Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Raya Lucky Draw Contest BEG LOUIS VUITTON bernilai RM6000


Raya Lucky Draw Contest daripada  Dexandra Perfume 

PROMOSI RAYA!!

Yang belum cuba , cuba dulu.. dari 6 june sampai 10 julai ni DEXANDRA buat jualan sempena bulan ramadhan dan puasa.

Dan lagi best, dexandra buat cabutan bertuah tau.. 10 pemenang dapat duit raya RM200 & 2 BOTTLE DEXANDRA. dan pemenang utama dapat BEG LOUIS VUITTON bernilai RM6000..

BELI & BERPELUANG MENANG..best ke best? best lah kan..
Tempoh Penyertaan : 1 - 30 June 2016


Cara untuk menyertai Raya Lucky Draw Contest daripada  Dexandra Perfume 


Promosi Raya Dexandra 1 botol jatuh harga RM55??


Ok, dengan ini, De'Xandra telah 'JATUHKAN' harga daripada RM65 sebotol kepada RM55 SEBOTOL KALAU KORANG BELI 2 BOTOL KE ATAS! Klau beli sebotol, harga menjadi RM60.. Tp buat apa beli sebotol, alang-alang beli lah 2 botol terus, JIMAT GILERR KOT.. tak beli sekarang, CONFIRM rugi lepas nie.. CONFIRM !

Untuk order boleh Whatsapp Tasha 013635165


Lipstik dan Personaliti?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Lipstik dan personaliti? Hurm, perasan atau tak cara kita memakai lipstik juga melambangkan personaliti kita. Nak tahu anda jenis macam mana cuba tengok rupa bentuk lipstik anda sekarang. Ada 5 personaliti yang boleh kita lihat sama-sama.


Lipstik Bulat

Wah,ini ciri-ciri wanita pilihan ibu mertua.
So,para jejaka nak cari gadis dibuat isteri boleh tengok dari bentuk lipstik dia pakai nanti ye.



Lipstik runcing

ni tahap DIVA!
"Don't you ever messed up with me" (Kononnya)
But deep inside her heart,she's very lonely.Need someone to hug and hear everything about her.



Lipstik cengkung

Ini pula diam-diam ubi berisi.
Sesuaila jadi isteri kepada YB ke,kerana anda bersungguh apabila menjalankan tugas dan bijaksana dalam melontarkan pendapat.


Lipstik baru

Ini sama bentuk dengan lipstik tasha.. 
Kebanyakannya mungkin memiliki perniagaan sendiri di dalam bidang kreatif.




Lipstik rata

Bagi saya ciri-ciri wanita sebegini seorang yang caring dan ramai kawan-kawan akan suka sebab menjadi pendengar dan penasihat terbaik serta sikap kelakar semulajadi tu buat hilang stress

credit: Sarahata

Tanda Lelaki Serius Menjadikan Anda Sebagai Isteri

Tanda Lelaki Serius Menjadikan Anda Sebagai Isteri | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ramai yang nak tahu macam mana tanda lelaki tu serius untuk jadikan anda sebagai isteri. Info yang ada ni merupakan hasil pembacaan tasha sahaja. Setiap orang mungkin tak sama tanda-tandanya. Ada yang lebih suka diamkan diri ketika bercinta, dah kahwin baru nampak sifat-sifat penyayang dia semua tu.

Sentiasa Membimbing

Lelaki itu akan cuba untuk membimbing perempuan tersebut untuk dijadikan muslimah dan bakal ibu yang baik. Lelaki akan membimbing melalui nasihat dan perbuatan.

Pendengar Yang Baik

Sentiasa menjadi pendengar yang baik. Walaupun apa yang dicerita tidak mempunyai kaitan dengan dirinya, dia akan cuba menasihati apa yang terbaik untuk setiap masalah anda.

Muhasabah Diri Dan Baiki Diri

Untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah yang baik adalah sangat berat. Jadi, lelaki akan cuba untuk muhasabag diri untuk menjadi yang lebih baik.

Tabungan Khas

Kebanyakkan lelaki akan mula buat tabungan khas untuk kahwin. Bukan untuk semasa kahwin sahaja, tetapi untuk selepas kahwin jugak.

