Showing posts with label ragam. Show all posts
Showing posts with label ragam. Show all posts

SEMAKAN STATUS KADS1M ATAS TALIAN


SEMAKAN STATUS KADS1M ATAS TALIAN

Berjanggutlah nak menunggu. Ingatkan boleh la dapat awal, so tasha letakla cawangan Shah Alam. Dah memang stay situ sepanjang praktikal. Tapi sampai sekarang tak dapat email apa-apa lagi. Praktikal pun tinggal dua minggu ja lagi. 

Call bank rakyat dia cakap status permohonan ada. Tapi tunggu kelulusan ja. Cawangan yang tasha pilih Shah Alam. kalau Shah Alam dia cakap nak tukar tak boleh. Ya Ka?? Jenuh la pulak nak pi Shah Alam nanti. Ingat murah ka tambang dari Langkawi ke Shah Alam. haishhhhh.............

KENYATAAN MEDIA




Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.

Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya

26 Mei 2017

Cara membuat semakan Kads1m

Korang boleh membuat semakan di link ini >> Semak Status KADS1M << bermula dari 1 Jun 2017


Hadapi Konflik Rakan Serumah

kredit google

Hadapi Konflik Rakan Serumah
| Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Rata-rata mesti pernah menyewa ramai-ramai kan. Sama ada korang bekerja atau belajar mesti pernah duduk rumah sewa. kalau duduk satu rumah dengan orang yang memang kita dah kenal perangai dia tak pa. Masalah biasanya timbul bila kita menyewa dengan orang yang kita tak pernah kenal. Tak pernah tahu perangai dia macam mana. Sepanjang di Upsi, untuk cari rumah sewa memang tasha akan menyewa dengan kawan-kawan yang tasha kenal perangai masing-masing. Tapi bila dah praktikal, tasha dengan kawan perlu sewa rumah dengan orang yang tasha tak kenal langsung. 

Pertama Kali Masuk Rumah Sewa

awal-awal masuk rumah

Tempat pertama tasha tuju masa sampai rumah ni adalah dapur. Sangat-sangat terkejut sebab tak nampak rupa dapur langsung. Nampak macam rupa stor rumah yang tak ada penghuni. Bukan setakat kotor tapi bau tu.. Mashaa Allah..boleh tahan jugaklah. Buka peti ais, semua barang-barang lama yang dah berkurun. Macam tak ada orang ambik peduli pasal dapur. Padahal rumah tu ada ja orang. Ada yang dah stay lebih dari sebulan. Takkan la dalam tempoh sebulan tak ada orang nak bersihkan. 


tak tau nak cakap apa


Keesokkannya tu tasha ajak kawan tasha untuk bersihkan dapur. Kalau nak tunggu dapur ni bersih sendiri, sampai bila-bila la tak bersih. Start alihkan barang-barang besar, buang sampah yang dah membusuk. Tahan nafas ja la. Habis lantai, dinding kami sental. Tepi sinki tu ada lubang air. Bila basuh lantai kami tolak la air masuk lubang tu. Rupanya lubang tu tersumbat. Rasnya putih-putih atas lantai tu sabun basuh baju la kot. Dorang basuh baju paip mesin basuh tu letak dalam lubang tu. Bila dah tersumbat, melimpah la air keluar. Lepas tu tak pandai nak bersihkan. 

ni lepas dah habis sental lantai dinding. Dah susun semula perabot. 
Lepas ja kami bersih. Dorang pun cakap, "kami memang nak bersih, tapi tak sempat. Balik kerja terus penat.." Dalam hati ni, cakap ja bukan hujung minggu cuti ka?

Hari tu kami dah start masak, ada la sikit lauk yang tak habis. Member pun letak la dalam peti ais tu. Lupa nak tutup dengan penutup makanan. Then terus kena tegur dalam group whatsapp. Katanya berbau la. Habis busuk peti ais tu. Sampah yang baru dua hari tak buang pun dia tegur suruh buang. Ok Fine. Start dari hari tu tasha dengan member, tiap-tiap hari akan buang sampah sebelum pergi kerja. Sikit ka banyak ka memang akan buang sampah masing-masing. 

