Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

REVIEW: AKHIR




AKHIR (ISMI FA ISMAIL)



TAK PAYAH SINOPSIS. ANDA DAH TAU BUKU INI TENTANG APA. YANG ANDA PERLU TAHU SEKARANG, INI YANG AKHIR. TAK ADA DAH LEPAS NI. SEBAB SAYA DAH LETIH. LELAH HIDUP DALAM KEGELAPAN. BIAR BUKU INI YANG MENJADI AKHIR KEPADA SESEBUAH KISAH. JUGA KEPADA SETANGKAI NYAWA YANG DALAM BEBERAPA TAHUN INI BERAYUN LONGLAI. SAYA TAK MAHU SEKSA DIA TERUS. SAYA BUKAN KEJAM. SAYA HANYA SEORANG YANG MENYAMPAIKAN SEBUAH CERITA, TENTANG SEBUAH NOVEL HITAM YANG KEWUJUDANNYA HANYA MENDUNDANG RASA SAKIT, PEDIH, NGILU, PELIK, TAKUT, KECEWA, MARAH, BENCI... SEDIH. RASA-RASA YANG SAYA TAK PASAL-PASAL JUGA KENA LALUI SEBAGAI PENULIS. SEMUA INI, HANYA KERANA NAK MENGISI MASA LAPANG ANDA. JADI NAH. AMBIL DAN BACA. BUKU INI MUNGKIN TIDAK SEBAGUS YANG ANDA HARAPKAN. TAPI INI YANG TERAKHIR. SEKURANG-KURANGNYA HARGAILAH IA ATAS SEBAB ITU.
Begitulah sinopsis bagi novel ini... Memang inilah yang terakhir. kisah yang bakal merungkaikan segala yang terkunci... membongkarkan segala kisah yang telah lama disimpan hanya kerana dia. Dialah teman.. Dialah pelindung... Seseorang yang sukar dilihat... Hanya berbisik... berbisik pada angin.... Dan mangsa hanya tersenyum... seolah gembira dengan semua yang terjadi... 

Ketika membaca novel ini kadang diri ini terbawa-bawa dengan situasi yang dalam novel... berhalusinasi tentang kehadiran mereka... bunyi-bunyi seolah membawa petanda kepada sesuatu... dan pengulangan ayat yang sama sebanyak 7 muka surat... disengajakan atau kesalahan typo??? 

Bila kegelapan diapit satu amaran di sisi kirinya dan sebuah simbol kematian di sisi kanannya, pintu pengantara dua alam akan terbuka.


Sinopsis Novel HITAM



REVIEW: TIADA TAJUK




TIADA TAJUK (ISMI FA ISMAIL)


NAK GEMBIRA? NAK TERSENYUM? NAK BAHAGIA? NAK KETENANGAN? NAK HARAPAN? NAK KESEMPURNAAN??
TAK PAYAH.
KALAU NAK JUGA, JANGAN BACA NOVEL NI. TUTUP DAN BUANG JAUH-JAUH. SEBAB NOVEL NI UNTUK MEREKA YANG MAHU MERASA KETIADAAN... JANGAN GUSAR DENGAN KULITNYA YANG KOSONG. MEMANG BEGITU. SEBAB NOVEL NI TAK ADA TAJUK. DAN IA ADALAH SEBUAH SEKUEL. SEKUEL KEPADA APA YANG ANDA TANYA? CARI SENDIRI. NOVEL SAYA SEBELUM INI YANG KULITNYA HITAM DAN BERTULISAN MERAH MACAM DARAH. BACA YANG ITU DULU. BARU ANDA BOLEH MERASAI KETIADAAN YANG NOVEL INI INGIN TAWARKAN. UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI NILAI SEBUAH MISTERI. DAN UNTUK MEREKA YANG MERASAKAN BAHAWA TAKUT ITU ADALAH TEMAN.
Itulah sinopsis TT yang merupakan sambungan kepada JANGAN BACA NOVEL NI. Apa yang dapat tasha katakan TT ini merupakan rungkaian segala persoalan yang terdapat dalam JBNN. Ia mengisahkan 2 tahun selepas MUNIR dibebaskan dari pusat rawatan mental dan ADIB berusia 9 tahun. ADIB mempunyai akal yang luar biasa... pemikirannya seperti orang dewasa. Kata-katanya penuh fakta dan logik sehinggakan memeningkan kepala orang lain memikirkannya.huh...

