Showing posts with label style jam tangan wanita. Show all posts
Showing posts with label style jam tangan wanita. Show all posts

Syoknya Shopping di ezbuy Malaysia



Syoknya Shopping di ezbuy Malaysia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Zaman semakin canggih sekarang. Nak beli barang pun dah tak payah keluar rumah, tak payah bazir masa siap cantik-cantik pergi shopping komples, tak payah beratur panjang-panjang sebab nak beli barang masa ada buat offer besar-besaran. 

Dok rumah, buka laptop, klik-klik, bayar dan tunggu kat rumah ja barang sampai. Kalau barang tu dari oversea dah tak payah susah-susah beli tiket flight ke sana dah. Beli secara online ja. Sekarang semua dah dihujung jari. 

Buat kaki shopping online macam tasha memang rugi kalau anda tak baca entry ni. Sebab tasha akan kenalkan satu laman web shopping yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang murah kebabom. Ok, let check it out!

 ezbuy


Apa itu ezbuy?

ezbuy adalah laman web shopping online yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. ezbuy menawarkan barangan dari China, Taiwan, Amerika Syarikat kepada penduduk Malaysia, Singapore, Australia, Thailand, Indonesia dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan ke negara lain. Barang ini terus diimport dari pengeluar luar negara jadi harga yang akan diperolehi adalah lebih murah. Antara barang-barang yang dijual:

· Women's Clothing

· Men's Clothing

· Toys, Mother & Kids

· Shoes, Bags & Accessories

· Home & Garden

· Beauty & Health

· Sports & Outdoors

· Office & Stationery

· Automotives

· Mobiles & Tablets

Ezbuy juga menyediakan perhidmatan Prime ezbuy. 


Apa itu Prime ezbuy? 

Prime ezbuy adalah satu program yang dilanggan secara eksklusif oleh pelanggan bagi melayakkan diri menerima faedah Prime ezbuy selama setahun. 

Antara faedahnya adalah:

1) kos shipping barangan yang dibeli hanya RM8.80 tanpa mengira saiz dan berat parcel. 

2) Upah agen murah sebanyak 4% untuk proses tempahan termasuk parcel, packaging dan dokumen.

3) Insuran percuma sehingga RM2,000 jika barang hilang atau rosak. Gantirugi mengikut polisi Buy-For-Me service.

Macam mana nak dapatkan perkhidmatan Prime ezbuy ni?

Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Prime dengan bayaran RM18.80/sebulan atau RM188.00/setahun. Untuk keterangan lanjut mengenai ezbuy Prime boleh ke link ini : http://bit.ly/2dGydUd


Tak semua barang boleh guna Prime. Jadi masa nak pilih barang tu pada bahagian filter tu tick di kotak prime. Contohnya seperti di dalam gambar di atas. Setelah tick kotak prime, web akan memaparkan barangan yang boleh menggunakan perkhidmatan prime. Senang saja kan. 

Di ezbuy terdapat pelbagai barangan daripada skincare, pakaian, barang untuk kanak-kanak, peralatan rumah dan pelbagai barangan lain. Boleh rambang mata jadinya. Kalau macam tasha sangat tertarik pada bahagian beg. 


Tasha sangat tertarik pada beg. Sebab kita boleh dapatkan beg berkualiti tinggi dengan harga yang super murah. Tasha memang seorang yang suka kumpul beg. Kalau jumpa beg yang cantik dan murah memang tasha kan beli. Jadi di ezbuy ni harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Yang cantik-cantik harga tak sampai seratus pun. 




Cara mudah untuk membeli di ezbuy


1) Mula-mula kena daftarkan di http://bit.ly/2dDrSGW dan anda akan terima baucer membeli belah ezbuy sebanyak RM15. Tekan register sahaja dan isi maklumat yang diperlukan.

2) Pilih mana-mana barangan yang anda suka. Lepas tu pilih jenis penghantaran yang anda inginkan. 

PS: SEKARANG ECONOMY AIR DAN TURUNKAN HARGA SHIPPING DARI RM5.50/500G KEPADA RM4.50/500G. KALAU NAK LAGI MURAH DAFTARLAH SEBAGAI AHLI PRIME ezbuy. LAGI JIMAT TAU.

3) Sebelum check out masukkan kod ezsh15. Anda akan mendapat 15% potongan kos penghantaran lagi.

4) Masukkan alamat penghantaran anda dan buatlah bayaran. 

5) Tunggu barang sampai. Harap bersabar ok sebab barangan semua import dari luar negara. Jadi akan memakan masa sedikit untuk sampai.



Best Selling Product

Anda nak dapatkan barang yang up to date yang hot?? Bolehlah tengok-tengok di ‘BEST SELLER’. Di situ antara barang yang paling orang suka. Kalau anda tengah pening tak tahu nak bagi hadiah birthday atau untuk hantaran boleh la tengok di sini. Anda klik di BEST SELLER and scroll saja. Mana tau ada yang terpikat di hati nanti. Anda boleh berjimat dan dapatkan barang dengan kualiti yang baik. Setiap pembelian anda berpeluang untuk dapatkan selling point. Bila dah banyak point nanti boleh tebus. Suka kan…

100 point = RM1.00

500 point apabila anda invite kawan anda untuk membeli

Nak dapatkan baju, kasut, beg yang up to date memang kena tengok di BEST SELLER. Jangan rambang mata sudah. Pilih betul-betul yang mana berkenan. Kalau dah banyak sangat barang na beli tu jangan risau kalau kos shipping melambung. Prime ezbuy kan ada… JIMAT TAU Cuma RM8.80 sahaja. 
Haa… jangan tengok saja. Jom la shopping di ezbuy.



