Showing posts with label traveloka. Show all posts
Showing posts with label traveloka. Show all posts

Ada Apa Dengan Traveloka di KL2017?



Ada apa dengan Traveloka di KL2017 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Korang suka travel? Tasha kalau nak travel mesti nak yang save budget, sama ada dari harga tiket flight ataupun penginapan. Macam yang sedia kita tahu, Traveloka merupakan syarikat travel secara talian yang murah dan terkenal di asia tenggara. So memang kalau nak tempah tiket flight atau penginapan Tasha booking dengan traveloka ja. Tapi apa kaitan Traveloka dengan Sukan Sea 2017 ni?

Sukan Sea 2017 juga dikenali sebagai KL2017. KL2017 bermula dari 19 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Pada 19 Ogos 2017 telah berlangsung majlis pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Serius gempak gila masa majlis pembukaan tu. 

Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017.
Temasya kali ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan juga Hari Malaysia. Ia merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah sukan dwi-tahunan itu .

Traveloka Merupakan Official Online Travel Partner Bagi KL2017

sukan sea 2017

Lagi excited gilerr bila Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2017. Disebabkan Malysia menjadi tuan rumah bagi KL2017, Traveloka menjadi salah satu sponsor yang menjayakan temasya suka yang gilang gemilang ini. No wonderlah masa majlis pembukaan hari tu gempak gila. Sponsor pun hebat-hebat belaka. Traveloka ini merupakan penaja emas bagi sukan sea 2017 tau.

Sebagai official online travel partner bagi KL2017, Traveloka menawarkan pelbagai promosi yang menarik bagi sesiapa yang menempah tiket flight dan hotel. Traveloka sememangnya menawarkan harga yang rendah untuk flight dan penginapan. Tapi bila ada promosi ni, harga tiket lagi la murah.

Bermula 7 Ogos -31 Ogos 2017, Traveloka telah memperkenalkan Promosi Hello, Malaysia yang menawarkan diskaun sebanyak 40% bagi tempahan flight dan hotel. Gilerr tak best. Bukan senang nak dapat harga tiket yang murah-murah kan. Korang boleh travel dan bercuti ke mana sahaja yang korang nak pergi dalam Malaysia ni. Nak pergi Sabah? Penang? Sarawak? Langkawi? Semua boleh...

Tambah-tambah sekarang ni tengah cuti sekolah. Sangat berbaloi la bawak satu family bercuti dalam Malaysia ni. Kalau yang jauh-jauh nak pergi KL tengok Sukan SEA, sangat berbaloi la. Siap dapat pakej flight dengan penginapan lagi. Dah tak payah pening-pening fikir nak fikir budget lari.

Traveloka Livestream 



Traveloka turut menyediakan livestream bagi KL2017. Jadi kalau korang tak sempat tengok TV pun, boleh je tengok live di http://travelokakl2017.com.my/. Dekat web ni korang boleh tengok live melalui dua medium iaitu Facebook live ataupun Youtube Live. Sekarang ni kan semua dah dihujung jari. Even korang tengah sangkut dalam jem pun boleh layan sukan sea ni. Tak perlu pun nak duduk depan TV 24 Jam semata nak tengok sukan ja. 

Apa yang menarik lagi, laman web ni juga telah menganjurkan contest. Simple je contest dia. Korang cuma perlu teka pasukan mana yang akan menang. Peluang untuk menang contest ini sangat tinggi, korang just perlu alert je dengan web ni. Sebab setiap hari sukan-sukan akan sentiasa berubah. Dan korang tak boleh pilih banyak sukan dalam satu hari. Satu hari satu sukan ja.

Cara-cara Menyertai Contest Traveloka


1. Pilih sukan yang korang ramal akan menang. Boleh pilih satu sukan ja setiap hari.
2. Korang just masukkan email dan negara mana yang akan menang untuk sukan tersebut. 
3. Share dan hantar penyertaan korang.
4. Jenis sukan akan bertukar setiap hari  dan anda boleh join setiap hari. 
5. Pemenang juga akan diumum setiap hari di web tersebut.
6. Hanya warganegara Malaysia ja boleh join tau.

Selain menang hadiah di laman web, korang jugak boleh menang hadiah bila ke booth Traveloka.
Yang berhampiran Bukit Jalil tu jom beramai-ramai kita memeriahkan booth Traveloka. Ada pelbagai aktiviti yang menarik. Sangat rugi kalau tak join sebab bukan senang Traveloka nak anjurkan program yang besar-besaran macam ni. Ada rezeki berpeluang menangi hadiah yang sangat lumayan. Siapa yang tak nak kan. Nilai keseluruhan hadiah tersebut bernilai RM200,000!!!



Let's Rise And Win Together