Showing posts with label OH RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label OH RAKYAT. Show all posts

NAK JADI OWNER PRODUK KOSMETIK SENDIRI TANPA KERUGIAN RIBUAN RINGGIT?

NAK JADI OWNER PRODUK KOSMETIK SENDIRI TANPA KERUGIAN RIBUAN RINGGIT?

Semakin hari semakin ramai orang buat produk sendiri sampai jadi jutawan. Tapi tahu tak yang ramai juga kecundang dan rugi ratusan ribu ringgit?

Sebab apa? Sebab tak ada ilmu dan panduan cara nak buat produk sendiri. Ada duit, dan tiru saja orang yang buat produk. Orang tu sukses, kita yang termenung.

Susah ke Nak Buat produk Sendiri?

Ramai orang kata susah nak buat produk sendiri. Sebenarnya tak susah kalau kita ada ilmu dan panduan yang betul. Tapi tak ada sapa pun nak bantu, apa perlu buat, apa kena sediakan, macam mana nak design, apa yang boleh apa yang tak boleh, berapa harga nak letak, kat mana kilang nak buat.

Jadi sebelum korang nak buat produk sendiri dan rugi sebab tak boleh jual, baik korang dapatkan ebook ni dahulu. Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk.
  1. Penulisannya mudah difahami dan bila dah baca ebook ni:
  2. Korang akan tahu langkah-langkah nak bermula sebelum pergi ke kilang
  3. Menjimatkan wang korang dari rugi ribuan ringgit
  4. Korang tahu tentang apa yang boleh dan tak boleh dalam buat produk
  5. Mengelakkan korang dari dikenakan tindakan undang-undang
  6. Mengetahui jenis kilang-kilang yang sesuai buat produk
  7. Mengetahui dokumentasi yang biasa digunakan ketika membuat produk
  8. Membuat keputusan produk apa yang boleh dibuat dan selamat
Jadi sebelum korang nak buat produk sendiri, apa kata korang dapatkan Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk. Sebelum korang rugi ribu ribu ringgit buat produk tanpa ilmu, beli dulu ebook ni yang tak sampai RM200 pun.

Apa yang akan korang dapat bila beli Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk ni?

  1. Korang akan dapat Ebook panduan langkah-langkah memulakan produk sendiri dalam bentuk file PDF
  2. Korang akan dapat Template perancangan strategi bertulis dimana anda perlu PRINT dan TULIS
  3. Korang akan dapat 219 senarai Kilang OEM terkini yang berdaftar dengan KKM
  4. Korang akan dapat Ebook Undang-Undang Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dalam bentuk PDF

Harga ebook ni hanya RM100 tapi akan naik harga kepada harga asal iaitu RM150 pada bila-bila masa. Siapa-siapa yang pantas bertindak, dapat harga yang sangat murah dengan ilmu yang ada.

Kalau korang berminat, Klik link dibawah untuk pembelian: 
.

ISI KANDUNGAN EBOOK:

