch Point). Lepas dah boleh boleh ikut step di bawah ni. 
  1. (Permulaan) – Masukkan simcard Buzzme kedalam handphone anda, sambung kepada Wi-Fi dan muat turun aplikasi M8 World Sim.
  2. (Log Masuk) – Masukkan nombor telefon dan kata laluan yang tertera diatas simcard. Kemudian terus daftarkan butiran peribadi seperti yang diminta. Tunggu sehingga anda menerima SMS dan e-mel.
  3. (Sebelum penerbangan) – Anda boleh melanggan plan mengikut negara yang anda pergi dan bayar menggunakan kad (visa/mastercard/E-pay). 
  4. (Tiba Ke Destinasi) – Boleh log masuk di aplikasi dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan anda boleh terus menggunakan internet dari nombor tersebut. 
  5. (Pulang ke negara asal) – Log masuk semula ke aplikasi tersebut dan pilih nombor talipon asal anda.

Untuk keterangan lanjut

011-34004400 (hotline)
hello@buzzme.com.my (email)


Kaki Shopping Dapat Semula Tunai Hanya Dengan ShopBack Malaysia

kredit : google.com

Kaki Shopping Dapat Semula Tunai Hanya Dengan ShopBack Malaysia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pernah tak korang dapat duit semula bila shopping di mana-mana stor online?? Tak pernah kan.

Sebenarnya, korang boleh dapat Cashback bila korang shopping dengan ShopBack Malaysia. Macam tasha suka sangat beli barang mekap, skincare product dari overseas especially dari Online Shopping Korea iaitu Althea. Of course korang pun suka shopping kat situ kan. Apa kata ubah sikit je cara korang beli tu untuk dapatkan cashback. Korang tetap boleh shopping di Althea. Tapi melalui ShopBack. 

Kalau nak beli beauty product korang buka ja website ShopBack Malaysia. Boleh pening kepala nak pilih yang mana. Sebab kebanyakkan stor online kegemaran korang boleh dapat cashback. Ada AltheaHermoStrawberryNET dan banyak lagi stor lain. Tengok la sendiri, tak muat nak list dalam ni nanti. 

Apa itu ShopBack Malaysia?


ShopBack ni merupakan satu website yang memberi pulangan semula apabila korang shopping di online stor pilihan korang. Kiranya ShopBack ni macam jadi orang tengah la. Yang bestnya Kita keluar duit dan dapat semula duit berdasarkan percent dari hasil shopping kita. 

Contohnya percent yang diberi untuk online Stor tu 8%. Kita shopping semua barang berharga RM150. So, jumlah cashback yang kita dapat adalah RM12. Banyak tu kan. 

Cara-cara Shopping melalui ShopBack Malaysia


Disebabkan tasha suka shopping skincare product. Perempuan kan of course la nak cantik macam orang korea kan. Tasha nak ajar korang untuk shopping di Althea. Kalau nak beli skincare product oversea dalam Malaysia ni memang mahal nak mampus. So, the solution is kita beli direct dari korea laa.

Nak shopping melalui shopback ni senang ja. Follow je step mudah ni:

1. Sign Up as member ShopBack
 
Mula-mula kena jadi member dulu barulah boleh shopping. Klik je sini >>> Sign Up ShopBack.my
Masukkan detail yang diperlukan. Lepas tu klik Sign up. 

2. Start shopping now!!!

Klik "Fashion Edit" . Nampak tak yang dalam bulatan hijau tu? 



3. Kemudian akan keluar macam ni. Korang klik pulak "Beauty"




4. Bila klik je BEAUTY. Akan keluar semua stor yang jual beauty product. Pilih je nak yang mana. Contohnya tasha pilih Althea. Klik  Althea.