Tak Boleh Terima Teguran Orang


Hari tu cuti sekolah seminggu, Tasha dengan member pun balik la kampung. Sebelum balik tu perasan ada sampah kat dapur tu. Balik ja dari tu tengok ada lagi sampah tu. Sampai naik ulat berbau habis. Tengok sampah-sampah tu macam budak tu punya. Sebab memang dia ja yang makan pasta dalam rumah ni. Sebab dah tak tahan bau, kami terus ambik buang. 

Tak lama lepas tu jadi balik. Sampah kumpul-kumpul dia tak buang. Kalau sampah kering boleh terima lagi. Ni sampah basah, memang berbau la kalau tak buang lama-lama. Bukan sehari dua tak bauang. Seminggu lebih sampai beranak pinak ulat-ulat tu. Then tasha tegur dalam group whatsapp (Guna group whatsapp sebab masing-masing susah nak jumpa, balik kerja terus dok dalam bilik masing-masing). Member jugak ambik buang sampah tu. Kalau tasha memang biar ja nak tengok selama mana dia nak peram sampah tu. Banyak benda yang dia tegur kami, Kami terima ja teguran tu. Lepas masak mop lantai balik. Sampah buang selalu. Peti ais bersih jangan bagi ada bau. Tapi sayur yang dia beli sampai berair keluar dari peti ais tu. 

Basuh Baju Tinggal Lama-lama

Satu lagi tabiat dia yang tasha tak suka adalah suka basuh baju tinggal lama-lama. Dia boleh pergi keluar. Tu bukan mesin automatik. Ye la, orang lain pun nak basuh jugak. Pernah dia basuh baju malam. Then esok pagi pergi dapur tengok ada lagi dalam mesin tu. Ingat balik kerja tasha nak basuh la baju tasha pulak. Balik kerja pun tengok ada lagi. Tunggu je la petang sikit. Mungkin dia keluar kerja ka.. Sebab dia punya masa kerja tak menentu. Entah la. Tak tau kerja apa dia buat. Dalam pukul 5, member cakap dia balik rumah, putar lagi mesin tu. Pastu keluar balik. 

Dah pukul 7 lebih tasha turun tengok elok ja baju tu dalam tu lagi. Terus tasha alihkan baju tu dalam baldi dia. Baju tu dah siap basuh, tapi tak tau la kenapa dia rendam softener lama-lama. Ya la nak tunggu dia balik tak tahu bila nak boleh basuh baju. Banyak lagi benda nak buat. Macam mesin basuh tu dia punya pulak. Lepas settle basuh baju, tasha masuk bilik. Tak lama lepas tu ada dia hantar whatsapp, marah-marah sebab orang alihkan baju dia. Katanya tak boleh sabar ke? Dia bukannya basuh baju tinggal seminggu pun. (Nak perli tasha tegur pasal sampah la tu.. hahah... )

Tak da hak la nak sentuh barang-barang dia. Tasha apa lagi terus sound dia balik. Ya la Kalau tak nak orang sentuh barang tu, settle la cepat-cepat baju tu. Tak ada orang basuh baju 24 jam baru siap. Ingat baju dari emas ka apa? Orang lain boleh ja basuh terus siap. Taak sampai 1 jam pun dah boleh sidai baju tu. Kalau nak keluar berjalan pun, settle la dulu apa yang patut. Mesin tu bukan hak seorang. Masing-masing menyewa. 

Teguran Untuk Baiki Diri Kita 

Kita boleh nak menegur orang. Tapi biarlah teguran tu untuk kita perbaiki diri kita jugak. Kalau kita tegur oarang, tapi kita pun masih tak berubah. Tak guna jugak. Adab menyewa ni kita kena sama-sama jaga. Sama-sama bersihkan. Rakan serumah bukan bibik nak buang sampah untuk kita hari-hari. So, sebelum korang nak menyewa dengan oarng yang korang tak kenal, korang wajib baca Tips Menyewa ni. Kalau boleh, awal-awal masuk rumah listkan apa yang boleh dan tak boleh. Peraturan dalam rumah tu. 

