Delegasi IPT 2015


Delegasi IPT 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 9 November yang lalu. Program 4 hari 3 malam ini berjaya menghimpunkan 14 kelab rekreasi  IPT seluruh malaysia. Antara yang terlibat:



  1. Kelab Kembara MSU
  2. ARC IIUM (Adventure and Recreational Club IIUM)
  3. Persi (Persatuan Rekreasi UITM Perak)
  4. Kresma (Kelab Rekreasi UITM Malaysia) 
  5. Kelab Kembara UMT
  6. Karen (Kelab Rekreasi UNITEN)
  7. T-Rex (Kelab Rekreasi UMP)
  8. Cheveyo (Kelab Sukan Lasak Upsi)
  9. Kerlu (Kelab Rekreasi Luar Upsi) 
  10. Kerex (Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrim UTeM)
  11. Kelab Kembara UTHM
  12. KRUM (Kelab Rekreasi Unikl MIIT)
  13. UMAGS (UNISEL)
  14. Re-X (Kelab Rekreasi UITM KB)

Delegasi IPT 2015


Program ini berlangsung selama 4hari 3malam. Bermula pada 6-9 November 2015 di Teratak Riverview, Tanjong Malim, Perak. Atas kekangan waktu dan jarak perjalanan kelab lain ke destinasi, program ini secara rasminya bermula pada 7 November 2015. Kami telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan kecil seperti Brooks, North Face, ... 

Kami juga perlu melakukan aktiviti dan memasak mengikut kumpulan yang diberi. Nama kumpulan tasha adalah Brooks yang terdiri daripada Nik (Utem), Nicky (MSU), Bah (Unikl), Alif (UMT), Kak Aida (KERLU). 

Talk By S.O.S and Hike to Waterfall (7 November )


Aktiviti pada pagi itu adalah mendengar taklimat Search and Rescue daripada En. Muzafar Mohamad (Director of Silver outdoor Sport). Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada kami apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa berlakunya sesuatu yang tidak diingini.  

Usai taklimat, kami mula memasak untuk hidangan tangahari sebelum memulakan pendakian ke Lubuk Kawah. Walaupun tasha tinggal di Tanjong Malim, itu merupakan kali pertama tasha menjejakkan kai ke Lubuk Kawah. Perjalanan ke lubuk kawah memakan masa hampir 2 jam. Trail ke sana pada awalnya agak santai. Seperti trail ke Sungai Chiling. Namun, makin lama trail semakin curam dan masing-masing kelihatan agak kepenatan untuk mendaki. Dan untuk pertama kalinya tasha kena gigit dengan pacat. Hiking sebelum ini tak pernah lagi menderma darah kepada makhluk itu. Bukan main besar lagi dia.. Dah kenyang katakan...

Aktiviti pada waktu malam pula, kami diminta untuk membuat satu kertas kerja bagi mendapatkan tajaan berkaitan dengan outdoor. Bagi kumpulan tasha kami mencadangkan agar membuat aktiviti bersama masyarakat orang asli. Seperti kita tahu, masyarakat orang asli mempunyai banyak ilmu pengetahuan mengenai outdoor dan ilmu itu boleh kita pelajari dan aplikasi apabila berada di dalam hutan. Selain itu, kami juga mencadangkan untuk membuat Corporate Social Responsibility (CSR), dimana membuat khidmat masyarakat pula kepada mereka setelah mereka berkongsi ilmu dengan kita.


Corporate Social Responsibility di Kampung Balun (8 November)



Hari seterusnya kami membuat CSR di Kampung Balun. Antara CSR yang kami buat adalah membersihkan kawasan kubur dan masjid, sekolah, membantu golongan kelainan upaya, membuat aktiviti dengan kanak-kanak dan aktiviti rewang.

Tasha and the gang telah meluangkan masa dengan kanak-kanak tadika pasti di kampung Balun. Semestinya ramai kanak-kanak yang mencuit hati. Gelagat mereka yang sentiasa buat kami terhibur. Untuk kanak-kanak comel ini kami sediakan bahan mewarna untuk mereka. Memang terhibur tengok gelagat masing-masing ketika mewarna. Pada sebelah petang pula, kami meneruskan aktiviti riadah bersama penduduk disitu.