  • Kata penulis ebook
  • Apa yang saya perlu tahu sebelum menjadi owner produk?
  • Untuk pembeli ebook
  • Statistik berkaitan produk
  • Kenapa saya perlu menjual dan menjadi ejen produk orang lain?
  • Selepas saya tahu menjual dan menjadi ejen produk orang lain, apa yang saya perlu tahu dan buat?
  • Apa yang saya perlu buat sekarang? Saya dah bersedia untuk membuat produk sendiri.
  • Apa langkah-langkah untuk saya mulakan bila saya sudah bersedia?
  • Apa itu produk oem?
  • Kenapa saya perlu memilih produk oem?
  • Bagaimana saya nak tahu kilang oem yang bagus?
  • Apakah jenis produk yang boleh saya buat?
  • Apakah produk kosmetik dan kesihatan yang biasa dibuat?
  • Produk apa yang ada permintaan?
  • Produk semua dah ada dan kebanyakkan sama, macam mana saya nak jual?
  • Boleh tak saya nak buat produk homemade?
  • Apabila saya nak buat produk, ada apa-apa perkara atau dokumentasi yang saya perlu tahu?
  • Apakah langkah-langkah yang saya perlu buat bila saya dah selesaikan perkara asas dan memahami beberapa istilah dalam pembuatan produk?
  • Bagaimana saya nak cari idea buat design produk?
  • Bagaimana untuk memilih botol dan pembungkusan?
  • Bagaimana tetapkan harga produk?
  • Apakah startegi menjadikan produk sentiasa orang beli?
  • Bagaimana cara pemasaran produk?
  • Dimana perlu iklankan produk?
  • Perlu atau tidak saya mempunyai office sebagai permulaan?
  • Adakah saya memerlukan staff untuk uruskan perniagaan produk saya?
  • Ada tak sistem yang digunakan untuk permudahkan perniagaan produk?
  • Apa soalan yang kerap ditanya pelanggan dan perlu bersedia?
  • Ada tak sistem kod keselamatan produk?
  • Kenapa perlu masuk expo antarabangsa?
  • Apa web info berkaitan produk kosmetik dan kesihatan?
  • Jawab 3 soalan ini dahulu sebelum anda nak buat produk
  • Nasihat dari beberapa owner produk
  • Jika saya buat kesalahan, apa tindakan yang saya kena?
  • Kata penggunaan yang dilarang
  • Perkara yang tidak boleh diiklankan
  • Badan yang mengawal periklanan
  • Analisis yang dibuat oleh Forensic Lab
  • Panduan Perancangan produk OEM
  • Senarai 219 kilang yang mempunyai GMP
  • Undang-Undang kawalan dadah dan kosmetik


HARGA EBOOK MENGIKUT TARIKH:

  • 01 APRIL 2017- 02 APRIL 2017 : RM70.00
  • 03 APRIL 2017- 16 APRIL 2017 : RM90.00
  • 17 APRIL 2017- 01 MEI 2017 : RM100.00
  • 02 MEI- 15 MEI 2017 : RM120.00
  • 16 MEI- 31 MEI 2017 : RM150.00

Kalau korang berminat, Klik link dibawah untuk pembelian: 
.





Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Semakin Menyusahkan


Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Semakin Menyusahkan | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. KADS1M merupakan sistem baru yang menggantikan baucer buku kepada pelajar. Untuk mendapatkan kad tersebut, pelajar perlu memohon secara online di laman web Bank Rakyat. Permohonan telah dibuka dari 16 Feb sehingga 31 Mac 2017. 

Lepas dah isi, dia akan naik macam ni. Then tunggu email ja dari bank rakyat. 
kredit Google

Sehari sebelum tarikh tutup, tasha try isi sekali lagi. Sebab ada menular di Facebook perlu isi sehingga keluar macam gambar di bawah ni. Lepas isi sekali lagi, terus keluar macam ni. So, kira macam lega la bila permohonan dah ada dalam rekod bank rakyat.


Lepas ja tarikh tutup, ada yang dah dapat email dari bank rakyat. Tapi tasha dengan kawan-kawan lain belum dapat lagi. Dalam hati, sabar ja la.. Dia buat secara berperingkatkan. Makin hari makin di tunggu, tak dapat jugak. Tasha try isi lagi. Banyak kali la jugak. Tapi dah tak naik macam gambar kat atas tu.

Naik macam biasa ja "Pendaftaran Anda Telah Berjaya"

Hari-hari buka email, tapi tak ada pun email dari bank rakyat. At the end, tasha ambil keputusan untuk call bank rakyat. Untuk tahu status permohonan tasha. Bagi ic untuk dia semak. Nak tahu apa dia cakap??? "Maaf cik, nama tiada dalam rekod. Cik perlu isi semula." Habis yang dok isi selama ni benda apa?? Dah isi cakap berjaya tapi tak ada dalam rekod??? "Dalam 2 3 hari, baru akan diproses dalam sistem." Ok Fine.....

Buat la satu sistem yang boleh pelajar check permohonan kami ni betul-betul diterima oleh sistem atau tidak. Kalau diterima tulis situ "SEDANG DI PROSES". Sedap jugak mata tengok. Tau jugak status terkini. Ni alih-alih tak dak dalam rekod. 