Dan bila ada yang menegur tu, terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan nak meroyan tak tentu pasal bila tahu tu adalah salah sendiri. Tasha memang jenis tak banyak cakap. Lebih banyak memerhati. Still respect as long as orang tu respect tasha. kalau tasha menegur pun, tak pernah tasha nak maki-maki, keluarkan kata kesat kat orang. Even B*D*H sekali pun.


Kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita.
U make me Happy, I make you Happy.

Cara Atasi Tantrum Kanak-Kanak


Cara Atasi Tantrum Kanak-Kanak | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Early Childhood Education pada awalnya bukan minat tasha. Kiranya ni kos paksa rela. Dan Alhamdulillah, bila dah lama belajar pasal ilmu berkaitan kanak-kanak ni, makin jatuh cinta nak explore lagi dan lagi. 

Untuk pengetahuan semua juga, segala ilmu yang kami dapat dalam kos ni bukan ja berguna untuk mengajar kanak-kanak di tadika tapi berguna juga untuk mendidik bakal anak-anak kami nanti. Sebabnya dalam kos ni kami bukan ja belajar macam mana nak ajar ABC/123, tapi kami juga belajar cara nak handle tantrum kanak-kanak, nak bentuk sahsiah mereka, dan macam-macam lagi. 

Tapi belajar teori memang mudah. Yang mencabar bila nak praktikkan ilmu yang kita dapat tu. Sepanjang praktikal ni macam-macam jenis ragam kanak-kanak yang tasha jumpa. Ada yang suka nangis, kacau orang, dok sorang-sorang. Kalau nak list satu-satu ragam memang penuh satu entri ni. Tapi ingat satu movie hindustan lakonan Amir Khan dia cakap "Every Child is Special.." and I believe it. Macam mana pun ragam kanak-kanak tu, dorang sangat special, adorable, sweet, caring, mencuit hati, penghilang stress. 

Kanak-kanak Nak Perhatian

Latar belakang kanak-kanak ni jugak mempengaruhi tingkah laku mereka. Dapat dilihat kalau jenis parent sibuk dengan kerja atau bercerai, anak-anak mesti akan kurang kasih sayang. Kuat memberontak tapi cuma nakkan perhatian ja. 

Ingat lagi masa mula-mula interview nak masuk UPSI, dapat soalan "apa yang awak akan buat kalau kanak-kanak tu bergaduh sampai menangis. Awak pujuk pun dia tetap menangis..". Tasha jawab akan cuba pujuk dia sampai berhenti menangis dan nasihatkan dia. Suruh dia mintak maaf dengan kawan dia.

Kata-kata yang diucap tu tak semudah yang disangka lakukan. Perlukan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Bila dah lama kenal perangai masing-masing, In shaa Allah boleh atasi dengan baik. Budak-budak ni kalau bergaduh bukannya lama mana pun... Seminit dua boleh baik balik. Senyum-senyum, gelak-gelak... Yang payahnya masa tengah nangis tu ja.

Kalau yang tengah menangis mengamuk tu, tasha dekatkan diri dengan dia.. Panggil nama perlahan-lahan sambil urut belakang dia. Bagi dia tenang. Cakap dengan dia elok-elok sambil tengok mata dia. Bagi tasha tu satu cara untuk wujudkan perasaan kepercayaan "Cikgu ada dengan awak". Lama-lama dia akan ok. (macam babak bercinta pulak)



Tapi lama-lama bila dah dapat wujudkan keakraban tu, tasha ugut jugak kalau budak tu nangis. Bukan ugut pelik-pelik ok... tasha ugut manja-manja ja... acah-acah merajuk sikit then cakap "Cikgu tak sayang la kalau macam ni.." pastu dia sendiri faham dan datang dekat kita kononnya nak pujuk.

Tapi kalau tak makan jugak, memang kena tegas sikit. Bukan beerti kena rotan. Buat sistem time out. Duduk sorang-sorang di satu sudut dalam tempoh beberapa minit. Setakat sekarang belum sempat nak buat time out, masing-masing dah cakap tak nak. Sebab tahu kena duduk sorang-sorang kat ruang belakang. 