Untuk aktiviti pada malam tersebut, kami telah diminta untu membuat satu persembahan parodi. Bab ni memang lemah sikit. Tasha bukan ada bakat-bakat berlakon, menyanyi bagai ni. Tapi apakan daya, hentam saja la... Ada yang menghiburkan ada juga kurang terhibur. Ermm, macam group tasha.. hahaha. Anggap saja sebagai pengalaman kan. 

Hardcore Hunting (9 November)


Merupakan hari terakhir kami. Jadi aktiviti untuk hari terakhir adalah Hardcore Hunting. Konsep aktiviti ni macam explorace tapi telah diubah suai sesuai dengan aktiviti outdoor. Ada 11 check point yang melibatkan survival outdoors antaranya water crossing, tubing (boleh rujuk video untuk lihat lebih banyak aktiviti Hardcore Hunting) . Dan adalah insiden yang membuatkan trauma tu kembali semula. Baru masuk check point kedua dah asma.

Bila kita dapat kawal sesuatu ia tidak akan menjadi penghalang untuk kita, tetapi bila sesuatu itu merupakan ketakutan buat kita tidak ada apa yang mampu untuk mengatasinya melainkan cuba melawan. Namun, bila tasha tak dapat nak kawal arus air sungai yang deras tu, tasha dah mula panik akhirnya tersungkur. There another long story about my trauma with water. hahaha....

Lepas habis sahaja hardcore hunting, kami mula membuat persiapan untuk majlis penutup pada petang tersebut. Terasa sangat sekejap masa berlalu. Terdapat banyak happy sad story sepanjang berlangsungnya program ni. Yang penting ilmu yang dikutip akan diaplikasikan untuk kehidupan yang akan datang.

Walaupun berlainan IPT, kami kongsi satu minat yang sama !

Jumpa lagi untuk delegasi akan datang..




Salam Newbie,
Tasha Aqisha












WORDLESS WEDNESDAY! #27 | Delegasi IPT 2015


THE SUMMIT of IPT Outdoor Recreational Assembly 2015, Organised by Kelab Kembara MSU, Management & Science University - 'All for one, One for all'


Pertemuan kelab rekreasi seluruh IPT akan berhimpun di teratak riverview Tanjong Malim selama 4 hari. Selamat menjalani cuti mid sem bersama keluarga KERLU dan Cheveyo UPSI serta kawan-kawan baru.. ^^^


Contest Review Lynk.My 2015

Jom join Contest Review Lynk.My 2015 . Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini terasa nak join contest. Punya la banyak contest sekarang ni yang tertarik menarik. Sampailah tasha tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Lynk.my . Hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan dan berbaloi. 

Contest Review Lynk.My 2015

Dengan contest Review Lynk.My 2015 macam ni la kita dapat memantapkan teknik penulisan dan teknik SEO. Contest Review Lynk.My 2015 berlangsung 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Jadi masih ada peluang untuk rebut wang tunai yang bernilai RM4000. Banyak tu!!! Dan untuk 50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com.

Macam mana Nak Join Contest Lynk.my 2015?

1. Kena ada akaun lynk.my
2. Masuk ke Link ini
3. Review Lynk.my dan masukkan hadiah dan kategori penyertaan mengenai contest review lynk.my 2015.
4. Hantar link penyertaan ke contest@lynk.my dengan format yang betul.

Untuk contest ini anda bebas menulis dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris tanpa had patah perkataan. Janji jangan ada unsur plagiarism ....

Apa itu Lynk.my? 

Lynk.my merupakan laman web yang dapat menyingkatkan url blog atau entri dan link tersebut boleh menjana pendapatan blogger. Url blog tasha yang telah dipendekkan oleh Lynk.my adalah http://lynk.my/GSP . Link url kita boleh kongsikan dimana-mana sahaja sama ada di blog, Facebook, twitter dan pelbagai media sosial yang lain. 