Menjaga Kehormatan Pasangan

Lelaki yang mencintai Allah SWT pasti akan menjaga hubungan dengan sebaik mungkin agar tidak berlandaskan nafsu.

Sentiasa Doakan Pasangan

Selalu akan selitkan nama pasangan dalam doa agar menjadi jodoh yang baik untuk rumah tangga yang akan dibina.

Setia

Dia akan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan dan tidak akan memandang wanita lain. Dekat ka jauh ka dia akan sentiasa ingat pasangannya. Kalau jauh pun dia tak akan cari orang lain kalau dia bosan pun. 

Restu

Pastinya dia akan membawa anda untuk berjumpa dengan keluarganya. Restu ni penting dalam mana-mana perhubungan pun. Kalau tak ada restu terutamanya restu ibu bapa, susah nak dapat keberkatan dan kebahagiaan nanti.

Merisik Dan Meminang

Sekiranya lelaki sudah mampu dalam segala aspek, pasti lelaki akan berjumpa dengan keluarga anda untuk merisik dan meminang.



Manusia Dengan Kebolehan Luar Biasa

Manusia Dengan Kebolehan Luar Biasa | Jom kenali manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa.


Dean Karnazes 

Mempunyai kebolehan bermarathon berhari-hari tanpa perlu tidur. Pada 2005, Dean berlari sejauh 560 KM dalam masa 80 jam dan 44 minit tanpa tidur. Dia juga boleh bermarathon untuk 50 hari berturut-turut. Dean mempunyai kebolehan ini kerana ototnya tidak letih sebagaimana otot manusia normal


Velu 

Mempunyai kebolehan menarik berat beratus-ratus tan dengan menggunakan giginya dan memegang rekod dunia tren terberat yang p

Rekod luar biasa ini dipegang oleh Velu Rathakrishnan yang menggunakan giginya untuk menarik dua gerabak kereta api komuter KTM dengan berat keseluruhan 260.8 tan. Velu berjaya menarik gerabak itu sejauh 4.2 meter di landasan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2003.



Wim Hof 

mempunyai keistimewaan dari segi pengeluaran haba oleh badannya. Pernah muncul dalam episode Ripley's Belive It or Not, Wim Hof yang digelar sebagai "Iceman" boleh mengawal sistem badannya untuk tahan ketika suhu sejuk melampau.

Hof pernah memanjat Gunung Kilimajaro denga hanya memakai seluar pendek, menghabiskan marathon dalam suhu -20 darjah celcius dan boleh bertahan di dalam ais selama 1 jam 13 minit.


Veronica Seider 

memegang rekod dunia apabila boleh mengenalpasti objek kecil tanpa sebarang bantuan dari teknologi.

Pada 1972, Universiti of Stuttgart melaporkan salah seorang dari pelajarnya, Veronica Seider, mempunyai penglihatan yang 20 kali lebih baik dari orang normal. Contohnya, dia boleh mengenal pasti wajah seseorang dari jarak lebih 1.6 KM. 



Isao 

mempunyai daya refleks yang luar biasa sehinggakan dia mampu membelah peluru di udara menggunakan pedang.

Isao, seorang guru dalam seni mempertahankan diri Jepun, Iaido, memegang rekod dunia untuk kebolehannya itu



Al Herpin 

adalah seorang rakyat Amerika yang diberi jolokan lelaki yang tidak pernah tidur. Al Herpin mendakwa dia diserang kes insomnia yang jarang berlaku, menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Pakar medikal yang ingin mengetahui kesahihan tentang dakwaan Al Herpin terkejut apabila mendapati rumahnya tidak mempunyai katil perabot untuk tidur melainkan sebuah kerusi malas. Al Herpin berkata dia hanya menggunakan kerusi malas itu untuk berehat selepas pulang kerja, kemudian membaca di atas kerusi malas itu sehingga subuh sebelum pergi kerja semula.


Liew Thow Lin 

Lelaki yang dikenali sebagai manusia magnet ini mempunyai keupayaan unik melekatkan objek besi di badannya.

Apa yang memeranjatkan, Liew boleh melekatkan besi seberat 36KG di badannya. Laporan menyatakan, setelah kajian dilakukan oleh pakar, didapati badannya tidak mempunyai sebarang unsur magnetik. Namun kulit Liew dikatakan mempunyai daya geseran yang tinggi sehingga menyebabkan 'suction effect'.