Tasha pengalaman baru sikit. Tapi alhamdulillah selagi kita dekatkan diri kita dengan kanak-kanak, dengar kisah dan masalah mereka, nasihatkan mereka, bagi kasih sayang, In shaa Allah nak ajak diorang belajar pun senang. Kalau jenis sebelum ni susah nak bagi kerjasama untuk belajar la. 

Kalau yang dah lama dalam bidang ni mesti lagi tebal la pengalaman dorang dalam mendidik kanak-kanak. Masih baru lagi untuk tasha bagi tips cara atasi tantrum. Tasha percaya setiap orang ada cara mereka sendiri. Dan ini adalah cara tasha. hehe... (budak hingusan cikgu praktikal)

korang jugak boleh baca Tips atasi tantrum anak-anak . Tips-tips ni jugak berkesan mengikut situasi kanak-kanak. 

jangan biarkan kesibukan membunuh kasih sayang anak2 anda

  

Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Semakin Menyusahkan


Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Semakin Menyusahkan | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. KADS1M merupakan sistem baru yang menggantikan baucer buku kepada pelajar. Untuk mendapatkan kad tersebut, pelajar perlu memohon secara online di laman web Bank Rakyat. Permohonan telah dibuka dari 16 Feb sehingga 31 Mac 2017. 

Lepas dah isi, dia akan naik macam ni. Then tunggu email ja dari bank rakyat. 
kredit Google

Sehari sebelum tarikh tutup, tasha try isi sekali lagi. Sebab ada menular di Facebook perlu isi sehingga keluar macam gambar di bawah ni. Lepas isi sekali lagi, terus keluar macam ni. So, kira macam lega la bila permohonan dah ada dalam rekod bank rakyat.


Lepas ja tarikh tutup, ada yang dah dapat email dari bank rakyat. Tapi tasha dengan kawan-kawan lain belum dapat lagi. Dalam hati, sabar ja la.. Dia buat secara berperingkatkan. Makin hari makin di tunggu, tak dapat jugak. Tasha try isi lagi. Banyak kali la jugak. Tapi dah tak naik macam gambar kat atas tu.

Naik macam biasa ja "Pendaftaran Anda Telah Berjaya"

Hari-hari buka email, tapi tak ada pun email dari bank rakyat. At the end, tasha ambil keputusan untuk call bank rakyat. Untuk tahu status permohonan tasha. Bagi ic untuk dia semak. Nak tahu apa dia cakap??? "Maaf cik, nama tiada dalam rekod. Cik perlu isi semula." Habis yang dok isi selama ni benda apa?? Dah isi cakap berjaya tapi tak ada dalam rekod??? "Dalam 2 3 hari, baru akan diproses dalam sistem." Ok Fine.....

Buat la satu sistem yang boleh pelajar check permohonan kami ni betul-betul diterima oleh sistem atau tidak. Kalau diterima tulis situ "SEDANG DI PROSES". Sedap jugak mata tengok. Tau jugak status terkini. Ni alih-alih tak dak dalam rekod. 

Lepas ja call hari tu, tasha isi lagi. Entah kali yang keberapa. Sampai tak terkira. Kelmarin tasha try call lagi. Sakitnya hati ni, bila dia cakap tak ada dalam rekod lagi. Memang menguji kesabaran betul la. Kenapa la sistem ni semakin menyusahkan pelajar. Ka memang tak nak bagi sebab budget tak ada????   Kata nak bantu pelajar tapi sistem menyusahkan. Nak kena call, nak kena isi semula.. 

Lepas ja tasha bebel kat orang bank rakyat tu, dia mintak detail tasha. Katanya nak isi secara manual. Lepas tu dia cakap dia ambil report tasha tu untuk hantar ke bahagian mana tah. lepas tu akan hantar nama ke KPT. Kalau diluluskan baru dapat email. WHAT???

Kalau diluluskan...???

Tasha tanya la, ada yang tak kan dapat ka? Dia cakap ya. Ada yang takkan dapat. Atas faktor apa  tak dapat tu, dia tak tahu. Katanya KPT yang pilih. Betul ke???

Arghhhh, kenapa la semakin menyusahkan... 

Korang alami jugak tak amcam tasha? Apa tindakan korang buat ea?? 



