Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

Promo Kekosongan Tempat di UA bagi Permohonan Rayuan Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018

Promo Kekosongan Tempat di UA bagi Permohonan Rayuan Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. First of all, tasha nak ucapkan tahniah kepada bakal mahasiswa/wi yang telah berjaya mendapat tawaran sambung belajar tu. 

Bagi yang tidak mendapat tawaran, masih tak terlambat untuk anda buat rayuan. Pilih kos yang kurang saingan dan anda rasa boleh bawak. Jangan pulak pakai bedal je ambik kos tu.

Ni ha ada promo kekosongan.. So, boleh la tengok dah pilih kos yang anda rasa sesuai dengan anda..




Sekiranya dah tak ada kos yang anda minat.. Jangan putus asa.. Inshaa Allah, ada rezeki yang lebih baik.. Apply semula untuk intake Feb nanti.. 

CARA MUDAH PINDAHKAN DUIT DARI KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)

kredit: google

CARA MUDAH PINDAHKAN DUIT DARI KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M) | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga penyelesaian bagi KADS1M ni. 

Dah macam-macam masalah timbul dari kads1m ni. Masalah kad belum sampai la, jauh dari cawangan bank rakyat yang dipilih la. Memang makan kos banyak la kalau nak pergi ambil kad di cawangan yang dipilih. Lagi sakit hati bila pergi kad tak ada. 

Jadi tasha terjumpalah solution bagi masalah ni dekat Facebook. Dan dah berjaya transfer pun dari akaun kads1m ke akaun bank rakyat tasha.

Benda wajib yang korang perlu ada akaun bank rakyat. Kalau belum ada, boleh buka ye. Minimum bukak akaun bank rakyat cuma RM20 je. Bila dah ada akaun dan kad ATM bolehlah follow step kat bawah ni yang dikongsi oleh @_aliaamazlan . Tapi ni tasha dapat dari facebook (KosukeWarez)

Masukkan kad

Pilih butang Lain-Lain

Pilih T-Pin Perbankan Internet

Masukkan nombor telefon korang
untuk (TAC)

Masukkan PIN yang mudah ingat

Taip semula PIN

DONE first step


google irakyat


klik Personal Banking



Klik First time registration


klik gambar yang ada kad tu


Isi semua yang diperlukan





tekan "Click Here" untuk log in


klik OK dalam pop up tu.
Then Log in ikut username dan password korang


make sure PREFERRED NAME tu sama macam yang korang taip tadi


Klik Account Info


Klik Account Overview.


Kat sini korang akan nampak 2 bank rakyat. 
1.account bank rakyat yang korang selalu guna tu.
2. account Kadsim

Untuk transfer klik TRANSFER dari account KADS1M ok.



Korang tak boleh ambil RM250. kena tinggalkan RM10 dalam tu ok.


Dah Berjaya. Jangan Boros pulak.






Terima kasih pada yang sudi share. Sangat-sangat membantu rakan diluar sana. Selamat mencuba. 


Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Semakin Menyusahkan


Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Semakin Menyusahkan | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. KADS1M merupakan sistem baru yang menggantikan baucer buku kepada pelajar. Untuk mendapatkan kad tersebut, pelajar perlu memohon secara online di laman web Bank Rakyat. Permohonan telah dibuka dari 16 Feb sehingga 31 Mac 2017. 

Lepas dah isi, dia akan naik macam ni. Then tunggu email ja dari bank rakyat. 
kredit Google

Sehari sebelum tarikh tutup, tasha try isi sekali lagi. Sebab ada menular di Facebook perlu isi sehingga keluar macam gambar di bawah ni. Lepas isi sekali lagi, terus keluar macam ni. So, kira macam lega la bila permohonan dah ada dalam rekod bank rakyat.


Lepas ja tarikh tutup, ada yang dah dapat email dari bank rakyat. Tapi tasha dengan kawan-kawan lain belum dapat lagi. Dalam hati, sabar ja la.. Dia buat secara berperingkatkan. Makin hari makin di tunggu, tak dapat jugak. Tasha try isi lagi. Banyak kali la jugak. Tapi dah tak naik macam gambar kat atas tu.

Naik macam biasa ja "Pendaftaran Anda Telah Berjaya"

Hari-hari buka email, tapi tak ada pun email dari bank rakyat. At the end, tasha ambil keputusan untuk call bank rakyat. Untuk tahu status permohonan tasha. Bagi ic untuk dia semak. Nak tahu apa dia cakap??? "Maaf cik, nama tiada dalam rekod. Cik perlu isi semula." Habis yang dok isi selama ni benda apa?? Dah isi cakap berjaya tapi tak ada dalam rekod??? "Dalam 2 3 hari, baru akan diproses dalam sistem." Ok Fine.....

