Showing posts with label cara rawat rabun. Show all posts
Showing posts with label cara rawat rabun. Show all posts

Contact Lenses Alaf Baru | Bausch + Lomb Biotrue® ONEday


Bausch + Lomb Biotrue® ONEday Lenses | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekarang ni ramai sangat yang suka pakai contact lenses. Sebab tu dapat dilihat lambakan contact lenses di pasaran sama ada di kedai cermin mata, di pasar malam, jual secara online. Masing-masing ada sebab yang tersendiri kenapa suka memakai lenses

Bagi yang mempunyai masalah rabun, semestinya menginginkan penglihatan yang jelas tanpa kaca mata. Bagi yang tidak mempunyai masalah rabun, menginginkan daya tarikan di mata.. kan... Jadi bagaimana korang memilih contact lenses yang baik dan selamat?

Tasha kenalkan dengan korang contact lense alaf baru. Sesuai dengan lifestyle di Malaysia. Kenapa tasha cakap sesuai dengan lifestyle di Malaysia? Teruskan membaca ye....

Tapi contact lenses ni untuk yang rabun sahaja ok sebab tidak berwarna. Kalau yang tak rabun pakai jugak yang clear ni tak tau kata apa dah la...

Apa itu Biotrue Oneday lense?


Bausch + Lomb Biotrue® ONEday merupakan contact lenses pakai buang harian premium. Diilhamkan oleh mata manusia itu sendiri, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel™, satu inovasi yang menggabungkan bahan terbaik daripada Hidrogel konvensional dan Hidrogel silikon.

Biotrue Oneday sesuai dengan Lifestyle Masa Kini


First day pakai lense. Just love it 

Di Malaysia memang tak boleh lari dari jem, kerja pagi, balik petang. Balik pulak sangkut dengan jem. Kalau pakai contact lense yang biasa memang tak boleh pakai lama kan. Last-last timbul masalah lain pada mata. Dengan Biotrue ni dah tak perlu risau kalau korang sangkut dalam jem lama-lama pun, mata korang still terjaga. Contact lense ni jugak boleh dipakai untuk sebarang aktiviti lasak. Pakai masa hiking, cycling, diving pun boleh ok. (Tapi lepas diving terus buka la... ) 

Tasha lebih prefer pakai contact lenses pakai buang. Sebab kalau yang boleh pakai sebulan tu, korang jamin ke korang dah jaga kebersihan lenses tu betul-betul? Sure ke tak terdedah dengan habuk-habuk? Nak jaga mata better pakai sekali dan buang. Tu pendapat dua kupang tasha la..

Biotrue Oneday lense Kelembapan sehingga 16 Jam


Contact lenses ni tak sama dengan contact lenses yang berada di pasaran sekarang. Ia menggunakan hypergel yang direka khas untuk berfungsi seperti mata kita dengan memiliki 78% kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. 

Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sehingga 16 Jam. Kebanyakkan lenses di pasaran hanya boleh pakai lebih kurang 8 jam sahaja. Lebih dari tu akan nampak mata jadi merah sebab mata kekurangan oksigen.

Biotrue Oneday lense Membekalkan Oksigen Mata



Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia, menekankan kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata. 

Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi.

Sebab tu mata akan jadi merah dan rasa tak selesa dengan contact lenses. Kekurangan oksigen dalam mata jugak akan menyebabkan lenses menjadi kering.

Biotrue oneday lense memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari. 

Biotrue Oneday Menyediakan Perlindungan UV


Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Tapi korang juga dinadihatkan menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.


Bausch + Lomb Jenama Kesihatan Mata Proffesional

Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras mereka termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Re-nu® dan banyak lagi.

Harga Pasaran Biotrue Oneday lenses


Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping contact lenses ini boleh didapati di kedai optik terkemuka di seluruh negara. 

Contact lenses ni ada power tau. Boleh cover power sampai 900. So, dah boleh letak tepi cermin mata korang yang tebal tu. Pakai ja ni... hehehe

Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.

cepat dapatkan di kedai optik berhampiran anda.