Lepas ja call hari tu, tasha isi lagi. Entah kali yang keberapa. Sampai tak terkira. Kelmarin tasha try call lagi. Sakitnya hati ni, bila dia cakap tak ada dalam rekod lagi. Memang menguji kesabaran betul la. Kenapa la sistem ni semakin menyusahkan pelajar. Ka memang tak nak bagi sebab budget tak ada????   Kata nak bantu pelajar tapi sistem menyusahkan. Nak kena call, nak kena isi semula.. 

Lepas ja tasha bebel kat orang bank rakyat tu, dia mintak detail tasha. Katanya nak isi secara manual. Lepas tu dia cakap dia ambil report tasha tu untuk hantar ke bahagian mana tah. lepas tu akan hantar nama ke KPT. Kalau diluluskan baru dapat email. WHAT???

Kalau diluluskan...???

Tasha tanya la, ada yang tak kan dapat ka? Dia cakap ya. Ada yang takkan dapat. Atas faktor apa  tak dapat tu, dia tak tahu. Katanya KPT yang pilih. Betul ke???

Arghhhh, kenapa la semakin menyusahkan... 

Korang alami jugak tak amcam tasha? Apa tindakan korang buat ea?? 



Menabung Wang Atau Emas?

kredit: pak cik google

Menabung Wang Atau Emas? | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Menabung wang atau emas. Mana satu pilihan korang? Dari kecik lagi tasha memang suka menabung. Tak kira la syiling ka duit kertas ka. Hujung tahun masuk bank. Tapi bila dah makin besar ni suka jugak menabung, hujung tahun korek tabung, terus shopping... hahaha...

Tapi azam tahun ni, tasha nak simpan duit tu. Start tahun lepas tasha dah buka akaun ASB. Haa, nampak tak betapa seriusnya nak menyimpan. Simpan untuk masa depan. Beli rumah ka, kereta ka, kahwin ka. Bank lain pun ada jugak simpanan, tapi bila ada kad dalam dompet ni cepat ja la nak pi atm. Kalau asb ni jenuh nak kena isi borang bagai.

Disebabkan mata wang kita pun tak tinggi mana dah kan, So, selain menabung wang ni, tasha punya plan nak menyimpan emas la pulak. La ni kan emas makin mahai. Berbaloi la sikit kan. Kalau nak gadai pun boleh time sesak-sesak nanti.

Tasha tengok la ni ramai betoi yang dok jual emas kat laman sosial. Nak beli kat depa tapi macam ragu-ragu pun ada. Nak beli bukan pakai air liur nah.. Habis kena tipu, melayang duit. Tapi ada jugak kedai yang jual amik untung lebih. Tu pun takut jugak. Ya la first time nak beli emas, kena la hati-hati lebih sikit. 

So, korang punya cadangan kat mana yang jual emas murah dan berkualiti... Nak beli barang kemas... <3



















Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah

Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Nak kahwin. Barang semua dah beli. Baju pengantin dah tempah. Tapi tak daftar nikah lagi. Macam mana tu? Meh tasha tunjuk macam mana nak daftar nikah. 

Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah

Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah


Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah


Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah



Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah


Langkah-langkah Pendaftaran Nikah di Negeri Kedah



hanya untuk pemohon Perak, negeri sembilan, melaka, perlis, kedah dan wilayah persekutuan sahaja

SELAMATKAH POKEMON GO?


BAYAN LINNAS SIRI 66 : INTEGRITI DATA PERIBADI DAN KESIHATAN PEMAIN, SELAMATKAH POKEMON GO? Alhamdulillah. Segala puji bagi-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, Para Sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahnya sehingga Hari Kesudahan.

Kami berasa terpanggil untuk menjawab isu yang ditanya kepada kami dan sampai kepada kami maklumat yang kami dapati dapat membina hukum seperti yang akan kami bahas selepas ini.


PENGENALAN POKEMON GO

Pokémon GoTM ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologiaugmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS. 

Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland, Canada, dan Puerto Rico.

Di rantau Asia, hanya di Jepun dan Indonesia sahaja, para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go, manakala negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.


