Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Bila Phone Tak Dapat On

kredit: google.com

Bila Phone Tak Dapat On | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Phone ni dah lebih kurang macam nyawa kan. Sebab dalam phone masing-masing mesti ada benda penting kan.

Sedih ada kecewa pun ada. Phone kesayangan tasha (android pertama tasha beli guna duit sendiri) dah rosak. Beli masa tahun 2014. Dah banyak tahun phone tu berjasa dengan tasha. Tak pernah buat hal. Tapi sejak cover belakang dah rosak, ye la plastikkan.. kalau dah lama pakai tak bertukar koyak la dia.

Phone tu pulak dah banyak tahun keluarannya. So, memang susah la nak cari cover kat kedai. Semua kata dah tak ada stok. Phone tu pulak sejak tak ada cover, rajin pulak jatuh kat tempat keras. Habis pecah belakang dia. Walaupun dah teruk dia punya pecah tetap boleh guna lagi. 

Sampai la minggu lepas dia last berfungsi. Tiba-tiba ja tak dapat on. Ingatkan tak ada bateri. Dah cas pun tak masuk-masuk. Dah la phone tu tasha buat untuk bisnes. Jadi banyak customer memang dah tau nombor tu. Semua social media untuk bisnes tak dapat nak buka. Sedihnya....

Sekarang ni dalam plan nak cari phone yang murah-murah ja.. korang ada cadangan tak phone apa yang murah tapi function dia semua tiptop. I mean tak slow or sangkut-sangkut. Kamera pun ok.. Budget dalam RM500 je.. 


Cara Tukar Telco Celcom Ke Digi


Cara Tukar Telco Celcom Ke Digi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan korang tasha baru je tukar telco dari celcom ke digi. Tapi tasha masih kekalkan nombor yang sama. Sebenarnya dah lama tasha guna telco celcom ni. Dari zaman sekolah lagi. Masa tu guna plan S.O.X. Dimana plan ni akan kekal aktif sampai korang berumur 25 tahun walaupun tak topup.

Tapi sejak akhir-akhir ni, tasha dah decide nak tukar plan. Antara plan yang tasha fikir nak tukar adalah umobile dengan digi. Tapi Umobile dekat tempat tasha ni sangat-sangat slow. So, pilihan terakhir adalah Digi.

Nak tukar plan dari celcom ke digi ni senang ja. Cuma makan masa sikit la. Disebabkan kat kawasan tasha tak ada center digi yang boleh port in digi prepaid, tasha buatlah secara online.

Cara Port in Digi

Mula-mula masuk ke web Digi >> http://new.digi.com.my/switch-to-digi



Akan keluar macam ni. Pilih la plan yang korang nak. Digi Live ke Digi Best. Macam tasha pilih Digi Live.


Isi form ni. Kalau korang nak kekalkan nombor korang just klik Port in. Kalau korang nak nombor baru tekan la new line ok.



Kalau korang nak port in. Akan jadi macam ni. So korang just klik proceed.


Masukkan emel korang. Klik Continue


Ni sebenarnya besar tau gambar dia. Tasha kecikkan. Lepas klik continue. Korang akan di sini. Kat sini korang kena masukkan detail. Alamat untuk hantar sim. Lepas tu klik proceed to payment. Actually, tak mahal pun. Macam korang beli sim kat kedai jugak la. Tapi, Digi bagi free je tau untuk tukar. Kos penghantaran pun free. Cuma waktu ni kena bayar RM1 dan akan dimasukkan semula bila sim dah aktif nanti.

Bila dah settle bab pembayaran. Just tunggu depan rumah posmen hantar sim korang tu. 


Taraaa... Dah sampai pun tasha punya. Apa step yang kena buat lepas dapat sim?  Lepas ja dapat sim, korang tak boleh terus guna tau. Sebab sim belum aktif.

Korang kena call center digi 016 2211 800 untuk mintak diorang aktifkan sim. Lepas tu korang akan dapat mesej daripada Celcom untuk sahkan korang nak tukar telco. Korang perlu respon YES tau. Lepas sim lama korang dah tak aktif, baru korang boleh guna sim digi yang baru.

So, Siap.

Untuk aktifkan sim ni, makan masa dalam dua hari ja la. Tu pun sebab masa tu ada gangguan sikit katanya. So, korang faham tak macam mana nak port in? Kalau tak faham boleh roger ok..




Buzzme Travel Simcard


Buzzme Travel Simcard | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekarang ni semua orang perlukan internet. Pergi mana-mana pun internet benda pertama yang dicari. Kalau pergi luar negara mesti susah nak cari simcard yang ada internet yang murah-murah kan. Asyik travel ke luar negara, banyak jugak simcard yang kita beli. Last-last balik malaysia bukan boleh pakai pun kan.