"Abang Munir buat apa?"
"tak ada apa-apa. abang munir cuma jenguk adib. sorry la kalau abang munir kejutkan adib. abang munir tak sengaja... "
"tak lah. aku bangun bukan sebab abang munir. tapi sebab aku mimpi buruk."
"sebelum tidur tadi adib tak basuh kaki dulu kut. tu yang mimpi buruk tu..."
"mimpi adalah pengimejan di bawah paras sedar yang semua manusia alami abang munir. samada aku basuh kaki ataupun tak sebelum tidur, ianya adalah tidak signifikan dengan kandungan mimpi aku. sebaliknya banyak faktor-faktor lain. seperti pengalaman lampau yang mengulang tayang. rembesan tenaga yang dilepaskan oleh penumpuan minda terhadap sesuatu emosi. ataupun pemprosesan maklumat dalam otak yang terbeku lalu memannifestasikan dirinya dalam bentuk mimpi, " terang adib panjang lebar. matanya bulat dan segar. langsung tak macam orang yang bangun dari tidur.
"oh..."

TT ini juga merupakan permulaan bagi beberapa pembunuhan bersiri "PEMBUNUHAN BATIK BIRU" setiap kali pembunuhan terdapat cerita-cerita pendek dengan mangsa....

KISAH 1 : transformasi tanpa sempadan
KISAH 2:  tak bersayap bukan penghalang
KISAH 3:  jangka, sedia, ubah
KISAH 4: yang pergi akan kembali
KISAH AKHIR: perempuan terpilih

Siapa adib sebenarnya? Siapa pula HAN?
tap mereka ada misi
cuma satu...

"mengubah manusia sedikit demi sedikit sehingga semuanya ter __  __ __ __ __



REVIEW: JANGAN BACA NOVEL NI





JANGAN BACA NOVEL NI (ismi fa ismail)

KALAU ASYIK BACA NOVEL CINTA SAJA PUN KADANG-KADANG BOSAN JUGA KAN? TRY NOVEL NI. TAPI JANGAN BACA SEORANG DIRI. MAKE SURE ADA TEMAN. SEBAB ADA KEMUNGKINAN ANDA AKAN MERASA ANEH, JUGA BERHALUSINASI BENDA YANG BUKAN-BUKAN. NOVEL INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT. TAPI UNTUK MEREKA YANG INGIN MENJANA MINDA DAN MENGUATKAN JANTUNG. SEBAB SEMAKIN JAUH MEMBACA, OTAK ANDA AKAN SEMAKIN LIGAT BERPUTAR DAN JANTUNG ANDA AKAN SEMAKIN KUAT BERDEBAR-DEBAR. TAK PERCAYA? CUBALAH.
berikut merupakan sinopsis novel JBNN. Memang... kalau boleh jangan baca... Sebab semakin lama semakin kita rasa menyesal... tapi disebabkan sifat ingin tahu kenapa? mengapa? siapa? itulah yang mendorong tasha meneruskan pembacaan. Tapi, tasha berani baca waktu siang ja.. hihihi... 

Novel ni seorang polis yang bernama MUNIR yang telah berjumpa seorang kanak-kanak lelaki bernama ADIB berusia 7 tahun. Sejak bertemu dengan adib, pelbagai kejadian pelik berlaku. Dan apa yang lebih pelik novel yang diberi oleh adib kepada munir mempunyai persamaan dengan dunia realiti. Terdapat beberapa cerita seram yang terkandung dalam novel yang diberi adib seperti 
  1. KACUK: Aku bukan binatang (kenapa jadi kucing jadian?)
  2. TERAPUNG:jom kita terbang nak tak? (kanak-kanak boleh terbang. Disahkan hilang. meninggal.. )
  3. RAMALAN: masa depan yang menakutkan (bunuh keluarga untuk protect keluarga dari dibunuh orang lain?)
  4. TUMPANG: saya tumpang sekejap je (mati hidup semula? dan mati lagi.... )
  5. TELEFON: tolong hubungi saya... tolonglah.... (kenapa nak hubungi dia? siapa dia?)
  6. BUNGA KEMATIAN:seputih kemboja (dia ada di setiap kali ada kematian. Baginya kematian adalah sesuatu yang suci)
  7. BATIK SENTUNG BIRU: penguraian (mengandung tapi masih dara.. anak hantu? )

Semua kisah ini telah membuatkan MUNIR di masukkan ke pusat rawatan mental. Kenapa?? Nak tahu kena la baca... ^^