Showing posts with label Program myLesen. Show all posts
Showing posts with label Program myLesen. Show all posts

Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu


Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dah umur berapa pun lesen tak ada lagi. Bukannya tak nak ambil lepas sekolah dulu tapi takut nak bawak kenderaan. Ni pun setelah fikir panjang tasha gagahkan ambilkan juga lesen kereta. Lesen moto tu kita hold dulu. Biar betul-betul ada keberanian. Hahaa..

Masa tasha daftar lesen ni agak murah sikit la. Sebab masa tu ada promo sempenan hari JPJ. Daripada RM900+ turun kepada RM865 untuk lesen kereta. Kalau kereta dengan motor yuran dalam RM1100+ (harga asal RM1330). Tasha ambil lesen ni dengan adik tasha. Tasha ambil kereta ja, adik ambil dua-dua. 

Sebelum amik ujian komputer kena dengar dulu taklimat 6 jam. Untuk sesi pagi tu agak bosan la sikit. Sangat mengantuk, sampai tertidur pun ada. Sesi petang tu dapat cikgu yang best sikit, ada sense of humor sikit dalam taklimat dia. So, tak da la mengantuk. Gelak je memanjang. 

Lepas seminggu taklimat tu baru tasha pergi ambil ujian komputer. Risau jugak kalau gagal. Hari-hari buat latihan ja. Boleh buat latihan dengan app SPP di playstore. Dah tak payah nak baca buku tebal-tebal tu. Takkan sempat habis dan susah nak faham. Bila selalu buat latihan secara tak lansung kita tahu jenis soalan macam mana dan lebih mudah nak faham.

Alhamdulillah, kami dah lulus walaupun tasha atas urat ja. hahaha.. 

Next lepas raya cina ni dah boleh belajar memandu. Doakan cepat lulus ye..


myLESEN 1 Rakyat 1 Lesen JPJ 2016 Fasa 2.0


Program myLesen Fasa 2.0 kini kembali. | Program myLesen ini pernah dilancarkan pada tahun 2015 dan kini kembali lagi. Program sangat sesuai dilancarkan untuk remaja yang belum memiliki lesen. Apa yang bagusnya ia dapat mengelakkan remaja daripada memandu tanpa lesen. Malah yuran pendaftaran yang ditawarkan untuk program myLesen ini sangatlah murah. 

Sekiranya anda berumur 16 tahun ke atas dan belum memiliki sebarang lesen memandu, maka anda layak untuk memohon lesen memandu kelas B2.

Harga yang ditawarkan hanya RM299 termasuk GST.

Anda boleh mula mendaftar di Institut Memandu yang berhampiran bermula 6 April- 6 Jun 2016.

Syarat Program myLesen

  1. Terbuka kepada individu 16 tahun ke atas.
  2. Belum mempunyai sebarang kelas lesen memandu. 
  3. Warganegara Malaysia & PR.
  4. Bayaran RM299 termasuk GST
  5. Bayaran tambahan dikenakan sekiranya gagal di Bahagian 1 / 2 / 3. (Kecuali Ujian Bertulis & Lisan)
  6. Gagal Ujian komputer 2 kali, layak ambil ujian bertulis. 
  7. Gagal Ujian bertulis  2 kali, layak ambil ujian lisan.
  8. Perlu selesaikan program khas ini dalam tempoh 4 bulan. Selepas daripada itu, calon akan terkeluar dari program.