BENTUK PERMAINAN

Kami sertakan beberapa bentuk permainan Pokemon GO:
Hanya perlu aktifkan GPS di telefon pintar, aplikasi akan kesan Pokemon di sekeliling kedudukan pemain, beri notifikasi di skrin.

Aplikasi ini membuat pemaiannya perlu bergerak dan berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak raksasa maya pada skrin telefon pintar.

Permainan ini boleh dimain secara Single player (seorang pemain) atau Multiplayer(ramai pemain).
Pemain boleh melagakan Pokemon yang ditangkap untuk dilatih bersama para pemain lain.
Pemain boleh meninggalkan Pokemon yang ditangkap di Gym yang ditawan untuk menjaga kawasan jajahan daripada pemain dan kumpulan lain.

FATWA-FATWA BERKENAAN POKEMON DAN POKEMON GO

Pertama: Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Pada tahun 2001, Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga aqal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman. Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman. 

Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli. 

Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal. 

Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung. 

Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya. 

Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Kedua: Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi

Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon GO. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Ketiga : Universiti al-Azhar

Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Syeikh Prof. Dr. Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Syeikh Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.

Negara-Negara yang Mencegahnya

Di Arab Saudi, Suruhanjaya Komunikasi, Teknologi dan Informasi Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Pokemon GO dan permainan yang seumpamanya boleh mengancam pemain kerana mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Ini termasuklah ancaman penggodam, pencerobohan ruang peribadi dan ancaman jenayah rompak dan curi. 

Pihak berkuasa Kuwait dan Mesir sebelum ini memberi amaran dan ancaman bahawa permainan ini berisiko membawa pemain ke kawasan-kawasan sensitif seperti istana, masjid-masjid, stesen minyak dan pengkalan tentera. Ahmed Badawi, Timbalan Ketua Majlis Komunikasi Kerajaan Mesir, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengadakan sekatan terhadap permainan Pokemon GO kerana dipercayai boleh mendedahkan bahagian keselamatan negara kepada dunia luar. Manakala, Hamdi Bakheet, ahli Majlis Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negara Mesir pula memberitahu Parlimen Mesir bahawa aplikasi Pokemon GO ialah usaha yang licik pihak luar untuk membuat perisikan dalam masyarakat dan negara Mesir.[1]

Begitu juga pertubuhan imam-imam di Turki menggesa agar pihak berkuasa mengharamkan permainan itu kerana menjejaskan nilai kemurnian dan kesucian tempat-tempat ibadat apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki premis masjid semata-mata untuk mencari raksasa maya berkenaan.

Pihak kerajaan Indonesia melarang anggota polis negara itu bermain Pokemon GO ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata pegawai polis seluruh negara itu telah menerima arahan itu bermula 19 Julai 2016. Pihak kerajaan risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan mengganggu tugas pihak polis dalam berkhidmat kepada masyarakat yang dengan konsentrasi dan kerja keras. 

Arahan ini juga dikeluarkan susulan kes penangkapan warga Perancis yang menceroboh pengkalan tentera Indonesia yang terletak di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon GO. Kes ini menimbulkan kegusaran dan kemungkinan dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan teknologi tinggi dalam permainan tersebut berpotensi menjadi alat perisikan.

‘Pokemon GO nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu yang tidak betul padanya,” Kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.[2]

KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah berbincang dan memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. Justeru, diharap agar masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut. 

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Atas dasar ini, maka benarlah sabda Rasulullah SAW:

لَا ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.

Hadis riwayat Ahmad

Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku, membawa kepada:
  • Bahaya dari segi pengintipan pihak luar
  • Pencerobohan ruang peribadi
  • Faktor keselamatan seperti kemalangan
  • Kelalaian
  • Ketagihan melampau terhadap gajet
  • Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling
  • Gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan.
  • Membawa kepada akhlak yang buruk
  • Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.

Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Kami syorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba Allah dan pemegang amanah-Nya di bumi ini sebagai khalifah Allah.

Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Surah al-Mukminun, 23:115

Kami akhiri dengan berdoa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارزُقنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارزُقنَا اجتِنَابَهُ

Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

5 Ogos 2016 M bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H