Baru-baru ni tasha sempat hadir ke majlis pelancaran M8 World Sim, Buzzme World Sim oleh Enabling Asia Tech Sdn. Bhd. (EA). Yang bestnya pasal sim ni pengguna tak perlu risau kalau bil naik melambung bila guna internet di luar negara. Sebab sim ni adalah prepaid sim. Nak guna baru topup. 



Kelebihan Buzzme World Simcard

  • Tempoh sah 1 tahun.
  • 20% baki kredit yang tinggal akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • Internet Roaming tanpa had.
  • Tawaran insurans PA (kemalangan peribadi) yang bernilai RM100,000.
  • Tambah nilai melalui sistem atau di 7eleven

5 Cara Mudah Menggunakan Buzzme World Simcard

Buzzme World Simcard ini cuma berharga RM99 ( ada nilai kredit sebanyak RM50). Simcard ini boleh dibeli secara online di website www.m8.com.my , 7-Eleven dan E-Pay (Touch Point). Lepas dah boleh boleh ikut step di bawah ni. 
  1. (Permulaan) – Masukkan simcard Buzzme kedalam handphone anda, sambung kepada Wi-Fi dan muat turun aplikasi M8 World Sim.
  2. (Log Masuk) – Masukkan nombor telefon dan kata laluan yang tertera diatas simcard. Kemudian terus daftarkan butiran peribadi seperti yang diminta. Tunggu sehingga anda menerima SMS dan e-mel.
  3. (Sebelum penerbangan) – Anda boleh melanggan plan mengikut negara yang anda pergi dan bayar menggunakan kad (visa/mastercard/E-pay). 
  4. (Tiba Ke Destinasi) – Boleh log masuk di aplikasi dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan anda boleh terus menggunakan internet dari nombor tersebut. 
  5. (Pulang ke negara asal) – Log masuk semula ke aplikasi tersebut dan pilih nombor talipon asal anda.

Untuk keterangan lanjut

011-34004400 (hotline)
hello@buzzme.com.my (email)


Kaki Shopping Dapat Semula Tunai Hanya Dengan ShopBack Malaysia

kredit : google.com

Kaki Shopping Dapat Semula Tunai Hanya Dengan ShopBack Malaysia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pernah tak korang dapat duit semula bila shopping di mana-mana stor online?? Tak pernah kan.

Sebenarnya, korang boleh dapat Cashback bila korang shopping dengan ShopBack Malaysia. Macam tasha suka sangat beli barang mekap, skincare product dari overseas especially dari Online Shopping Korea iaitu Althea. Of course korang pun suka shopping kat situ kan. Apa kata ubah sikit je cara korang beli tu untuk dapatkan cashback. Korang tetap boleh shopping di Althea. Tapi melalui ShopBack. 

Kalau nak beli beauty product korang buka ja website ShopBack Malaysia. Boleh pening kepala nak pilih yang mana. Sebab kebanyakkan stor online kegemaran korang boleh dapat cashback. Ada AltheaHermoStrawberryNET dan banyak lagi stor lain. Tengok la sendiri, tak muat nak list dalam ni nanti. 

Apa itu ShopBack Malaysia?


ShopBack ni merupakan satu website yang memberi pulangan semula apabila korang shopping di online stor pilihan korang. Kiranya ShopBack ni macam jadi orang tengah la. Yang bestnya Kita keluar duit dan dapat semula duit berdasarkan percent dari hasil shopping kita. 

Contohnya percent yang diberi untuk online Stor tu 8%. Kita shopping semua barang berharga RM150. So, jumlah cashback yang kita dapat adalah RM12. Banyak tu kan. 

Cara-cara Shopping melalui ShopBack Malaysia


Disebabkan tasha suka shopping skincare product. Perempuan kan of course la nak cantik macam orang korea kan. Tasha nak ajar korang untuk shopping di Althea. Kalau nak beli skincare product oversea dalam Malaysia ni memang mahal nak mampus. So, the solution is kita beli direct dari korea laa.

Nak shopping melalui shopback ni senang ja. Follow je step mudah ni:

1. Sign Up as member ShopBack
 
Mula-mula kena jadi member dulu barulah boleh shopping. Klik je sini >>> Sign Up ShopBack.my
Masukkan detail yang diperlukan. Lepas tu klik Sign up. 

2. Start shopping now!!!

Klik "Fashion Edit" . Nampak tak yang dalam bulatan hijau tu? 



3. Kemudian akan keluar macam ni. Korang klik pulak "Beauty"




4. Bila klik je BEAUTY. Akan keluar semua stor yang jual beauty product. Pilih je nak yang mana. Contohnya tasha pilih Althea. Klik  Althea.