Tawaran Istimewa Untuk Pengiklan Lynk.my

Para pengiklan juga boleh mengiklankan dengan harga yang rendah, berpatutan dan berbaloi. Pendaftaran adalah PERCUMA. Hanya keluarkan modal serendah RM10 sahaja, para pengiklan mampu iklan pelbagai jenis produk, servis dan lain-lain yang ingin diiklankan.

Bagaimana Lynk.my membuat pembayaran?


1. Jumlah didalam akaun lynk anda
3. Pilihan Akaun Bank yang Anda Gunakan
4. Masukkan Jumlah Yang ingin Dikeluarkan
5. Tekan "Request Withdraw" untuk proses Pengeluaran dan permintaan anda akan pending untuk pengesahan pihak lynk

** Proses pengeluaran memakan masa sekurangnya 14 hari waktu bekerja.sebagai contoh sekiranya anda membuat request withdraw pada 28 hb.Ia akan diproses selepas 28 hb iaitu bermula pada hari bekerja.

Senarai Hadiah Contest Review Lynk.My 2015 Mengikut Kategori

Semua hadiah adalah dalam bentuk wang ringgit Malaysia yang akan dimasukkan terus ke akaun pemenang. ( No akaun dan bank pemenang perlu diisi ketika mendaftar di lynk.my )

TOP lynkUNDI

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP SEO 

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200


· Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com


Klik Gambar untuk undi Tasha ^^




Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY



Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY. 

vitamin C ni adalah 100% pure vitamin c. Tanpa campuran bahan2 lain.

Fungsi Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY :

❤Mencerahkan kulit wajah dan badan
❤Memudarkan parut jerawat dan badan
❤Menutup liang pori di wajah
❤Mengurangkan kulit berminyak
❤Merawat kulit yang bermasalah.
❤Merawat kulit kering
❤Merawat tumit merekah
❤Merawat kulit kusam
❤Merawat eye bag
❤Merawat resedung dan alergi
❤Menguatkan kuku
❤Menguatkan rambut yang rapuh
❤Stabilkan hormon (wanita)


Cara kegunaan Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY :-

1.Campurkan ke dalam air masak dan minum
2.Campurkan ke dalam air jus
3.Campurkan dgn setitis air dan sapu ke kawasan yang bermasalah.
4.Campurkan ke dalam air suam untuk merawat selsema.

Sukatan Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY :

SUKU SUDU TEH untuk 1 gelas air.
SATU @ DUA SUDU TEH untuk 1 botol besar (1.5 litter)
WAKTU PENGAMBILAN :
Satu gelas setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam

BERAT Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY (sebotol):

20GRAM

TEMPOH KEGUNAAN Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY

(Kegunaan 3 hingga 4 minggu)
SESUAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN.
SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.
SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG ( 3 BULAN KE ATAS) , MENYUSU DAN DALAM PANTANG.

HARGA Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY :

1 BOTOL : RM30.00 SM RM35.00 SS
3 BOTOL : RM80.00 SM RM85.00 SS
4 BOTOL : RM100.00 SM RM105.00 SS

Hubungi saya sekarang

whatsapp: 0136354165



5 Cara Mudah Saya Rawat Kulit

5 Cara Mudah Saya Rawat Kulit.  Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Masalah kulit jerawat, berminyak, tona tak sekata dan sebagainya memang merimaskan kita kan. Tutup noda dengan mekap tebal? Makin rosak la kulit. Kulit tasha jenis combination. Ada bahagian kering, ada bahagian berminyak, dan ada bahagian sensitif. 

5 Cara Mudah Saya Rawat Kulit

Ada satu ketika sampai kulit alergik disebabkan satu produk ni. Naik macam ruam, gatal, merah dan mengelupas. Sampai nangis-nangis dengan housemate. Keesokkan harinya terus ke klinik. Tau tak ubat apa yang tasha dapat. Ubat tahan gatal yang boleh makan untuk rawat selsema juga tu. Sebab masa tu doktor yang bertugas tak ada. Yang ada cuma pembantu perubatan ja. 