4 Jenis Kawan Yang Harus Kamu Hati-Hati



4 Jenis Kawan Yang Harus Kamu Hati-Hati | Persahabatan terjalin apabila kita dan seseorang itu sedia menerima untuk mengenali sesama sendiri dan akan membantu jika mempunyai waktu dan kemampuan. Ada yang berkawan dari sejak kecil, ada juga yang berkawan dari sejak sekolah, Universiti, tempat kerja dan secara rambang.

Setiap kawan yang kita perolehi membawa karakter yang berbeza. Sedar tak  dalam banyak-banyak kawan kamu miliki itu, salah sorang mesti ada perangai yang kurang kurang menyenangkan. Sekali gus, menyebabkan persahabatan kamu itu tidak seronok seperti kawan yang lain. Terdapat empat jenis kawan yang harus kamu hati-hati. 

Hati -Hati Dengan Orang Yang Tidak Menghargai

Setiap kali berjanji dia selalu lambat, malah kadang-kadang dia batalkan perjanjian itu tanpa memberi alasan yang kukuh dan jelas. Kawan seperti ini hanya mencari kamu jika perlu tetapi apabila kamu memerlukan seseorang, dia pula hilang entah kemana. Orang seperti ini terlalu memerlukan pengikut atau 'pak turut', bukan sahabat yang seperti kamu fikirkan.

Hati -Hati Dengan Orang Yang Kaki 'Pau'

Pasti ramai mempunyai kawan seperti ini, yang sering meminta atau meminjam sesuatu dari kita tetapi terlupa untuk kembalikan semula. Jika kamu mempunyai kawan seperti ini, kamu harus berhati-hati agar kamu tidak mengalami masalah terutama masalah kewangan.

Apabila kamu memberi sesuatu kepada si dia walaupun bagi kamu hanya pinjaman atau sementara tetapi apabila kamu mahukan semula, pelbagai alasan akan diberi olehnya. Dan lama kelamaan, si dia pun terlupa untuk kembalikan apa yang kamu pernah beri dahulu. Berhati-hati!

Hati -Hati Dengan Orang Yang Suka Mengarah

Ramai yang tidak suka diarah dan paksa untuk melakukan sesuatu. Tetapi, kamu pasti akan mempunyai kawan seperti ini yang suka mengarah atau asyik dia sahaja berkelakuan seperti 'ketua' yang semua perlu mengikut apa yang dia kata, bukan?

Orang seperti ini kamu harus bersifat keras dan tegas. Jangan terlalu mengikut kehendaknya. Barangkali kamu pasti akan menanggung risiko apabila mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak ingini.

Hati -Hati Dengan Orang Yang Psiko

Dengar pada nama sahaja kamu sudah tahu ia tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kamu untuk menjalinkan persahabatan dengannya. Selalunya orang seperti ini akan menggunakan kamu semata-mata untuk cover kerjanya atau perbuatan yang mendatangkan kebaikan kepadanya sahaja.

Cara permintaannya sangat manis dan pandai berlakon di depan kamu agar permintaannya mudah tercapai. Dia ternyata menyusahkan kamu dan membuatkan kamu tidak boleh menolak permintaannya kerana takut dianggap bukan kawan lagi.

credit : remaja


Rahsia Senyum Yang Perlu Anda Tahu



Rahsia Senyum Yang Perlu Anda Tahu | Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika sedang bergembira. Namun, senyum bukan sahaja ditunjukkan dengan mulut tapi boleh juga dengan pipi dan mata.

Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. 

Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".

Senyum dan Mood

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. 

Senyum juga juga merangsang pengeluaran endorphins, iaitu sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit.

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. 

Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. 


Senyuman Duchenne

Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. 

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.


Hidup Hingga 80 Tahun!

Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. 

Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. 

Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum lebar' hidup sehingga umur 80 tahun secara puratanya! Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. 

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.

credit: remaja


10 Tips Hilangkan Nervous Ketika Presentation


“Alamakkk esok nak presentation lah! Takutnya...”