5. Automatik akan keluar macam ni. Klik "SHOP NOW". Korang akan di bawa terus ke web Althea. 

6. Taraaa..... dan korang shopping macam biasa..

korang akan dapat cashback dalam tempoh 48 jam selepas pembelian. Dalam tempoh 30-60 hari baru boleh redeem duit. Untuk pastikan barang korang tiada apa-masalah. Contohnya nak tukar ka, cancel ka. 

Nilai minimum yang boleh redeem adalah RM10. 


7. Nak lagi mudah tengok video tutorial ni.



Sekarang nak shopping online pun korang kena bijak memilih ok. Baru lah berbaloi dengan hasil pelaburan kita ketika shopping tu. hehehe... 

Selain dari stor yang tasha bagitau kat atas, ada lebih 300 lagi stor online yang boleh korang shopping. Antaranya lazada, zalora, foodpanda, AirAsiaGo, Grab, Uber dan banyak lagi. Yang pasti korang takkan menyesal punya.

So, Jom kita ubah cara shopping kita 💖

The Smarter Way To Shop

IMAAN SUCI WIPES | Tisu Lembap Pembersih Wajah Nombor 1


IMAAN SUCI WIPES, Tisu Lembap Pembersih Wajah Nombor 1 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bab nak melawa no 1, bab nak tanggalkan kesan mekap memang malas. Kadang-kadang balik kerja lepak tempat tidur dulu. Time nak solat memang kena cuci muka betul-betul untuk pastikan segala foundation tu habis tanggal. Kalau kesan mekap tu masih melekat kat muka, bukan sahaja solat pun tak sah, kulit muka pun tak sihat tau. Sebab tu la wujudnya mak jerawat.

Tapi sejak guna Imaan Suci Wipes ni, memang sekejap ja tanggal mekap. Lepas tu amik wuduk macam biasa. Dah siap. Tak payah nak sental kuat-kuat. Lagipun Imaan Suci wipes ni free oil. Kalau tak pakai cleanser pun dah bersih.

Yang paling penting, tak payah nak bawak cleanser dah kalau pergi jalan-jalan. Bawak Imaan Suci Wipes ja. Jimat ruang dalam beg ja.

IMAAN SUCI WIPES  

1. Di cipta untuk buang makeup sepantas 10 saat
2. Bebas alcohol , boleh buang makeup tebal dan water proof
3. Wangi bikan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkankulit muka sebab ada vitamin E
4. Semua junis kulit boleh guna
5. Ringan di bawa apabila travel

SIAPA YANG BOLEH GUNA IMAAN SUCI WIPES  

1. Lelaki dan wanita
2. Bayi tidak digalakkan
3. Mereka yang berkulit sensitive
4. Mereka yang gemar makeup

KELEBIHAN IMAAN SUCI WIPES  

· Suci tanpa alcohol 
· Buang makeup tebal dan waterproof
· Cleansing & moisterising
· Untuk semua jenis kulit
· Paket kecil dan mudah di bawa
· Wangi 
· Ada vitamin E

Kandungan Imaan Suci Wipes

1. Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)

2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit)

3. Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama)

4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)

5. Perfume : minyak wangi haruman bunga

6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )

7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka )

8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka ) 

Kalau korang berminat nak cuba Imaan Suci Wipes ni, terus contact dengan Hazirah ye. Nanti dia akan explain lebih detail kebaikan Imaan Suci ni. Sure korang mesti suka punya... 


No. tel : 019-3922261 (hazirah)


7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware


7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Khas buat penggemar lipstik. Zarra Sinar Puteri baharu sahaja melancarkan produk kosmetik pertama mereka iaitu Zarra B'Joy Lipware. Apa yang special dengan Zarra B'Joy Lipware ni?

Zarra B'Joy Lipware

ZarraB'Joy Angels

Zarra B'Joy Lipware merupakan lipstik matte mewah bertaraf antarabangsa. 

ZarraB'Joy Matte lipswear didatangkan dalam 7 jenis warna yang menawan dan berani untuk semua peringkat usia berkonsepkan hari Isnin - Ahad bakal memdapat tempat di hati setiap wanita Malaysia dan bakal menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

Mesra solat, kissproof, transferproof, tahan lama sambil menjaga bibir agar sentiasa lembab ini memang pasti menjadi idaman setiap wanita.

7 Variasi Warna Zarra B'Joy Lipware

Zarra B'Joy didatangkan dengan 7 variasi warna yang berbeza untuk 7 hari (isnin-ahad). Setiap lipstik ni pula ada nama-nama yang unik bermula dengan huruf Z dan nama bunga. Memang berbelit jugak lidah nak sebut. Last sekali sebut nak hari apa ja.. hehe... setiap lipstik ni jugak ada qoute motivasi jugak untuk si pemakai supaya lebih berkeyakinan dan positif. 