Cara Rawat Kulit Dengan Prim E Cream


Tasha terus ke farmasi untuk cari ubat yang sesuai. Setelah ceritakan masalah tasha, tasha diberi sejenis krim. Prim E Cream.  Katanya krim ni untuk merawat kulit dengan membaiki sel kulit balik. Selama seminggu, hanya cuci muka dengan dengan air suam dan tidak memakai sebarang krim. Hal ini bertujuan untuk biarkan Prim E Cream baiki kulit 100% tanpa sebarang mekap.  Krim ni bukan pakai macam krim pencerah tau. sapu pada kawasan yang bermasalah ja. 

Khasiat Prim E Cream:

Prim-E Cream is a treatment system for improving the look and texture of very dry, damaged and photo-aged skin. Ideal for use on scars, stretch marks and as a night renewal cream. Prim-E Cream is a deeply nourishing cream recommended for relieving dry and cracked heels, hands, elbows and knees. 

cc: pakcik google

Cara rawat Kulit Dengan Air Kelapa Asli

Lepas ja beli krim tu, akak tasha bawak pergi beli air kelapa. No sugar, No ice. Pure. Untuk apa? Air kelapa ni bagus untuk menyingkirkan racun-racun yang ada dalam badan kita. So, lepas ni amalkan ye air kelapa asli. 

Cara Rawat Kulit Dengan Beauty Soap


Untuk pencuci muka pilihlah pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Pencuci muka bertujuan untuk membuang sisa kulit mati. Terlalu kerap mencuci muka dengan pencuci akan menyebabkan kulit menjadi kering, menipis dan rosak jugak tau. 

Lepas seminggu tasha guna Prim E cream, tasha cuba pula mencuci muka dengan beauty soap yang tasha beli dengan Fatin Morat. Lepas cuci, tasha tak lap muka tasha. Tasha biarkan air kering sendiri dan khasiat menyerap masuk ke kulit. Kulit akan terasa tegang dan lembap. Seketul sabun boleh tahan sebulan atau lebih lama.

Khasiat Beauty Soap:

Mencerahkan kulit dengan membuang sel kulit mati pada lapisan luar secara berperingkat.
menyamaratakan tona kulit
Membantu mengecutkan. mengurang, menghilangkan jerawat, memudarkan parut dan kulit berminyak.
Kulit lebih cerah, muda dan tegang. ^^

Ingat ye, kulit muka dengan tangan adalah tidak sama. Kulit muka sangat sensitif. Perlukan kasih sayang untuk rawatnya. Dan untuk merawat bukan masa sehari dua. Ambil masa yang agak lama bergantung dengan sistem imun kita. 

Cara Rawat Kulit Dengan Vitamin C Powder Nlee Beauty



Seperti yang kita tahu, Vitamin C baik untuk kulit. Selain kita rawat luaran kulit, dalam badan kita perlu rawat jugak. Kalau luar kulit ja nampak cantik tapi di dalam kulit rosak pun tak ada guna juga. So, rawat luar dan dalam adalah penting. Untuk Vitamin C tasha dapatkan dari Nlee Beauty. Hanya perlu campurkan dengan air sahaja. Tak perlu untuk beli suplement yang mahal-mahal. Vitamin C ni pun dah boleh bantu rawat kulit kita. 1 botol boleh tahan 3-4 minggu. Segelas air cuma 1/2 sudu teh ja. Minum sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

Khasiat Vitamin C Powder Nlee Beauty:

Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY. vitamin C ni adalah 100% pure vitamin c.
Tanpa campuran bahan2 lain.