Bagaimana Cara Untuk Menggunakan CouponBelanja Versi Mobile?

Bagaimana Cara Untuk Menggunakan CouponBelanja Versi Mobile? Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Apa yang ingin tasha kongsikan hari ini adalah sesuatu yang sangat menarik buat anda yang gemar shopping online. Bila shopping ni benda pertama yang dicari mestilah barang yang mempunyai diskaun kan. Disini tasha ingin kongsikan beberapa cara mudah untuk mendapatkan kupon diskaun dari CouponBelanja hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. 

Cara Menggunakan CouponBelanja Dengan Menggunakan Smartphone


1. Layari laman web m.couponbelanja.com 
2. Gunakan butang Search disebelah kanan untuk mencari kupon dengan mudah.
 - Di butang search anda boleh taip apa sahaja yang ingin anda cari: Lazada Malaysia, Zalora Malaysia, amazon dan jenama barangan lain. 
3. Untuk bahagian Featured Coupun yang berada di bahagian atas laman web pula anda boleh lihat kupon yang tengah hangat pada ketika itu. 
4. Untuk butang Stores ini mempunyai senarai laman Shopping online yang menjadi pilihan ramai. 

Stores and Categories CouponBelanja

Untuk memudahkan lagi carian kupon tersebut anda boleh menggunakan butang Stores ataupun Categories yang terdapat dibahagian bawah laman web. Di bahagian Stores terdapat beberapa pilihan laman shopping antaranya Lazada, Zalora, Sephora, Expedia, Reebonz dan pelbagai pilihan laman shopping yang menjadi pilihan anda. 

 


Di bahagian categories ia akan memudahkan untuk mencari barang anda. Misalnya pakaian, jam tangan, buku, barang elektronik, kasut, minyak wangi dan pelbagai lagi. Sekiranya anda tahu barang apa yang ingin dicari penggunaan butang ini sangatlah berkesan. 

Popular Coupon akan membantu anda untuk memilih kupon yang menjadi pilihan ramai. Biasanya kupon yang menjadi pilihan ramai adalah kupon yang mempunyai nilai diskaun yang agak tinggi. betul tak?

Di Groupon Malaysia terdapat lebih 60 laman shopping yang menarik. Disitu ada boleh lihat kupon yang terbaru dan terhangat pada masa itu. 

Pilih lah kupon pilihan anda. Diingatkan setiap kupon mempunyai tarikh luput. Anda perlu menggunakan code kupon yang diberi sekiranya ingin menikmati harga diskaun.

Walaupun budget rendah, anda masih mampu menggunakan barangan berjenama dengan hanya  berbelanja di CouponBelanja. Pastinya jimat dan barang yang anda beli mempunyai kualiti yang lebih baik. 

See that's how easy it is to use CouponBelanja!






Style Jam Tangan Wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Seperti yang kita tahu wanita sangat mementingkan penampilan. Penampilan yang baik akan memberi keyakinan kepada kita sepanjang hari. Selain baju, beg tangan, mekap, dan gelang, jam tangan juga merupakan salah satu aksesori yang akan menyerlahkan penampilan kita. 

Meh tasha kongsikan style jam tangan wanita yang sesuai untuk pakaian formal. Terdapat tiga jenis style; Jam Tangan Bertali Besi, Jam Tangan Bertali Kulit, dan Jam Tangan Separuh Digital. 


Jam Tangan Bertali Besi 


Jam tangan ini juga dikenali sebagai metal strap watch. Untuk kelihatan lebih elegan, jam tangan ni la yang paling sesuai bagi pakaian formal.. Terserlah keyakinan anda. 


Jam Tangan Bertali Kulit 

Leather strap watch ini juga sangat versatile dan rekabentuknya simple. I like! Boleh disesuaikan dengan mana-mana office attire anda. 


Jam Tangan separuh Digital 


Bagi peminat jam tangan digital, kini anda tidak perlu risau lagi… dah ada jam tangan digital yang mempunyai rekaan yang sesuai untuk pakaian formal. 

Bagi tasha pula, jam tangan ni bukan sahaja sesuai bagi wanita yang bekerjaya.. ianya juga sesuai bagi pelajar-pelajar yang selalu mengenakan pakaian formal untuk ke kelas.. Macam tasha…. ^^ 

Tengah pening-pening nak cari hadiah yang sesuai? Susah apa.. Hadiahkan saja jam tangan…Jam tangan juga merupakan salah satu pilihan hadiah ketika ulang tahun kelahiran, hantaran perkahwinan, ataupun ulang tahun perkahwinan. 

p/s: Birthday tasha nak dekat. Jangan lupa hadiahkan ea... hehe...