5. Automatik akan keluar macam ni. Klik "SHOP NOW". Korang akan di bawa terus ke web Althea. 

6. Taraaa..... dan korang shopping macam biasa..

korang akan dapat cashback dalam tempoh 48 jam selepas pembelian. Dalam tempoh 30-60 hari baru boleh redeem duit. Untuk pastikan barang korang tiada apa-masalah. Contohnya nak tukar ka, cancel ka. 

Nilai minimum yang boleh redeem adalah RM10. 


7. Nak lagi mudah tengok video tutorial ni.



Sekarang nak shopping online pun korang kena bijak memilih ok. Baru lah berbaloi dengan hasil pelaburan kita ketika shopping tu. hehehe... 

Selain dari stor yang tasha bagitau kat atas, ada lebih 300 lagi stor online yang boleh korang shopping. Antaranya lazada, zalora, foodpanda, AirAsiaGo, Grab, Uber dan banyak lagi. Yang pasti korang takkan menyesal punya.

So, Jom kita ubah cara shopping kita 💖

The Smarter Way To Shop

IMAAN SUCI WIPES | Tisu Lembap Pembersih Wajah Nombor 1


IMAAN SUCI WIPES, Tisu Lembap Pembersih Wajah Nombor 1 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bab nak melawa no 1, bab nak tanggalkan kesan mekap memang malas. Kadang-kadang balik kerja lepak tempat tidur dulu. Time nak solat memang kena cuci muka betul-betul untuk pastikan segala foundation tu habis tanggal. Kalau kesan mekap tu masih melekat kat muka, bukan sahaja solat pun tak sah, kulit muka pun tak sihat tau. Sebab tu la wujudnya mak jerawat.

Tapi sejak guna Imaan Suci Wipes ni, memang sekejap ja tanggal mekap. Lepas tu amik wuduk macam biasa. Dah siap. Tak payah nak sental kuat-kuat. Lagipun Imaan Suci wipes ni free oil. Kalau tak pakai cleanser pun dah bersih.

Yang paling penting, tak payah nak bawak cleanser dah kalau pergi jalan-jalan. Bawak Imaan Suci Wipes ja. Jimat ruang dalam beg ja.

IMAAN SUCI WIPES  

1. Di cipta untuk buang makeup sepantas 10 saat
2. Bebas alcohol , boleh buang makeup tebal dan water proof
3. Wangi bikan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkankulit muka sebab ada vitamin E
4. Semua junis kulit boleh guna
5. Ringan di bawa apabila travel

SIAPA YANG BOLEH GUNA IMAAN SUCI WIPES  

1. Lelaki dan wanita
2. Bayi tidak digalakkan
3. Mereka yang berkulit sensitive
4. Mereka yang gemar makeup

KELEBIHAN IMAAN SUCI WIPES  

· Suci tanpa alcohol 
· Buang makeup tebal dan waterproof
· Cleansing & moisterising
· Untuk semua jenis kulit
· Paket kecil dan mudah di bawa
· Wangi 
· Ada vitamin E

Kandungan Imaan Suci Wipes

1. Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)

2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit)

3. Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama)

4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)

5. Perfume : minyak wangi haruman bunga

6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )

7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka )

8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka ) 

Kalau korang berminat nak cuba Imaan Suci Wipes ni, terus contact dengan Hazirah ye. Nanti dia akan explain lebih detail kebaikan Imaan Suci ni. Sure korang mesti suka punya... 


No. tel : 019-3922261 (hazirah)


7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware


7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Khas buat penggemar lipstik. Zarra Sinar Puteri baharu sahaja melancarkan produk kosmetik pertama mereka iaitu Zarra B'Joy Lipware. Apa yang special dengan Zarra B'Joy Lipware ni?

Zarra B'Joy Lipware

ZarraB'Joy Angels

Zarra B'Joy Lipware merupakan lipstik matte mewah bertaraf antarabangsa. 