10 Tip Hilangkan Nervous Ketika Presentation | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha percaya pasti semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kita perlu melakukan 'presentation' di hadapan khayalak ramai. Terutamanya pelajar macam tasha..

Tapi, jangan risau! 

Ada 10 tips yang tasha akan kongsikan untuk meningkatkan tahap keyakinan dan nampak lebih tenang. 

1) Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.

2) Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3) Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4) Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5) Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6) Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7) Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8) Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9) Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10) Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.


Upsi Orienteering Challenge (Uporcha)



Upsi Orienteering Challenge (Uporcha) | Kelab Rekreasi Luar UPSI (KERLU) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Upsi dan Majlis Mahasiswa Pelajar UPSI akan menganjurkan UPSI Orienteering Challenge (UPORCHA) seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 4 Jun 2016 

Tempat: Sekitar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City 

Kategori: Terbuka IPT dan orang awam 


Sehubungan itu, KERLU menjemput pihak Tuan/puan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi UPORCHA tersebut. 

Sila dapatkan borang pendaftaran di bawah; 



Dan emailkan semula kepada upsiorienteeringchallenge@gmail.com beserta bukti pembayaran

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari fan page kami: Upsi Orienteering Challenge - Uporcha

cepat-cepat! tarikh tutup pendaftaran adalah pada 21 mei 2016!!!
kami tunggu anda!!

Sekiranya ada mana-mana individu/agensi yang sudi sponsor UPORCHA boleh hubungi tasha 

orienteering upsi



Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

pcp

Taman Cabaran Putrajaya atau dalam bahasa inggeris Putrajaya Challenge Park (PCP) |  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Taman Cabaran Putrajaya ada 3 aktiviti utama iaitu  Indoor Rock Wall Climbing Complex, Skate Park dan Thrill ParkMountain Bike TrailsUntuk trip kali ini, kami mencuba Indoor Rock Wall Climbing. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Tasha selesaikan misi wall climbing. Seperti biasa trip bersama keluarga Kerlu seramai 40 orang termasuk peserta, urusetia dan instruktor. 


Untuk wall climbing ni terdapat 6 zon yang mempunyai tahap cabaran yang berbeza. 

Zone A Expert Bouldering Wall
Zone B Beginners Bouldering Wall
Zone C Expert Lead Wall
Zone D Top Roping Wall
Zone E Speed Climbing Wall
Zone F Intermediate Lead Wall



Untuk zon A dan Zon B tidak memerlukan tali. Anda boleh climb tanpa tali dan ianya tidak memerlukan instruktor. Walaupun tidak memerlukan tali, susah jugak nak naik tau. Tapi jangan risau kalau panjat tiba-tiba rasa nak jatuh tu ada tilam kat bawah. Background yang dibelakang tasha tu merupakan Bouldering Wall. Tengok tilam dia siap boleh buat baring lagi. ^^

Sebelum nak naik roping wall, tasha cuba dulu naik Bouldering wall. Ini untuk uji tahap kemampuan tasha la. Fuhh, memang agak payah jugak la. 

Roping wall anda sangat memerlukan instruktor nak naik kalau anda merupakan beginner macam tasha. Kalau dah expert, tak payah instruktor pun tak pa. Janji keselamatan kena jaga. 

Pengalaman naik memang sangat mendebarkan sebab tasha memang takut gayat. Awal-awal lagi instruktor dah bagi arahan sebelum dan semasa naik apa yang perlu dilakukan. Masa mula-mula nak naik tu macam susah sikit bagi tasha sebab nak kena cari ruang untuk menapak betul-betul. Batu tu tak semua boleh guna, ada yang kecil. Jadi susah nak pegang atau pijak. Lepas tu bila tangan dan kaki ni mula berpeluh memang akan jadi agak licin. Agak susah nak grip. Banyak kali jugak la tercicir. Tapi tak jatuhke bawah la sebab ada support dari belay. Positifkan diri, kuatkan semangat dan jangan tengok bawah. Alih-alih dah sampai atas dah.

