Showing posts with label Resepi dari dapur. Show all posts
Showing posts with label Resepi dari dapur. Show all posts

Resepi Pilihan | Resepi Cheesy Wedges

Nak Tahu Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri? Guna Resipi Ini!

Bahan-bahan untuk buat wedges: 

- 3 biji ubi kentang
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- Minyak

Bahan-bahan untuk buat sos cheesy:

- 3 sudu besar mentega
- 250 ml susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan keju Cheddar (diparut)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Pewarna kuning (jika mahu)

Cara-cara Untuk Buat Cheesy Wedges: 

1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges.
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges.
3. Goreng.
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega.
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan.
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul.
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.



Resepi Pilihan | RESEPI KUEY TEOW SUP THAI



Resepi Pilihan | RESEPI KUEY TEOW SUP THAI. Ni salah satu makanan favourite tasha. 

Bahan-bahan Kuey Teow Sup Thai

Daun pandan
Akar ketumbar
Bawang putih(dihiris)
Bawang Holland@bwang besar(dihiris)
Lengkuas(dihiris)
Serai
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Biji ketumbar
Lada putih yang diblend
Kicap cair
Kicap pekat
Seasoning maggi
Cuka
Gula batu
Taucu yang diblend

Cara-cara membuat Kuey Teow Sup Thai

  1. Rebus daging@ayam smpai lembut
  2. Masuk daun pandan, akar ketumbar, bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, biji ketumbar, lada putih, kicap cair, kicap pekat, seasoning maggi, cuka, taucu yang diblend, gula batu, garam & perasa. masak sampai mendidih.
  3. Tidak perlu ditumis. Tunggu sehingga mendidih sahaja.
sambal cuka, serbuk cili, minyak bawang putih (kalau salah tolong betulkan), kacang ditumbuk halus. boleh taburkan ikut selera masing. 

Pemilik resepi : Nor Hazirah Manaf‎
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-bahannya Kuey Teow Kungfu

Bawang besar 2biji (diblend)
bwg putih 5 ulas (diblend)
cili
udang dan sotong (nak letak ayam pun boleh)
lobak merah, putik jagung, bunga kobis (boleh tambah sayur lain yang korang suka)
Kiub pati ayam knorr satu
sos tiram 2sudu besar
tepung jagung tiga sudu besar (dibancuh dgn air sikit)
kueyteow sebungkus dilerai
telur dua biji

Cara-cara membuat Kuey Teow Kungfu

1) Panaskan minyak suku kuali.pecahkan telur sebiji dalam mangkuk dan pukul. Masukkan sedikit garam dan 1 sudu tepung jagung yang telah dibancuh . Masukkan kueyteow ikut sukatan seorang makan. Kemudian gaul dengan telur. (tepung jagung memberi keragupan lagi pada kueyteow tu)

2) Bila kuali dah betul-betul panas, masukkan kueyteow dan leperkan sedikit. Goreng sehingga garing. (hati-hati masa terbalikkan kueyteow. Boleh hancur jadinya). Dah masak boleh la angkat.

3) Guna minyak yang sama, tumis bawang yang sudah diblend sehingga naik bau. Boleh masukkan juga cili kalau nak pedas.

4) masukkan udang, sotong dan kacau. Agak-agak udang dan sotong masak, masukkan 2 cawan air, kiub pati ayam dan sos tiram (biar ia mendidih)

5) Bila dah mendidih, masukkan sayur-sayur. Kalau kurang masin, masukkan garam secukup rasa.

6) Kacau-kacau sedikit dan masukkan bancuhan tepung jagung. (Biarkan dalam seminit dah siap)

7) Last sekali tuangkan kuah ke atas kueyteow tadi dan boleh makan.

*Boleh masukkan sedikit perahan limau kasturi kalau suka.