ZarraB'Joy Matte lipswear didatangkan dalam 7 jenis warna yang menawan dan berani untuk semua peringkat usia berkonsepkan hari Isnin - Ahad bakal memdapat tempat di hati setiap wanita Malaysia dan bakal menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

Mesra solat, kissproof, transferproof, tahan lama sambil menjaga bibir agar sentiasa lembab ini memang pasti menjadi idaman setiap wanita.

7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware

Zarra B'Joy didatangkan dengan 7 variasi warna yang berbeza untuk 7 hari (isnin-ahad). Setiap lipstik ni pula ada nama-nama yang unik bermula dengan huruf Z dan nama bunga. Memang berbelit jugak lidah nak sebut. Last sekali sebut nak hari apa ja.. hehe... setiap lipstik ni jugak ada qoute motivasi jugak untuk si pemakai supaya lebih berkeyakinan dan positif. 

Zesty Rose Monday Lipware
Zenia Daisy Tuesday Lipware
Zazzy Verbena Wednesday Lipware
Zaftig Carnation Thursday Lipware
Zealous Dahlia Friday Lipware
Zonal Peony Saturday Lipware
Zappy Therapy Sunday Lipware



Maklumat Lanjut Zarra B'Joy

Retail Price RM47/each
Tol Free: 1-300-22-7622
Whatsapp : 012-622 9970 /019-344 7788

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ni saya join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket. Sebab saya join segmen ini nak minta jasa baik bro HH untuk naikkan trafik blog saya sampai ke bintang. hehe... Mana tahu lepas trafik blog meroket ke bintang mood untuk blogging makin bertambah.

segala syarat telah saya patuhi.. 😉 

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

kalau anda nak join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket pun boleh.. 
syarat simple je..

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Instagram HASRUL HASSAN (klik dan FOLLOW)
Kepada Bro Hasrul Hassan,
Saya nak trafik blog meroket untuk entry ini http://www.tashaqisha.com/2017/02/5-sebab-utama-kenapa-saya-memilih.html
Moga mendapat trafik yang tinggi sampai ke bintang...


Kisah Guru Praktikal


Kisah Guru Praktikal | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dah hampir sebulan tasha bergelar sebagai guru praktikal di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Mood masih teruja, happy walaupun penat melayan setiap kerenah budak-budak ni. Kalau tak ada budak-budak ni sunyi pulak.

Tasha praktikal selama 4 bulan sahaja (2 bulan di tadika dan 2 bulan di taska). Untuk 2 bulan pertama ni tasha kena mengajar di tadika dulu. Dalam kelas tu ada lebih kurang 16 orang dan macam-macam ragam. Ada yang mengelat tak nak belajar, ada yang slow learner, ada yang suka nangis, ada yang low self esteem.  Dan sebagai guru sabar tu kena letak paling atas sekali. Sebagai pendidik, kita la kena corakkan mereka. Yang mengelat nak belajar, kita buat aktiviti best-best. Yang slow learner kita bimbing sampai dapat. Yang suka nangis kita hiburkan dia. Yang low self esteem kita bina self esteem dia. 

Yes, kalau sebut guru tadika ja mesti orang ingat kita kena lemah lembut selalu. Tak boleh marah, kena manja-manja baru la budak-budak berani dekat dengan kita. Tapi ingat first impression tu penting. First day masuk kelas kena tunjuk jugak muka tegas kita. kadang-kadang budak-budak ni nak uji kita ja. kalau terlalu berlembut, nanti budak-budak ambil kesempatan. Time tu kalau kita marah pun tak kan makan saman. 

So, harap-harap tasha terus kuat untuk mendidik anak bangsa ni. Walaupun hanya seketika. 

Rabu ni dah nak kena observe... seram sejuk ja ni....


Mudahnya Print Gambar Dengan Droprint


Mudahnya Print Gambar Dengan Droprint | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha memang suka ambik gambar. Korang pun mesti suka kan ambik gambar. Jangan nak tipu ok... Asyik simpan dalam phone ja. Lama-lama memori penuh kena delete jugak. Nak print? Malas yang amat nak keluar rumah. Dah jangan risau, sekarang dah ada Droprint..


