Showing posts with label Pakej Murah. Show all posts
Showing posts with label Pakej Murah. Show all posts

Trip Ke Sabah - Hari Kedua

Trip Ke Sabah - Hari Kedua | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk hari kedua kami ke pulau. Awal pagi kami dah ready nak ke pulau. Member sabah yang sorang lagi pun dah ready tunggu kami kt luar. Masa ni kami still tak ambil kereta sewa. Salah satu sebabnya kami akan stay kat pulau tu lama kan. Jadi membazir ja kalau amik kereta tapi tak guna. 

Nak pergi ke Jesselton Point kami naik grab car ja. Tambang cuma RM4. So, jarak penginapan kami ke sana dekat ja. Boleh ja jalan kaki.


Kami pilih dua pulau ja. Pulau Sapi dengan Pulau Mamutik. Harga tambang bot untuk kedua pulau ni kami dapat RM33 + bayaran jeti RM3.50 (harga pelajar). Masa sampai kat pulau nanti kena lagi bayar fees untuk pulau tersebut RM3.

Yang bestnya kita boleh stay kat pulau tu berapa lama yang kita nak. Last bot pick up balik pukul 4 petang. Disebabkan cuaca pagi tu tak berapa elok, kami bertolak dalam pukul lebih kurang 9 pagi. So, sempatlah nak beli makanan untuk makan kat pulau nanti.

Tikar ni berbayar tau. RM10 je.. Sewa ok.. bukan ambil terus. 
Terlalu excited tak sempat nak ambil gambar view di pulau Mamutik ni. Lepas makan ja terus terjun laut. Air dia sangat jernih. Sangat sesuai untuk snorkeling.


Pukul 12 tengahari barulah kami bertolak ke Pulau Sapi. Time ni dah nampak macam nak hujan dah. Pemandu bot tu dah bagitau siap-siap dah, kalau cuaca buruk kena cepat balik. Takut nanti terkandas pulak. Mula-mula kami diberi masa mandi sampai pukul 2 petang. Tapi makin lama cuaca tak elok. Angin pun makin kuat. Kami cepatkan masa. Pukul 1.30 dah bertolak balik.

Bagi tasha sendiri, Pulau sapi lagi best nak mandi daripada pulau mamutik. Salah satu sebabnya air dia lebih bersih, tak ada sampah daun-daun terapung dok ganggu dan kurang orang. Jadi pulau tu tak sarat sangat dengan orang dan lebih selesa nak mandi kuak lentang pun.

View Pulau sapi.

Jeti Pulau Sapi. 
Sekuat-kuat angin di langkawi ni, kuat lagi angin dan ombak kat pulau sapi ni tau. Balik tu memang mandi hujan la kami. Ingatkan boleh la kering baju kena angin laut. Tapi basah kuyup kami kena hujan. Nak balik ke tempat penginapan kami jalan kaki ja. Nak ambik grab nanti basah pulak kereta orang. Hairan orang tengok kami. Basah kuyup jalan tepi jalan.

Untung tau kalau tempat penginapan tu ada laundry. Boleh la basuh baju yang basah tu. Dah tak perlu hantar dobi atau jemur dalam bilik. Lepas ja settle basuh baju. Petang tu kami jalan pulak ke pasar filipina. Haa... memang dekat pun tempat kami menginap dengan pasar tu. Sangat strategikkan lokasi kami.

Bila dah ke pasar filipina pun memang tak sah la kalau tak shopping. Barang yang orang pesan ja beli. Barang sendiri cuma beli gelang mutiara yang bernilai RM30 ja.


Barang orang pesan? Ikan terubuk masin, ikan keropok, gelang mutiara, keronsang, tshirt. Lepas je shopping barang-barang kami terus cari tempat makan..

Malam tu barulah kami sewa kereta. Kami sewa kereta bermula 16 ogos (8pm) - 19 ogos (8pm). Kiranya 3 hari la. Total kereta sewa saga yang kami dapat untuk 3 hari RM270. Minyak pulak kami habiskan dalam RM110.

Next day kita ke Kundasang pulak...