10 Jenis Fobia

Jenis-jenis fobia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Setiap orang mesti ada fobia atau ketakutan kepada sesuatu kan. Ada jugak yang fobia biasa-biasa, dan ada jugak yang boleh memudaratkan diri. Tahu tak setiap fobia kita ni ada istilah yang tersendiri.

Ailurophobia - Fobia pada kucing

Androphobia - Fobia pada lelaki

Agoraphobia - Fobia pada tempat terbuka atau ramai orang

Altophobia - Fobia pada ketinggian

Amaxophobia - Fobia menaiki kereta

Astraphobia - Fobia pada petir atau kilat

Achluophobia - Fobia pada kegelapan

Acousticophobia - Fobia pada bunyi

Ataxophobia - Fobia pada benda yang bersepah atau tidak kemas

Athazagoraphobia - Fobia bila dilupa atau diabaikan

Anda fobia yang mana satu??





This entry was posted in

Manusia Dengan Kebolehan Luar Biasa

Manusia Dengan Kebolehan Luar Biasa | Jom kenali manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa.


Dean Karnazes 

Mempunyai kebolehan bermarathon berhari-hari tanpa perlu tidur. Pada 2005, Dean berlari sejauh 560 KM dalam masa 80 jam dan 44 minit tanpa tidur. Dia juga boleh bermarathon untuk 50 hari berturut-turut. Dean mempunyai kebolehan ini kerana ototnya tidak letih sebagaimana otot manusia normal


Velu 

Mempunyai kebolehan menarik berat beratus-ratus tan dengan menggunakan giginya dan memegang rekod dunia tren terberat yang p

Rekod luar biasa ini dipegang oleh Velu Rathakrishnan yang menggunakan giginya untuk menarik dua gerabak kereta api komuter KTM dengan berat keseluruhan 260.8 tan. Velu berjaya menarik gerabak itu sejauh 4.2 meter di landasan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2003.



Wim Hof 

mempunyai keistimewaan dari segi pengeluaran haba oleh badannya. Pernah muncul dalam episode Ripley's Belive It or Not, Wim Hof yang digelar sebagai "Iceman" boleh mengawal sistem badannya untuk tahan ketika suhu sejuk melampau.

Hof pernah memanjat Gunung Kilimajaro denga hanya memakai seluar pendek, menghabiskan marathon dalam suhu -20 darjah celcius dan boleh bertahan di dalam ais selama 1 jam 13 minit.


Veronica Seider 

memegang rekod dunia apabila boleh mengenalpasti objek kecil tanpa sebarang bantuan dari teknologi.

Pada 1972, Universiti of Stuttgart melaporkan salah seorang dari pelajarnya, Veronica Seider, mempunyai penglihatan yang 20 kali lebih baik dari orang normal. Contohnya, dia boleh mengenal pasti wajah seseorang dari jarak lebih 1.6 KM. 



Isao 

mempunyai daya refleks yang luar biasa sehinggakan dia mampu membelah peluru di udara menggunakan pedang.

Isao, seorang guru dalam seni mempertahankan diri Jepun, Iaido, memegang rekod dunia untuk kebolehannya itu



Al Herpin 

adalah seorang rakyat Amerika yang diberi jolokan lelaki yang tidak pernah tidur. Al Herpin mendakwa dia diserang kes insomnia yang jarang berlaku, menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Pakar medikal yang ingin mengetahui kesahihan tentang dakwaan Al Herpin terkejut apabila mendapati rumahnya tidak mempunyai katil perabot untuk tidur melainkan sebuah kerusi malas. Al Herpin berkata dia hanya menggunakan kerusi malas itu untuk berehat selepas pulang kerja, kemudian membaca di atas kerusi malas itu sehingga subuh sebelum pergi kerja semula.


Liew Thow Lin 

Lelaki yang dikenali sebagai manusia magnet ini mempunyai keupayaan unik melekatkan objek besi di badannya.

Apa yang memeranjatkan, Liew boleh melekatkan besi seberat 36KG di badannya. Laporan menyatakan, setelah kajian dilakukan oleh pakar, didapati badannya tidak mempunyai sebarang unsur magnetik. Namun kulit Liew dikatakan mempunyai daya geseran yang tinggi sehingga menyebabkan 'suction effect'.