Apa itu Droprint?

Droprint ni merupakan aplikasi untuk print gambar melalui telefon. Pilih ja gambar dari mana-mana album dalam phone korang. Dah tak payah nak transfer ke pendrive kalau nak bawak softcopy ke kedai. Dok rumah, log in Droprint, bayar then tunggu gambar sampai rumah. Kualitinya korang tak perlu risau. Tasha jamin kualiti high class... 



Droprint ni ada 3 style yang awesome. Korang boleh pilih style mana yang korang suka.
  1. style photobook RM48 (perfect bind untuk 32 pages) 
  2. style prints biasa RM21 untuk 20 pieces. Yang ni pulak ada 3 sub style iaitu polastyle, instastyle dan classic 4R. 
  3. style giftbox RM28 untuk 20 pieces 


Cara Print Gambar Dengan Droprint

1. Muat turun applikasi droprint dari Playstore
2. Buka droprint dan log in guna Facebook atau sign up
3. Pilih style print yang korang suka (ada 3 jenis: print biasa, photobook, dan giftbox) 
4. Isi no phone dan alamat penghantaran,  upload gambar yang dipilih tadi
5. Bila dah 100% selesai upload gambar, boleh terus buat payment!



 Jangan lupa masukkan code "5WADFE" untuk dapatkan diskaun RM5



>> DOWNLOAD SEKARANG <<
Official website: http://www.droprint.my/

Azam Tahun 2017


Azam Tahun 2017 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Happy New Year guys! Seriously, cepat sangat masa berlalu. Tup tup dah masuk tahun baru. Tak terasa dah hujung tahun. Rasa macam baru semalam ja habis sekolah. Bila dah bertukar tahun ni, umur pun dah bertukar, komitmen pula makin bertambah... In shaa Allah, tahun ni akan cuba kuat untuk hadapi liku-liku 2017. 

Dah start Latihan Mengajar

In Shaa Allah kalau tiada sebarang kekangan awal febuari 2017, Tasha dah start latihan mengajar (LM) di sebuah tadika di Shah Alam. Bersediakah untuk mengajar ni? Masih berfikir lagi. Takut tak mampu nak jalankan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul. 

Bila orang cakap mengajar budak-budak ni senang ja. Bukan macam budak sekolah menengah. Ye Betul. Tapi kena ingat setiap peringkat pengajaran ada cabaran masing-masing. Masa peringkat kanak-kanak ni la guru-guru tadika perlu bertungkus lumus untuk mengajar. Bukan setakat mengajar ABC 123 sahaja. Tapi disinilah sikap dan perlakuan mereka akan terbentuk. 


Azam 2017 tasha

Bila dah masuk tahun baru ni mestilah ada azam baru kan atau azam lama yang belum tercapai lagi.
Untuk tahun ni, tasha berazam untuk terus diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk habiskan degree tasha dengan baik dan cemerlang. Cepatnya masa. Dah nak habis study la.... 

Tasha harap dapat jalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dengan baik dan diterima baik oleh seluruh warga tadika tersebut. Bila apa yang dipelajari dapat dicurahkan kepada kanak-kanak terasa tidak sia-sia belajar ilmu ni. Ilmu ni bukan ja untuk guru-guru, tapi boleh juga dipelajari oleh ibu bapa. Sebab tu ibu bapa digalakkan ambil parenting class. Fuh, rasa bangga pulak bila kita ada ilmu ni dapatlah aplikasikan ilmu ni untuk anak sendiri nanti. hehe...

Bercuti ke Sabah. Bulan 10 hari tu memang ke sabah. Ziarah kawan. Tetapi masih ada yang belum terlaksana dan akan dilaksanakan pada bulan 8 nanti. Alhamdulillah tiket flight dah beli. Masa Air Asia buat promosi memang kena grab betul la sebelum terlambat. Sempatlah grab tiket flight KL - KK - KL hanya RM20. Murah gila kan... 