Trip Ke Sabah - Hari Ketiga 17 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Keempat 18 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Kelima 19 Ogos 2017



Buffet Ramadan 2017 | Hikayat 1001 Rasa @ The Chef Cafe


Buffet Ramadan 2017, Hikayat 1001 Rasa @ The Chef Cafe | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Baru-baru ni tasha berpeluang untuk menikmati buffet ramadan di The Chef Cafe, Shah Alam. 

Tasha sangat-sangat recommended korang berbuka di sana nanti dan korang takkan menyesal punya. Tasha memang sangat cerewet bab makan, tapi once dah suka dengan benda tu, memang tasha nak korang pun rasa. And you should try it. The Chef Cafe menampilkan tema buffet ramadan kali ini dengan tema Hikayat 1001 Rasa

Hikayat 1001 Rasa 

Antara menu utama yang disajikan dalam Hikayat 1001 Rasa adalah Asam Pedas johor, Masak Lemak Perut dan rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang ayam & daging, ikan masak taucu, peria goreng telur dan macam-macam lagi masakan melayu. Kesemua makanan ini merupakan hasil air tangan daripada Chef Noor Muhammad Aliff yang mempunyai kepakaran dalam masakan melayu selatan.





Antara makanan barat pula ada beef/mushroom lasagna, Honey Chicken Wing, Black Pepper Beef, Baked Mix Vege, Lamb Stew dan House Salad. 






The Chef Cafe menampilkan hampir 50 jenis menu berbuka setiap hari dan ianya ianya adalah berbeza pada hari-hari tertentu. 

Part yang paling best buat peminat kambing, The Chef Cafe turut menyediakan Kambing Golek Piaw sebagai menu wajib berbuka. Selain itu, ada juga Ayam Tempayan, Mongolian Grill, Pasta, Bubur Nasi dengan sambal Hiris Cepo/Kentang, dan Laksa Tempoyak.





Pencuci Mulut

Kalau tak ada pencuci mulut memang tak sah kan. So apa yang menarik di The Chef Cafe adalah aneka kuih muih melayu tempatan, kek, tart, dan ABC.









Bagi warga berhampiran Shah Alam, anda wajib ke The Chef Cafe semasa berbuka nanti. Sebab di sana ada menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka daripada makanan melayu sehinggalah makanan barat. Bayaran yang dikenakan pun sangatlah murah dan berbaloi. Boleh makan puas-puas.

Maklumat Lanjut & Tempahan The Chef Cafe

Harga Dewasa: RM49.90
Harga Kanak-kanak: RM24.90

Bermula 28 Mei sehingga 23 Jun 2017

Hubungi di talian : 03-55253707 / 017- 499 1707 
Alamat : 43 Business Park 1 Seksyen 31, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

Buffet Ramadhan 2017 | Citarasa Dua Sempadan Antara Thailand dan Utara Malaysia


Buffet Ramadhan 2017 Citarasa Dua Sempadan Antara Thailand dan Utara Malaysia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tinggal lagi beberapa hari ja nak sambut ramadan. Sempena Ramadan 1438H yang akan tiba tak lama lagi, Laman Kayangan, Shah Alam telah menyediakan sajian hidangan berbuka dengan pelbagai juadah yang lazat dan menepati citarasa tetamu yang hadir. Buffet Ramadan 2017 membawa konsep "Citarasa Dua Sempadan; Thailand dan Utara Malaysia".


MENU MAKANAN BUFFET RAMADHAN 2017 LAMAN KAYANGAN


CITARASA MALAYSIA


Pembuka Selera
5 jenis pelbagai kerabu, Ikan pekasam Cili bawang, Ikan masin/Telur Masin, Cucur Udang kuah kacang, Sambal kering ikan bilis.

Sup
Sup Tulang + Daging / Ayam Berempah


Menu Utama
Nasi Putih, Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dgn rebung, Daging Acar dengan cili Hijau, Ikan Lemak Tempoyak dengan Belimbing Buluh, Makanan laut Sambal dengan petai, Gulai Lemak Pisang dengan Ikan bilis.