Bayaran di Taman Cabaran Putrajaya

Bayaran masuk RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak/pelajar)
Climbing Rope RM15
Harness RM 5
Climbing Shoes RM 7
Chalk Bag RM 3
Belay Device RM 4

(Bayaran ini hanya untuk 1 sesi/3jam)

Kalau nak jimat pergi la dalam kumpulan. Jadi boleh share barang tu. Diingatkan juga bagi individu yang tiada pengalaman dalam wall climbing ni perlu mendapat bimbingan dari instruktor yang terlatih. Di situ pun ada instruktor ye dan perlukan cas tambahan untuk instruktor. Macam hari tu, kami sudah mempunyai instruktor sendiri. Jadi kami dah tak payah upah instruktor luar. Dah jimat kan. 

Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya

Di buka setiap hari
10am - 8 pm (Isnin, selasa, khamis, ahad)
10am - 10pm (Rabu, Jumaat, Sabtu)
Jumaat tutup 12.30pm-3pm

Contact info

K01, Taman Cabaran Putrajaya,
(Dewan Tembok Mendaki),
Jln. P5, Persint 5, 62200
PUTRAJAYA, MALAYSIA.


Phone:+6 013 4664 363 (Myzy) / +6 017 319 7836 (Muna)
Email: crossmoveadventure@yahoo.com
Follow on: Facebook, Instagram



MDeC Sepetang Bersama Blogger 2016


Sepetang Bersama Blogger 2016. | Alhamdulillah semalam 16 April #SBB2016 sudah melabuhkan tirainya. Event tahunan anjuran Denaihati Network yang berlangsung di Hotel Grand Champbell , Kuala Lumpur yang berhadapan SOGO. 

#SBB ni merupakan event tasha yang pertama bersama dengan kawan-kawan blogger. Jadi agak janggal jugak sebenarnya, sebab tasha seorang yang agak pasif tapi bila dah kenal betul-betul tasha seorang yang sangat aktif.

Penaja Sepetang Bersama Blogger 2016

#SBB2016 telah ditaja oleh penaja yang hebat-hebat belaka seperti :

  1. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4. Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Aleeya’s Kitchen
  7. Zeeta Magis Aura Mawar
  8. Simply Umrah
  9. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  10. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  11. Yeos Malaysia
  12. eQurban
  13. Jemaah Bisnis Denaihati
  14. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  15. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  16. AE Consultancy Services
  17. PenMerah Network
  18. Sohaini Cookies
  19. Jus Bob Nanas
  20. CVS Production
  21. Kotak Lensa
  22. Jam Tawaf Denaihati

Memori Sepetang Bersama Blogger 2016

Walaupun tasha tak menang cabutan bertuah, Alhamdulillah tasha bertuah sebab hadir ke event ni. Macam-macam ilmu yang tasha dapat belajar, duduk semeja dengan otai-otai yang tak lokek ilmu. Dapat berkenalan dengan lebih dekat sesama blogger. Itu dah cukup bermakna buat tasha.

Tapi, masa daftar setiap peserta telah mendapat goodies bag dan dalam beg tu ada macam-macam seperti mug dari Ephyra, Tshirt SBB, buku nota SBB, air Yeos, air Upin Ipin, Maggi Asam Laksa Sohaini Cookies dan buku Mudahnya berniaga bersama CD Magnet kekayaan dan kejayaan Dr Azizan Osman.

semasa SBB jugak ada sales besar-besaran dari Ephyra dan Zeeta. Jadi apa lagi tasha grab la Ephyra Skin Nano, Inteemor dan Zeeta Serum Mawar. (Nantikan Review)















JUMPA DI SBB TAHUN DEPAN PULA Ye




Setiap Kata-kata Itu Satu Doa


Setiap kata-kata itu satu doa. Oleh itu, selalu la sebut benda yang elok supaya ia memberi kesan yang baik untuk kita. 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sebenarnya tasha hairan sejak dua menjak ni, ramai sungguh yang panggil tasha dengan gelaran 'Puan'. Tasha masih gelaran 'cik' ok, 'Puan' tu akan datang. 

Hari tu ada kawan tanya tasha dah kahwin ka? Dah tunang? atau bakal tunang? Sampai sekarang mereka ingat tasha dah bertunang. hehe.. bertunang tu belum tapi calon dan plan untuk bertunang tu inshaa Allah ada. Its ok, just doakan yang terbaik untuk tasha. 

Siapakah calonnya? Biarlah rahsia. Dah sampai masa tasha akan umumkan pilihan hati ni.