Fungsi :
❤Mencerahkan kulit wajah dan badan
❤Memudarkan parut jerawat dan badan
❤Menutup liang pori di wajah
❤Mengurangkan kulit berminyak
❤Merawat kulit yang bermasalah.
❤Merawat kulit kering
❤Merawat tumit merekah
❤Merawat kulit kusam
❤Merawat eye bag
❤Merawat resedung dan alergi
❤Menguatkan kuku
❤Menguatkan rambut yang rapuh
❤Stabilkan hormon (wanita)


Cara kegunaan :-
1.Campurkan ke dalam air masak dan minum
2.Campurkan ke dalam air jus
3.Campurkan dgn setitis air dan sapu ke kawasan yang bermasalah.
4.Campurkan ke dalam air suam untuk merawat selsema.

Sukatan :
SUKU SUDU TEH untuk 1 gelas air.
SATU @ DUA SUDU TEH untuk 1 botol besar (1.5 litter)
WAKTU PENGAMBILAN :
Satu gelas setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam

BERAT:
20GRAM

KEGUNAAN
(Kegunaan 3 hingga 4 minggu)
SESUAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN.
SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.
SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG ( 3 BULAN KE ATAS) , MENYUSU DAN DALAM PANTANG.

HARGA :
1 BOTOL : RM30.00 SM RM35.00 SS
3 BOTOL : RM80.00 SM RM85.00 SS
4 BOTOL : RM100.00 SM RM105.00 SS

whatsapp: 0136354165

Cara Rawat Kulit Dengan Pemakanan

Kalau nak rawat muka, bab pemakanan kena jaga juga. Makanan yang terlalu banyak minyak, junk food, air gas pun tak bagus untuk tubuh badan kita. Perbanyakkan makan sayuran dan air kosong. Tubuh badan kita memang memerlukan gula. Kandungan gula yang berlebihan juga tidak elok untuk kita. Sedar atau tidak selain dalam minuman, makanan kita juga mengandungi gula. So, bagi tasha tak perlu dah  air yang manis ni. Bukan tak boleh langsung ye... Kadang-kadang boleh la.... Untuk lepas mengidam.. hahah....

So, Alhamdulillah... Setelah sebulan tasha amalkan rutin ni... kulit pun dah makin sihat. Parut pun dah makin pudar. Mungkin ambil masa sebulan lagi untuk pulih sepenuhnya. Kalau ada jerawat cepat-cepat sapu Prim E Cream. Kawan-kawan tasha pun dah try Prim E Cream, Vitamin C, dengan Beauty Soap ni. 

PERINGATAN:
Tak semua produk yang orang lain sesuai akan sesuai dengan kita jugak. Setiap orang adalah berbeza jenis masalah kulit dan sistem imun




PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA Semester 2 2016 (SECOND INTAKE)

Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) Second Intake 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. berikut merupakan IPTA yang membuat ambilan kedua pada sesi 2 2015/2016.. 

Second Intake UITM (Kemasukan Mac 2016)

Tarikh pemohonan 28 september 2015- 6 November 2015
Senarai program yang ditawarkan http://online.uitm.edu.my/degree.cfm
Iklan Pemohonan tengok sini
jangan lupa dapatkan no pin di BSN
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi di talian yang tertera
Pertanyaan Mengenai Permohonan (proses pengambilan/syarat program/keputusan kemasukan) : 
Telefon (+603) - 5544 3164 / 3166 / 3174 
Fax (+603) - 5543 8534 

Masalah pengisian borang permohonan online/no.slip bsn : 
Telefon (+603) 5544 2203 
Fax (+603) 5544 2197 
Email uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my
Mohon SINI

Second Intake UPSI (Kemasukan Febuari 2016)

Tarikh pemohonan 12 Oktober 2015-30 oktober 2015
jangan lupa dapatkan no pin di BSN (RM26)
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi di talian yang tertera
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

PELUANG-PELUANG KERJAYA
Graduan UPSI telah disediakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup supaya mereka boleh menghadapi dunia kerjaya selepas tamat pengajian kelak. Antara kerjaya yang sesuai untuk graduan UPSI adalah:
GURU . USAHAWAN . PENYELIDIK . SAINTIS . PERUNDINGCARA . EKSEKUTIF . JURULATIH SUKAN . PEMUZIK . ARTIS KESENIAN . EDITOR . PENTERJEMAH . JURUBAHASA . WARTAWAN . KAUNSELOR . PEGAWAI TADBIR . JURU RUNDING SAHAM . PEGAWAI PERBANKAN . PEREKA FESYEN . JURUTEKNIK . PEREKA ICT . GRAFIK . ANIMASI . PENYIARAN . PUSTAKAWAN . PENSYARAH .