When you know what your eyes truly need, you choose Biotrue, ONEday.



Cara Mengurangkan Rabun Mata

Cara Mengurangkan Rabun Mata | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekarang ni macam dah jadi trend ka orang yang tak rabun pun nak pakai cermin mata. Konon Hipster la. Tapi hampa tau dak, kami yang rabun ni punya la nak mata kami sihat semula. Tak mau pakai cermin mata... 

Rimas tau dak... 100% kena bergantung harap pada cermin mata ja. Kadang-kadang pernah jugak lupa letak mana cermin mata. Bayangkanlah orang rabun cari cermin mata macam mana.... Jenuh nak belek.. Susah dia tu macam dok cari lubang cacing...


Lepas tu orang yang pakai cermin mata ni tudung mesti kembang kat atas. Susah betul nak bergaya. Pernah jugak niat nak pakai lens, tapi risau. Tengok macam-macam kes dah la ni pasal lens. Kena betul-betul jaga. Tak boleh pakai lama-lama. Pernah member pakai lens, lepas tu dia tertidur... buka mata ja lens dah lari pi kat tepi.. Sampai kena bawak pi klinik la.. Dah la tasha ni kaki tidur tak kira masa. Susah la nak pakai lens ni...


Baru-baru ni tasha pi check mata. Ya Allah, power mata kiri makin naik. Bukan sikit tau. Dari 75 ke 200. Terkejut jugak la. Silau tok sah dok cerita la.. Memang tinggi pun silau tasha. 

Nak buat lasik? Seram weh... hahaha.... Lagipun lasik ni mahal. Belum mampu lagi. Nak belajar pun pinjam PTPTN... hehehe... Lasik ni pun ada sorang member baru ja buat. Tapi dia cakap tak da effect apa-apa pun. Then dia pakai cermin mata balik. *Mungkin tempat yang dia buat tu tak ok kot*. Lagipun kalau buat lasik peratusan untuk rabun kembali tu tetap ada kan. Teringin nak buat lasik tapi kos tinggi sangat and tasha sangat penakut.. Boleh tak pengsankan masa buat lasik???

Lepas tu ada kawan suggest untuk try Tri Pearl eyecare. Mana tau boleh kurangkan rabun ni. Jadi tasha akan cuba dulu, kalau berkesan nanti tasha story lagi dalam ni. Kita ikhtiar selagi mampu.


Ni tasha nak share kebaikan Tripearl Eyecare. Tripearl Eyecare diformulasikan dari herba dan buah-buahan yang khusus untuk kesihatan mata. Mengikut kajian, bahan-bahannya diakui sangat baik untuk menjaga dan merawat mata.

kandungan terbaik dalam Tripearl Eyecare 


1) Lutein - Berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina. 
2) Jus Oren - Mengandungi vitamin C, serat, folat, kalsium, dan kalium. Vitamin C dapat membantu mencegah risiko kekeruhan pada lensa mata (katarak). 
3) Madu - Madu mengandung flavonoid, antioksidan dan prebiotic alami. Madu berfungsi mempertajam penglihatan dan menjaga kesihatan mata. 
4) Lobak Merah - Kaya dengan Beta-Carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A yang diperlukan oleh retina mata. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. 
5) Tomato - Mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata dan juga bertindak untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. 
6) Bilberry - Digunakan untuk mengatasi gangguan pembuluh darah dan penyakit mata kerana mengandung zat aktif yang disebut antosianosida atau lebih dikenal dengan antioksidan. 
7) Sunflower Seeds - Merupakan sumber yang sangat baik dari vitamin E dan bertindak sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan mata, 
8) Brokoli - Mengaktifkan enzim anti-radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata. Mempunyai beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C, K, dan mineral seperti kalsium juga zat besi bertindak menjaga kesihatan mata.


Maklumat lanjut hubungi

Whatsapp : 013 - 3690717