Showing posts with label kisah tasha aqisha. Show all posts
Showing posts with label kisah tasha aqisha. Show all posts

Bye 2017, Welcome 2018!


Bye 2017, Welcome 2018! | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Akhirnya tirai 2017 telah pun berlabuh. Kini bermulalah kehidupan yang baru bagi tahun 2018. And.... Happy New Year Guys... 

Tahun 2018 ni juga merupakan tahun yang akan mengubah life tasha. In Shaa Allah dalam beberapa hari lagi tasha akan tamat pengajian di UPSI dan akan mula melangkah ke alam pekerjaan pula. Serius, macam-macam dalam fikiran sekarang ni. Sekarang ni slowly plan perancangan masa depan. Terutamanya perkara yang melibatkan kerjaya. Nak kerja apa? Kat mana? Boleh ke survuve sorang-sorang nanti? Ermm, risau pun ada..

Tapi, apa yang penting sekarang yang perlu tasha hadap sekarang adalah FYP dan FINAL EXAM. Wish Me Luck... 


Semakin Dewasa


Semakin Dewasa | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semakin dewasakah aku? Acap kali ayat ni bermain di minda. Entah. Tak pasti. Kadang-kadang perangai tak sepadan dengan usia. Selalu membandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Cara pemikiran, lifestyle, malah cara pemakaian mereka pun lain dari diri ni. 

Sampaikan ada yang salah anggap pada usia tasha ni. Ada yang masih fikir tasha dibangku sekolah. Padahal ramai pada usia ni selayaknya sudah bekerja ataupun sudah berumah tangga. Tasha?? Masih sibuk fikir dengan assignment. Fikir macam mana nak survive sampai hujung sem tanpa minta belanja dari mak ayah. 

Lambakan dalam media sosial, budak belasan tahun sudah pandai bergaya. Make up, dressing.. mereka lebih arif dalam bab ni. Entah la mana dorang dapat duit beli macam-macam. Kalau mak ayah tasha dulu bagi duit buat belanja makan ja kat sekolah.

 Tapi, tasha bersyukur sebab pada seusia mereka, tasha tak terdedah dengan dunia sebegitu. Masih sempat menikmati zaman tanpa gadget, zaman yang tak peduli kau hitam ke putih, tudung kau senget ke tak. Yang aku tau nak main ja. 

Pejam celik pejam celik. Dah tak lama nak habis zaman study. Tinggal beberapa bulan ja lagi. Dah bersedia ke nak hadapi alam selepas belajar? 

Lebih banyak cabaran dan dugaan. Sudah kuatkah mental dan fizikal??? 

Mohon dikuatkan.. dah la kuat cengeng... 
😰😰