In Shaa Allah akan naikkan sedikit status diri. Mungkin. Tapi tu masih dalam perancangan. Doakan yang terbaik ok.

Apa azam baru korang???


KOREAN BEAUTY SHOP | ALTHEA TURNS ONE!!!


KOREAN BEAUTY SHOP | ALTHEA TURNs ONE!!! Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Happy Birthday Althea Korea yang pertama pada hari ini iaitu 20 Julai. Yeay!!! Excited bila first time dapat shopping di Althea. Rambang mata jugak nak pilih. Macam-macam ada.. Daripada skincare, makeup,hair and body care pun ada. Nak jenama apa?? semua ada.. cari ja dalam tu. 

Althea? Apa tu?

Actually, Althea ni merupakan laman web yang menjual pelbagai barangan kecantikan dari korea. Set penjagaan diri dari hujung kaki sehingga hujung kepala. Pos direct dari korea tau dan harga yang ditawarkan jugak amat berbaloi dan murah. 

Bukan tak tahu dah la pos dari Korea, shipping of course la mahal kan. so, untuk pembelian bernilai RM150 ke atas kos postage adalah percuma. Jadi anda tak perlu risau kalau shopping banyak-banyak lebih RM150 tak ada kos shipping. Bayar harga barang ja. Dia hantar sampai depan rumah. 

Let's celebrate Althea's first birthday

Sempena Birthday dari 20th - 31st July 2016 Althea ada nak bagi special gift dan contest.

1.Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit



For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

2.Free Goodies for first 1,500 shoppers


Full size beauty products. While stocks last. 

3.Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!


Pick 3 top sellers product. Rebate will be credited into your account. 
Use the credit on next purchase!

4. #AltheaTurns1 Instagram Contest


- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as 

Grand Prize x 1 Winner
Macbook Air + Ipad Air 2

2nd Prize x 2 Winner
iPhone 6S / Samsung Galaxy S6 Edge

3rd Prize x 1 Winner
Canon EOS m10 selfie camera

4th Prize x 3 Winner
Althea Shopping Credits $300

5th prize x 10 Winner
Althea Beauty Box worth $100
Consolation Prizes x 30 Winner
Althea Shopping Credits $10

- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.

- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.


Website: my.althea.kr
Facebook: Althea Malaysia
Instagram: @altheakorea

Raya Lucky Draw Contest BEG LOUIS VUITTON bernilai RM6000


Raya Lucky Draw Contest daripada  Dexandra Perfume 

PROMOSI RAYA!!

Yang belum cuba , cuba dulu.. dari 6 june sampai 10 julai ni DEXANDRA buat jualan sempena bulan ramadhan dan puasa.

Dan lagi best, dexandra buat cabutan bertuah tau.. 10 pemenang dapat duit raya RM200 & 2 BOTTLE DEXANDRA. dan pemenang utama dapat BEG LOUIS VUITTON bernilai RM6000..

BELI & BERPELUANG MENANG..best ke best? best lah kan..
Tempoh Penyertaan : 1 - 30 June 2016


Cara untuk menyertai Raya Lucky Draw Contest daripada  Dexandra Perfume 


Promosi Raya Dexandra 1 botol jatuh harga RM55??


Ok, dengan ini, De'Xandra telah 'JATUHKAN' harga daripada RM65 sebotol kepada RM55 SEBOTOL KALAU KORANG BELI 2 BOTOL KE ATAS! Klau beli sebotol, harga menjadi RM60.. Tp buat apa beli sebotol, alang-alang beli lah 2 botol terus, JIMAT GILERR KOT.. tak beli sekarang, CONFIRM rugi lepas nie.. CONFIRM !