Zesty Rose Monday Lipware
Zenia Daisy Tuesday Lipware
Zazzy Verbena Wednesday Lipware
Zaftig Carnation Thursday Lipware
Zealous Dahlia Friday Lipware
Zonal Peony Saturday Lipware
Zappy Therapy Sunday Lipware



Maklumat Lanjut Zarra B'Joy

Retail Price RM47/each
Tol Free: 1-300-22-7622
Whatsapp : 012-622 9970 /019-344 7788

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ni saya join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket. Sebab saya join segmen ini nak minta jasa baik bro HH untuk naikkan trafik blog saya sampai ke bintang. hehe... Mana tahu lepas trafik blog meroket ke bintang mood untuk blogging makin bertambah.

segala syarat telah saya patuhi.. 😉 

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

kalau anda nak join Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket pun boleh.. 
syarat simple je..

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Instagram HASRUL HASSAN (klik dan FOLLOW)
Kepada Bro Hasrul Hassan,
Saya nak trafik blog meroket untuk entry ini http://www.tashaqisha.com/2017/02/5-sebab-utama-kenapa-saya-memilih.html
Moga mendapat trafik yang tinggi sampai ke bintang...


Kisah Guru Praktikal


Kisah Guru Praktikal | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dah hampir sebulan tasha bergelar sebagai guru praktikal di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Mood masih teruja, happy walaupun penat melayan setiap kerenah budak-budak ni. Kalau tak ada budak-budak ni sunyi pulak.

Tasha praktikal selama 4 bulan sahaja (2 bulan di tadika dan 2 bulan di taska). Untuk 2 bulan pertama ni tasha kena mengajar di tadika dulu. Dalam kelas tu ada lebih kurang 16 orang dan macam-macam ragam. Ada yang mengelat tak nak belajar, ada yang slow learner, ada yang suka nangis, ada yang low self esteem.  Dan sebagai guru sabar tu kena letak paling atas sekali. Sebagai pendidik, kita la kena corakkan mereka. Yang mengelat nak belajar, kita buat aktiviti best-best. Yang slow learner kita bimbing sampai dapat. Yang suka nangis kita hiburkan dia. Yang low self esteem kita bina self esteem dia. 

Yes, kalau sebut guru tadika ja mesti orang ingat kita kena lemah lembut selalu. Tak boleh marah, kena manja-manja baru la budak-budak berani dekat dengan kita. Tapi ingat first impression tu penting. First day masuk kelas kena tunjuk jugak muka tegas kita. kadang-kadang budak-budak ni nak uji kita ja. kalau terlalu berlembut, nanti budak-budak ambil kesempatan. Time tu kalau kita marah pun tak kan makan saman. 

So, harap-harap tasha terus kuat untuk mendidik anak bangsa ni. Walaupun hanya seketika. 

Rabu ni dah nak kena observe... seram sejuk ja ni....


Mudahnya Print Gambar Dengan Droprint


Mudahnya Print Gambar Dengan Droprint | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha memang suka ambik gambar. Korang pun mesti suka kan ambik gambar. Jangan nak tipu ok... Asyik simpan dalam phone ja. Lama-lama memori penuh kena delete jugak. Nak print? Malas yang amat nak keluar rumah. Dah jangan risau, sekarang dah ada Droprint..


Apa itu Droprint?

Droprint ni merupakan aplikasi untuk print gambar melalui telefon. Pilih ja gambar dari mana-mana album dalam phone korang. Dah tak payah nak transfer ke pendrive kalau nak bawak softcopy ke kedai. Dok rumah, log in Droprint, bayar then tunggu gambar sampai rumah. Kualitinya korang tak perlu risau. Tasha jamin kualiti high class... 



Droprint ni ada 3 style yang awesome. Korang boleh pilih style mana yang korang suka.
  1. style photobook RM48 (perfect bind untuk 32 pages) 
  2. style prints biasa RM21 untuk 20 pieces. Yang ni pulak ada 3 sub style iaitu polastyle, instastyle dan classic 4R. 
  3. style giftbox RM28 untuk 20 pieces 


Cara Print Gambar Dengan Droprint

1. Muat turun applikasi droprint dari Playstore
2. Buka droprint dan log in guna Facebook atau sign up
3. Pilih style print yang korang suka (ada 3 jenis: print biasa, photobook, dan giftbox) 
4. Isi no phone dan alamat penghantaran,  upload gambar yang dipilih tadi
5. Bila dah 100% selesai upload gambar, boleh terus buat payment!



 Jangan lupa masukkan code "5WADFE" untuk dapatkan diskaun RM5



>> DOWNLOAD SEKARANG <<
Official website: http://www.droprint.my/