Tips Kekalkan Hubungan Jarak Jauh


Tips Kekalkan Hubungan Jarak Jauh | Jatuh cinta tu mudah tapi nak mempertahankannya bukanlah senang seperti apa yang tertulis dalam bait-bait cinta.

Perlu ada pengorbanan dan juga tanggungjawab. Adakala, bergaduh itu merupakan suatu perkara yang biasa dalam sesuatu perhubungan. 

Juga, sesekali ada waktu di mana keadaaan menjadi sukar buat kamu berdua disebabkan komitmen kerja/belajar.

Jangan sesekali biarkan pasangan kamu merasa sendiri biarpun sedang in relationship. Apatah lagi mengabaikannya

Nah, 10 perkara ini akan menyedarkannya yang kamu selalu ada dalam susah dan senang. 

1) Walaupun kamu berdua sibuk dengan hal masing-masing, janganlah sesekali lupa untuk meluangkan waktu bersama.

2) Jumlah kilometer bukanlah penghalang untuk kamu berdua sentiasa bersama. Sentiasalah berhubung dan jangan sesekali hilang tanpa khabar berita. Bak kata orang, biar jauh di mana namun dekat di hati.

3) Bila si dia menghadapi sesuatu ujian, jangan lupa tugas kamu sebagai tulang belakangnya. Jangan biarkan si dia terasa seperti tiada sapa bersamanya. Ingat janji-janji kamu dahulu, susah dan senang kamu berdua akan sentiasa bersama.

4) Mungkin ada kalanya kamu tidak berapa setuju dengan caranya tetapi janganlah sampai melukakan perasaannya. Beritahu atau tegurnya dengan cara yang lembut.

5) Hormat dan kepercayaan itulah kunci utama yang harus kamu pegang. Jangan sesekali suka menuduh si dia yang bukan-bukan.

6) Sekiranya si dia memberi nasihat, terima dan ambil sebagai pengajaran jika ia benar dan boleh diterima pakai. Bukannya dengan membantah dan berkata, “kau ingat kau je sempurna!”

7) Jika kamu bercuti ke mana-mana, jangan lupa belikan sedikit buah tangan untuknya. Si dia pasti teruja kerana dirinya masih ada dalam fikiran kamu.

8) Walaupun si dia cuba menyembunyikan kesedihannya kepada kamu, jadilah orang pertama yang tahu keadaannya. Jangan sesekali kamu mengabaikan apa yang dia rasakan. Elak daripada berperasaan seperti “HATI KERING’.

9) Kamu berdua mempunyai hala tuju yang berbeza. Namun ingat! jangan pernah sesekali lupa untuk memberi dorongan agar si dia terus mengejar cita-citanya.

10) Bercinta bukanlah bermaksud kamu boleh memonopoli semua kehidupannya. Ingat, si dia masih ada hak dan privasi yang harus kamu hormati.

credit: remaja



7 Kesilapan Semasa Interview



7 Kesilapan Semasa Interview | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tidak semua syarikat di dunia mementingkan resume yang diberikan pemburu kerja semasa temuduga. Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.

Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.

Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.

7 kesilapan besar semasa temuduga


1. Postur duduk atau diri yang teruk

Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.

Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.

2. Jabat tangan yang 'buruk'

Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.

3. Tangan berpeluh

Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.

4. Kurang Eye Contact

Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.

Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!

5. Gelisah

Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.

6. Nampak bosan

Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.

7. Senyumlah!

Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.





20 Fakta Lelaki Yang Kamu Patut Tahu


20 Fakta Lelaki Yang Kamu Patut Tahu | Tidak dinafikan kaum lelaki agak misteri, gemar menyembunyikan sesuatu dan berahsia. 

Jom singkap 20 fakta dan misteri seorang lelaki untuk memahami dan mengenali mereka dengan lebih baik bila menjalinkan hubungan.

1. Lelaki memang suka perempuan yang cantik, namun tidak semua yang akan bersungguh-sungguh untuk mendekati perempuan tersebut kerana bagi mereka, mereka hanya suka melihat sahaja.