Untuk order boleh Whatsapp Tasha 013635165


Lipstik dan Personaliti?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Lipstik dan personaliti? Hurm, perasan atau tak cara kita memakai lipstik juga melambangkan personaliti kita. Nak tahu anda jenis macam mana cuba tengok rupa bentuk lipstik anda sekarang. Ada 5 personaliti yang boleh kita lihat sama-sama.


Lipstik Bulat

Wah,ini ciri-ciri wanita pilihan ibu mertua.
So,para jejaka nak cari gadis dibuat isteri boleh tengok dari bentuk lipstik dia pakai nanti ye.



Lipstik runcing

ni tahap DIVA!
"Don't you ever messed up with me" (Kononnya)
But deep inside her heart,she's very lonely.Need someone to hug and hear everything about her.



Lipstik cengkung

Ini pula diam-diam ubi berisi.
Sesuaila jadi isteri kepada YB ke,kerana anda bersungguh apabila menjalankan tugas dan bijaksana dalam melontarkan pendapat.


Lipstik baru

Ini sama bentuk dengan lipstik tasha.. 
Kebanyakannya mungkin memiliki perniagaan sendiri di dalam bidang kreatif.




Lipstik rata

Bagi saya ciri-ciri wanita sebegini seorang yang caring dan ramai kawan-kawan akan suka sebab menjadi pendengar dan penasihat terbaik serta sikap kelakar semulajadi tu buat hilang stress

credit: Sarahata

Tanda Lelaki Serius Menjadikan Anda Sebagai Isteri

Tanda Lelaki Serius Menjadikan Anda Sebagai Isteri | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ramai yang nak tahu macam mana tanda lelaki tu serius untuk jadikan anda sebagai isteri. Info yang ada ni merupakan hasil pembacaan tasha sahaja. Setiap orang mungkin tak sama tanda-tandanya. Ada yang lebih suka diamkan diri ketika bercinta, dah kahwin baru nampak sifat-sifat penyayang dia semua tu.

Sentiasa Membimbing

Lelaki itu akan cuba untuk membimbing perempuan tersebut untuk dijadikan muslimah dan bakal ibu yang baik. Lelaki akan membimbing melalui nasihat dan perbuatan.

Pendengar Yang Baik

Sentiasa menjadi pendengar yang baik. Walaupun apa yang dicerita tidak mempunyai kaitan dengan dirinya, dia akan cuba menasihati apa yang terbaik untuk setiap masalah anda.

Muhasabah Diri Dan Baiki Diri

Untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah yang baik adalah sangat berat. Jadi, lelaki akan cuba untuk muhasabag diri untuk menjadi yang lebih baik.

Tabungan Khas

Kebanyakkan lelaki akan mula buat tabungan khas untuk kahwin. Bukan untuk semasa kahwin sahaja, tetapi untuk selepas kahwin jugak.

Menjaga Kehormatan Pasangan

Lelaki yang mencintai Allah SWT pasti akan menjaga hubungan dengan sebaik mungkin agar tidak berlandaskan nafsu.

Sentiasa Doakan Pasangan

Selalu akan selitkan nama pasangan dalam doa agar menjadi jodoh yang baik untuk rumah tangga yang akan dibina.

Setia

Dia akan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan dan tidak akan memandang wanita lain. Dekat ka jauh ka dia akan sentiasa ingat pasangannya. Kalau jauh pun dia tak akan cari orang lain kalau dia bosan pun. 

Restu

Pastinya dia akan membawa anda untuk berjumpa dengan keluarganya. Restu ni penting dalam mana-mana perhubungan pun. Kalau tak ada restu terutamanya restu ibu bapa, susah nak dapat keberkatan dan kebahagiaan nanti.

Merisik Dan Meminang

Sekiranya lelaki sudah mampu dalam segala aspek, pasti lelaki akan berjumpa dengan keluarga anda untuk merisik dan meminang.