Buat la satu sistem yang boleh pelajar check permohonan kami ni betul-betul diterima oleh sistem atau tidak. Kalau diterima tulis situ "SEDANG DI PROSES". Sedap jugak mata tengok. Tau jugak status terkini. Ni alih-alih tak dak dalam rekod. 

Lepas ja call hari tu, tasha isi lagi. Entah kali yang keberapa. Sampai tak terkira. Kelmarin tasha try call lagi. Sakitnya hati ni, bila dia cakap tak ada dalam rekod lagi. Memang menguji kesabaran betul la. Kenapa la sistem ni semakin menyusahkan pelajar. Ka memang tak nak bagi sebab budget tak ada????   Kata nak bantu pelajar tapi sistem menyusahkan. Nak kena call, nak kena isi semula.. 

Lepas ja tasha bebel kat orang bank rakyat tu, dia mintak detail tasha. Katanya nak isi secara manual. Lepas tu dia cakap dia ambil report tasha tu untuk hantar ke bahagian mana tah. lepas tu akan hantar nama ke KPT. Kalau diluluskan baru dapat email. WHAT???

Kalau diluluskan...???

Tasha tanya la, ada yang tak kan dapat ka? Dia cakap ya. Ada yang takkan dapat. Atas faktor apa  tak dapat tu, dia tak tahu. Katanya KPT yang pilih. Betul ke???

Arghhhh, kenapa la semakin menyusahkan... 

Korang alami jugak tak amcam tasha? Apa tindakan korang buat ea?? 



Kisah Guru Praktikal


Kisah Guru Praktikal | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dah hampir sebulan tasha bergelar sebagai guru praktikal di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Mood masih teruja, happy walaupun penat melayan setiap kerenah budak-budak ni. Kalau tak ada budak-budak ni sunyi pulak.

Tasha praktikal selama 4 bulan sahaja (2 bulan di tadika dan 2 bulan di taska). Untuk 2 bulan pertama ni tasha kena mengajar di tadika dulu. Dalam kelas tu ada lebih kurang 16 orang dan macam-macam ragam. Ada yang mengelat tak nak belajar, ada yang slow learner, ada yang suka nangis, ada yang low self esteem.  Dan sebagai guru sabar tu kena letak paling atas sekali. Sebagai pendidik, kita la kena corakkan mereka. Yang mengelat nak belajar, kita buat aktiviti best-best. Yang slow learner kita bimbing sampai dapat. Yang suka nangis kita hiburkan dia. Yang low self esteem kita bina self esteem dia. 

Yes, kalau sebut guru tadika ja mesti orang ingat kita kena lemah lembut selalu. Tak boleh marah, kena manja-manja baru la budak-budak berani dekat dengan kita. Tapi ingat first impression tu penting. First day masuk kelas kena tunjuk jugak muka tegas kita. kadang-kadang budak-budak ni nak uji kita ja. kalau terlalu berlembut, nanti budak-budak ambil kesempatan. Time tu kalau kita marah pun tak kan makan saman. 

So, harap-harap tasha terus kuat untuk mendidik anak bangsa ni. Walaupun hanya seketika. 

Rabu ni dah nak kena observe... seram sejuk ja ni....


SENARAI UNIVERSITI AWAM (UA) UNTUK KEMASUKAN SECOND INTAKE (AMBILAN KEDUA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2016/2017



SENARAI UNIVERSITI AWAM (UA) UNTUK KEMASUKAN SECOND INTAKE (AMBILAN KEDUA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF (IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2016/2017 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bagi sesiapa yang berminat untuk sambung degree, UA tertentu ada membuat ambilan kedua. So, ingat tarikh-tarikh penting UA yang buat ambilan kedua ni ye. good luck semua...

10 Tips Hilangkan Nervous Ketika Presentation


“Alamakkk esok nak presentation lah! Takutnya...”

10 Tip Hilangkan Nervous Ketika Presentation | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha percaya pasti semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kita perlu melakukan 'presentation' di hadapan khayalak ramai. Terutamanya pelajar macam tasha..

Tapi, jangan risau! 

Ada 10 tips yang tasha akan kongsikan untuk meningkatkan tahap keyakinan dan nampak lebih tenang. 

1) Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.

2) Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3) Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4) Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5) Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6) Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7) Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8) Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9) Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10) Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.


Pemberitahuan | Sekolah Ditutup Esok Kerana El Nino

Sekolah Ditutup 22 April 2016 kerana El Nino | Pemantauan oleh Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda Perlis, Jerantut dan Termeloh. Ketiga-tiga kawasan ini mencatat suhu tertinggi dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Walaupun cuti, tidak bermakna anda boleh membawa anak-anak berjalan-jalan, bersiar-siar dan bersuka ria di luar. Elakkan terdedah di luar dalam tempoh yang terlalu lama dan banyakkan minum air kosong .