2. Lelaki boleh mengambil masa beberapa minit sahaja menyukai seseorang! Malah, mereka juga boleh melupakan seseorang dalam sekelip mata!

3. “Awak buat apa tuh?” atau “Awak dah makan?” itu memang soalan lazim mereka untuk memulakan perbualan. Ini adalah satu teknik lelaki untuk membuangkan gugupnya ketika berbicara dengan kamu.

4. Lelaki lebih terpikat dengan perempuan yang ‘jual mahal’ kerana bagi mereka lebih mencabar.

5. Buat pengetahuan kamu, lelaki suka jika tangannya di sentuh oleh pasangannya tidak kiralah sama ada sengaja atau tidak di sengajakan. (tapi kalau belum kahwin, kau lempang je dia okey )

6. Hati-hati ketika menghantar pesanan ringkas pada seorang lelaki, kerana jika kamu hantar pesanan yang tidak lengkap mereka akan terus ‘jump into the conclusion’.

7. Lelaki memang nakal, adakalanya sampai boleh di katakan ‘ulat bulu naik daun’ jugalah. Namun, di sebalik kenakalan mereka, bila mereka berhadapan dengan wanita idaman mereka akan terdiam dan membisu seribu bahasa. Percayalah!

8. Jika kamu kata ‘TIDAK’ pada lelaki, mereka tidak akan terus berputus asa. Malah mereka akan menganggap perkataan itu seperti ‘Sila cuba lagi!’.

9. Lelaki suka seorang perempuan yang kelakar, spontan, dan agak kalam kabut (in a good way) kerana, bagi mereka perempuan seperti ini comel dan boleh membuatkan hatinya sentiasa tercuit.

10. Mereka sangat berharap mempunyai seorang kekasih hati yang boleh di jadikan sebagai ‘geng kamcing’ mereka juga.

11. Kamu boleh menguji kesetiaan dan keikhlasan seorang lelaki, namun jangan berterusan dan berlarutan kerana lama kelamaan mereka akan mula hilang minat dengan kamu.

12. Lelaki lebih suka meminta nasihat dan pandangan daripada kaum sejenisnya sahaja manakala perempuan pula hanya tempat meluahkan isi hati dan rasa.

13. Jika si dia suka mengusik kamu sehingga adakalanya membuatkan kamu tersipu-sipu itu bermakna si dia menyukai kamu.

14. Mereka akan menjadi ‘singa’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi bila dengan kekasih hati mereka akan terus bertukar menjadi ‘kucing’ yang paling jinak dan manja.

15. Walaupun dalam keadaan cemas dan tegang mereka akan sentiasa berlagak ‘cool’ dan tenang untuk menghadapinya. Padahal dalam hati degupannya dah seakan bunyi ‘heavy metal’. Jadi nak tahu si dia betul-betul cuba menyembunyikan gugupnya atau sebaliknya lihat adakah si dia berpeluh atau tidak.

16. Jika lelaki kata dia gagal mengenali kamu itu bermakna si dia cuba ingin memberitahu kamu tidak ‘sekepala’ dengannya.

17. Sekirannya kamu di jadikan sebagai tempat mengadu nasib tentang hubungan dengan kekasih hatinya percayalah, selepas sahaja dia memutuskan hubungan kamu pasti akan dijadikan sebagai penganti! Kerana mereka akan tertarik dengan sikap penyabar dan keikhlasan kamu berkawan dengannya.

18. Jika di siang hari mereka menghabiskan masa dengan berpuluh wanita yang berbeza, di malam hari sebelum melelapkan mata hanya akan ada satu nama sahaja yang bermain di fikirannya.

19. Lelaki lebih cerewet memilih pasangan hidup. Jadi, hati-hati ya kaum perempuan kerana tidak semestinya kamu sudah bersama dengannya 10 tahun kamu confirm akan jadi pasangan hidupnya.

20. Mereka lebih tertarik dengan perempuan yang jauh lebih tua daripadanya ketika mereka berusia 23 tahun ke atas kerana sewaktu itu mereka mula memikirkan sesuatu hubungan yang lebih serius berbanding biasa.