Second Intake UUM (Kemasukan FEB 2016)

tarikh permohonan 10-30 November 2015


Sila muat turun maklumat dibawah:

1. Senarai Program yang ditawarkan : [ Muat Turun di sini ]

2. Syarat Kemasukan Bagi Lepasan Diploma : [ Muat Turun di sini ]

3. Kelayakan Institusi dan Diploma yang diiktiraf oleh Senat UUM : [ Muat Turun di sini ]

4. Permohonan Online - [ Link di sini

(Note: Sila simpan no.borang sebagai rujukan permohonan)

5. Cara Bayaran Wang Proses : [ Muat Turun di sini

6. Senarai Semakan : [ Muat Turun di sini ]

Tarikh akhir terimaan dokumen lengkap oleh Unit Kemasukan, UUM 7 Disember 2015


LEPASAN DIPLOMA SAHAJA

Sebarang pertanyaan sila hubungi UKRP di talian 3324/3323/3334 /3309
Jabatan Hal Ehwal Akademik,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok Kedah
MALAYSIA
Tel: +604-928 3324/3323/ 3334/ 3309
Fax: +604-9283305
Email: hea@uum.edu.my


Second Intake UTHM


Tarikh permohonan 4-18 November 2015

iklan permohonan Klik Sini

Permohonan Online KLIK SINI



UTM Tiada Pengambilan februari 2016
UNIMAS tiada pengambilan februari 2016



sebarang perubahan akan dimaklumkan...

untuk keterangan lanjut sila rujuk laman web yang tertera ataupun call pihak universiti berkenaan...

ini hanya sekadar perkongsian bersama...
Last update 17 November 2015

Masker Homemade | Tips Menjaga Wajah Tanpa Bahan Kimia

Tips Menjaga Wajah Tanpa Bahan Kimia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Merujuk entry yang lepas iaitu bila jerawat datang, tasha ada bagitahu mengenai kaedah menjaga wajah tanpa sebarang bahan kimia. Dengan hanya menggunakan bahan dari dapur pun boleh menjaga wajah kita. Yang penting kena disiplin, konsisten, sabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Hal ini kerana sel kulit kita akan diperbaharui setiap 21 hari. Jadi janganlah harap kulit akan cantik mulus lepas 3 hari pakai ea... Tu semua bahan kimia la kalau yang pakai 3 hari putih gebu gebas... 

Siapa cakap produk tu tak ada bahan kimia, tu semua tipu... untuk hasilkan sabun yang berbuih pun perlukan bahan kimia.. apatah lagi produk-produk lain. Cuma pastikan bahan kimia yang digunakan tidak berbahaya yang boleh menjejaskan kulit wajah. 


Bahan-Bahan Dapur Untuk Wajah 

Kayu Manis

Kayu manis memberikan aroma manis pada masakan kita dan kayu manis juga merupakan antiseptik yang dapat merawat jerawat pada wajah kita. Kayu manis dapat mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. 

Kunyit

Kunyit juga merupakan antiseptik, antiradang, anti bakteria dan anti penuaan yang dapat mengecut dan memudarkan jerawat. Sebatian yang membentuk pigmen kuning (curcumin) pula,  membantu untuk mencerahkan kulit. 

Lemon

Selain digunakan sebagai detox, lemon juga mampu untuk merawat jerawat. Malah lemon mampu untuk mencerahkan kulit wajah dan menaikkan seri wajah lagi. Seperti yang kita tahu lemon mempunyai Vitamin C yang baik untuk kulit dan mampu untuk membuang sel-sel kulit yang mati, mengecilkan pori-pori dan mengatasi kulit berminyak.