Dari Batas Bendang
Nasi Putih, Ikan Air Tawar / Ikan Masin / Ayam Goreng, Soo Hoon Fu Cuk Masak Lemak Tauhu, Ulam-Ulam Kampung, Sambal Belacan, keropok, Penjan Ub ikayu / Ubi kayu kukus sambal



Mee Laksa
Laksa Kuala Peghelih / Mee Hoon Sup Kanchut

CITARASA THAILAND



Pembuka Selera
Ayam Fillet Goreng Garing (kainer krop), 5 jenis Asam Buah-buahan (Ha Praped Pho Lamai), Kek Pedas Ikan (Khekplarudped), Keropok Lekor (Khaw Kried Pla), Steambot in Bamboo basket (Khriow NaiTakra Mai Phaiy)

Sup
Tom Yam Putih / Merah / Pong tek (Na Sup Tmya)


Menu Utama
Nasi Goreng Nenas (Khaw Phad Sapparod), Nasi Putih (Khaw Khaw), Ayam Kari HijauTerung Pipit, (Kaeng Kheiywhwan Ki), Daging Musamman dengan Rebung (Neux Musamman Nho Maopai), Ikan Daun Selasih dengan Cili (Plabai Pakapow), Telur Bungkus (Khai Ho), Seafood Masak Pedas (Aahan Taale Priow Ped)


From The Wok
5 Jenis aneka Sayur-Sayuran, 2 Jenis sos istimewa (Si Praped Khong Phakkap Song Praped), 2 jenis campuran daging/ayam & Sayur-sayuran, Dengan Sos padprik / Masak Merah, (Song Praped Nerd Lep Phad), Ikan Celup Tepung, (Pla Cum Peng)

Noodles
Mee Celup / Spicy Thai Noodles Soup (Noodles with spicy Soup , vegetables and chicken) (Phed Sup Kwaytiaw Thai)


BBQ STATION




Ayam Percik (Chicken Fillet), Grill Marinated Sliced Mutton Chop, BBQ Sausage, Sos BBQ, Sos Lada Hitam, Sos Pudina

SPECIAL STALL




Murtabak King, Fusion Pasta, 2 jenis Pasta, Sos kari ayam & sos seafood padprik, Ice Cream & ABC Station

FROM THE POT






Bubur Nasi & Condiments (Telur Masin, Ikan Masin, Ayam Kiub, Cendawan, Kacang Tanah, Ikan Bilis, Kangkung, KicapCair), Pulau Kemanisan, 3 jenis bubur dan pengat (Bubur Kacang, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Pengat Ubi Keledek), Kuih Melayu / Jelly / Kek / Sagu, Kurma, Buahan Campur.


BEVERAGES

10 balang Air Pelbagai rasa

Jangan penat jamu mata tengok entri tasha penuh dengan makanan. hehehe... 














KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Parking Kereta Percuma
  • Surau untuk solat
  • Dewan makan berhawa dingin
  • Akses Wifi Percuma
  • Kaunter Pembayaran Zakat
  • Persembahan Muzik Ghazal

SENARAI HARGA BUFFET RAMADHAN 2017


Harga Promosi Untuk Tempahan Awal

Tempahan yang dibuat sebelum 25 Mei 2017
Promosi Early Bird - RM45.00 seorang dewasa. Jimat RM14.00

Senarai Harga Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

  • Dewasa - RM59.00/pax
  • Kanak-Kanak (7 - 12 Tahun) - RM35.00/pax
  • Warga Emas (60 tahun keatas) - RM 35.00/pax

Pakej Berbuka Puasa Keluarga

  • Pakej 5 Dewasa – RM 295 & Percuma 2 kanak-kanak/warga emas
  • Pakej 9 Dewasa – RM 531 & Percuma 1 dewasa

Pakej Berbuka Puasa Buffet Korporat/Berkumpulan

1. Pakej 10 Meja – RM 5,900
  • Percuma 1 meja
  • 100 Special Doogift


2. Pakej 50 Meja – RM 29,500
  • Percuma 1 meja
  • 500 Special Doogift
  • 5 ‘Raya’ Hampers
  • 2 Bunting
  • Screen Projector & P.A System

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi nombor dibawah.

019 - 250 3090 
012 - 253 3973 
012 - 387 1775 
019 - 376 0149


Untuk maklumat lanjut boleh layari: