Showing posts with label Road To Nikah. Show all posts
Showing posts with label Road To Nikah. Show all posts

8 TIPS KAHWIN DI USIA MUDA


8 TIPS KAHWIN DI USIA MUDA | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kalau diperhatikan ramai yang nak berkahwin di usia muda tapi tidak berani nak bagitau parents. Zaman dulu kahwin pada usia belasan tu kira ok la. Kalau umur dah cecah 20 an masa tu memang orang kata anak dara tau. Tapi sekarang kalau nak kahwin pada awal usia 20 an tu sangatla muda. Ada setengah parent cakap habiskan belajar dulu, kerja dulu la.. Ada juga parent kalau anak umur 20 dah suruh kahwin. Zaman belajar tasha tengok ramai ja yang kahwin muda. Junior tasha pun dah ramai kahwin masa umur 20/21 macam tu. 

Kalau nak kahwin muda tak ada masalah. Tapi apa buat ibu bapa kita berat nak bagi kahwin masa muda ni sebab risau. Kalau yang perempuan tu nanti macam mana nak urus rumah tangga kalau diri sendiri pun tak terurus. Kalau yang tak pandai masak tu ok la boleh belajar. Kalau yang malas masak tu nak buat macam mana? Nak makan kedai hari-hari? Yang lelaki pulak, kalau kerja pun malas tapi nak kahwin tu payah jugak. Tak kan nak mintak mak bapak pulak yang sara.

Ada setengah orang umur 20 tu dah matang. Dah boleh fikir masa depan. Ada juga yang masa umur ni tak habis nak enjoy lagi. Ingat lepas kahwin boleh enjoy macam zaman bujang ka?? Ramai yang kahwin muda, tapi ramai jugak yang bergelar janda/duda muda kan. Alasannya, tak puas enjoy lagi, asyik kena konkong je, malas masak.. macam-macam la. Jadi takut pulak nak kahwin. Takut tak mampu nak pikul tanggungjawab lepas kahwin. 

So, kalau betul-betul nak kahwin muda. Fikir dulu betul-betul. Bincang dengan family. Betulkan hubungan dengan Allah swt. Selain itu, tasha nak share 8 tips macam mana nak kahwin usia muda. Tips ni tasha dapat dari facebook Cinta Blossom dan diolah sedikit oleh tasha.


1. Bersedia mental dan fizikal. Perkahwinan bukanlah satu mainan dan ianya tidak boleh diambil secara remeh. Dapatkan pandangan serta nasihat daripada orang yang lebih tua daripada anda. Dan apabila anda sudah bersedia, tunjukkan kesungguhan bahawa anda mampu memikul tanggungjawab sebagai suami isteri serta sebagai ibu bapa di usia muda. Nyatakan anda mampu membina rumahtangga yang bahagia. Kalau bergaduh tu tak boleh dua-dua keras kepala. Kena salah sorang juga mengalah. Mengalah bukan beerti kalah tapi demi kebaikan hubungan yang terbina tu. 


2. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Dia melembutkan dan melapangkan hati ibu bapa anda dan juga si dia untuk menerima hasrat kita itu. Mudah-mudahan segalanya menjadi seperti yang dirancangkan oleh anda dan si dia. Pertama sekali buatlah solat Istikharah untuk mohon petunjuk kalau rasa macam was-was ke. 


3.  Lelaki! Jadilah gentleman!

Kebiasaanya, bahagian inilah yang amat mencabar semangat si lelaki. Banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Hati pula sentiasa berdegup kencang bila memikirkan isu ini. Dan apa yang paling ditakuti oleh pihak lelaki adalah niat murni mereka itu akan ditolak oleh keluarga si dia.

Kepada lelaki, jadilah gentleman. Tenangkah diri anda dan pergilah berjumpa dengan keluarga si dia untuk nyatakan hasrat anda yang murni itu dengan lemah-lembut. Nyatakan juga mengapa anda hendak berkahwin dengan si dia di usia yang muda ini. Tunjukkan kesungguhan dah keikhlasan anda dan Insyallah, semuanya akan berjalan dengan lancar


4. Bawalah si dia berjumpa dengan keluarga anda terlebih dahulu agar keluarga anda dapat mengenal si dia lebih dekat. Dan selepas si dia pulang, tanyakan pendapat ahli keluarga anda tentang si dia. Restu keluarga lebih-lebih lagi ibubapa anda amatlah penting untuk mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari.


5. Pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil terutamanya kepada lelaki yang akan menjadi ketua keluarga sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kebiasannya, ibubapa sebelah pihak perempuan akan menolak niat baik anda mentah-mentah sekiranya mereka tahu anda tidak mampu menyara anak perempuan mereka. Oh, sila jangan salahkan mereka kerana setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi yang masih belajar, anda boleh mencari kerja sambilan disamping tidak mengabaikan pelajaran anda. Banyak kerja-kerja sambilan yang memberikan pendapatan yang lumayan di luar sana. Dan jangan lupa nyatakan kepada keluarga anda dan keluarga sebelah si dia dari mana datangnya sumber pendapatan anda.


6. Tunjukkan kematangan!

Setiap kali berbicara dengan ahli keluarga, tunjukkan kematangan anda dalam bertutur dan memberikan pendapat agar ahli keluarga yakin bahawa usia anda tidak mempengaruhi kematangan anda.


7. Biarlah ikhlas dan jujur!

Tunjukkan kejujuran, keikhlasan, serta akhlak yang baik setiap masa agar diri anda sentiasa disenangi oleh keluarga, rakan-rakan serta orang sekeliling anda. Dan Insyallah mudah untuk keluarga sebelah pihak lagi menerima diri anda dengan perwatakan anda itu.


8. Niat itu penting!

Betulkan niat anda bahawa tujuan anda ingin berkahwin di usia muda bukanlah nafsu semata-mata tetapi kerana ingin mencari keredhaan dari Allah. Disamping dapat mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang dilarang oleh Allah antara anda dengan pasangan anda. Insyallah segala urusan anda akan dipermudahkan-Nya kelak.

Nak kahwin muda tu mudah tapi tak boleh ambil mudah sangat. Banyak benda yang kena titikberatkan untuk membina masjid ni. Nak kahwin jangan ikut trend, biarlah bila kita betul-betul dah sedia. Biarlah lambat asalkan dengan orang yang tepat. Sekian.

credit : Cinta Blossom