Masker Wajah Dengan Bahan Dapur


Dengan menggunakan ketiga bahan yang tasha senaraikan di atas tu boleh la dijadikan masker. Kayu manis + Kunyit + lemon. Sebatikan ia, kemudian sapu pada kawasan yang bermasalah atau keseluruh wajah. Elakkan kawasan mata ea.. Untuk permulaan lakukan setiap hari sehingga dapat kulit yang diinginkan. Lepas tu lakukan secara konsisten 3 kali seminggu. Pakai pada waktu malam selama 1-2 jam. Nak pakai semalaman pun boleh. Esok pagi terus cuci sampai bersih.

sekiranya tak nak letak lemon, boleh digantikan dengan air kosong yogurt atau madu. Madu dapat melembapkan kulit wajah tau! Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit kering. 

Kemudian boleh lakukan scrub muka dengan serbuk teh yang sudah digunakan. Serbuk teh dapat menanggalkan kulit mati pada wajah. Sekiranya anda menggunakan scrub dari produk kecantikkan pastikan kandungan bahan kimia yang terdapat tidak banyak ye. 


*** Masker ni bila dah sapu kat muka memang akan pedih, kena tahan la sikit sebab tu tanda bahan-bahan ni mula bertindak. Diingatkan juga, kalau anda ada alahan terhadap bahan-bahan ni jangan guna tau. 

Salam Blogger:
Tasha Aqisha


WORDLESS WEDNESDAY! #24 | Logo Baharu Google


Google Baharu Google : Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini pasti ramai yang sedar perubahan yang berlaku pada logo Google kan. Secara rasminya logo Google telah bertukar wajah. Kalau perasan icon favicon pun dah bertukar.  

Untuk ketahui sejarah Logo Google dengan lebih lanjut boleh layari laman sesawang Sejarah Logo Baharu Google

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah - Merupakan telekung yang direka khas sesuai dengan wanita muslimah moden. Bagi memenuhi tuntutan Islam dalam menutup aurat ketika solat, telekung ini tidak jarang dan tidak menampakkan susuk badan. Telekung yang mudah disarung, tidak panas dan selesa pastinya menjadi pilihan utama. Jadi dengan terciptanya Telekung Reehans, pasti ianya memenuhi citarasa pengguna.

Sebagai seorang yang beragama Islam, menutup aurat merupakan perkara wajib tidak kira walau dimanapun kita berada sama ada keluar berjalan-jalan, dengan bukan mahram dan juga ketika solat. Tahu tak menutup aurat merupakan salah satu syarat sah solat seseorang? Ya, sekiranya tidak menutup aurat ketika solat, maka batallah solat kita. 
Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”.

Terdapat tiga jenis koleksi Telekung Reehans iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur, dan Reehans Rania. Telekung Reehans merupakan telekung one piece. Hanya perlu sarung sahaja, tak perlu lagi untuk menyarung kain untuk menutup bahagian kaki.


Koleksi Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Telekung Reehans Balqis


Reehans Balqis merupakan telekung yang bercorak. Telekung ini menggunakan fabrik English Cotton yang berkualiti tinggi dimana Reehans Balqis selesa dipakai, lembut, dan tidak panas. 

Reehans balqis mempunyai 24 jenis corak berbunga-bunga dengan pelbagai warna yang menarik. Antaranya adalah Balqis in Flower White with Light Blue, Balqis in Flower Pink White, Balqis in Flower Pearl Blue, Balqis in Flower Sweet Light Pink, Balqis in Flower Sweet Purple dan macam-macam lagi. (Boleh Lihat Sini)

Reehans Balqis mempunyai dua saiz iaitu M (sesuai untuk individu dengan ketinggian 140cm- 160 cm) dan L (sesuai untuk individu dengan ketinggian 150cm - 175cm)

Harga bagi Reehans Balqis adalah RM 190.00 sahaja. 

Telekung Reehans Nur


Reehans Nur merupakan telekung plain yang mempunyai ropol di bawah dengan menggunakan fabrik Italian Velentro yang berkualiti tinggi dimana selesa dipakai, lembut, dan tidak panas.  

Reehans Nur mempunyai 7 warna pilihan. Antaranya adalah Dusty Pink, Grey, Light White, Mint Blue, Purple Violet, Vanilla Cream, dan Green Ocean.  (Boleh Lihat Sini)

Harga bagi Reehans Nur adalah antara RM 200.00 - RM 230.00 sahaja. 

Telekung Reehans Rania


Reehans Rania merupakan telekung plain yang tidak mempunyai ropol di bawah dengan menggunakan fabrik Italian Velentro yang berkualiti tinggi dimana selesa dipakai, lembut, dan tidak panas.  

Reehans Rania mempunyai 2 warna pilihan iaitu Dusty Pink dan Vanila Cream. (Boleh Lihat Sini)

Harga bagi Reehans Rania adalah antara RM 240.00 sahaja. 

Info Lanjut dan Tempahan

814-B, LORONG TUNKU MOHAMAD,
JALAN PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID,
05050 ALOR SETAR, KEDAH, MALAYSIA.
WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com

Telekung ini merupakan inovasi pertama buat muslimah yang menginginkan Pakaian Solat yang Pratikal, Selesa dan Diyakini. Sesuai dengan tagline Telekung Reehans.
"Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria"

Kesemua koleksi Telekung Reehans ini sesuai untuk kegunaan harian, hadiah perkahwinan, hadiah pertunangan, hadiah hari jadi, hadiah hari wanita dan hadiah hari ibu.



Jelajah Kampus

Jelajah Kampus | Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Misi hari ni tasha dengan my bestfriend jalan-jalan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (kampus lama). Sebenarnya kami jelajah kampus lama adalah ambil gambar untuk menyertai pertandingan Happy 58th Merdeka Days, Malaysia. Contest ni akan tamat pada 1 September.  

Lokasi | Bangunan Suluh Budiman

Lokasi yang dipilih merupakan sekitar Bangunan Suluh Budiman. Hal ini disebabkan bangunan tersebut merupakan Muzium Pendidikan Nasional pertama Malaysia. Muzium ini telah diilhamkan sejak tahun 1950 lagi. Dahulu ia dikenali sebagai Muzium Sultan Idris Training College (SITC). Muzium ini hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim.

Replika Loceng Agung

view belakang tu merupakan tempat letaknya loceng agung UPSI. Bertujuan untuk memanggil pelajar-pelajar berkumpul satu masa dulu. Sekarang loceng tu dah tak ada. Tau pi mana. Yang ada cuma replika saja.  Lokasi ni berhadapan dengan Dewan SITC. 


Disebabkan tak ada orang nak ambil gambar, kami pun ambil gambar sendiri. huhu... Nak buat gesture H, tapi rasa macam tak jadi la pulak. hahahaha....

Laman Batik UPSI



Laman Batik UPSI ni baru ja diubahsuai. Dulu tak la secantik sekarang ni. Sekarang memang cantik. Kreatif orang yang buat ni. 

Ok,sampai sini dulu jelajah kampus UPSI buat masa ni. Jelajah yang seterusnya? Any suggestion?

Blog Bertukar Wajah | Mesra SEO

Blog Tasha Aqisha Bertukar Wajah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, siap sudah wajah baru blog tasha ni. Dah tak ada bunga-bunga, warna-warni semua tu. Motif utama tasha tukar wajah sampai jadi simple macam ni disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kurangnya mesra SEO. 
Kredit :HH

Macam Mana Nak Tahu Blog Mesra SEO?

Hari ni, #Bloggerutara ada sembang-sembang pasal SEO. Jadi, dengan tekadnya tasha cari info pasal Blog yang Mesra SEO. Tahu siapa yang menjadi rujukan tasha? Mestilah Sifu Hasrul Hassan . Walaupun baru baca sikit, input yang diberikan memang banyak dan sangat membantu tasha. Tasha ada baca macam mana nak kenal pasti blog yang mesra SEO. Caranya adalah dengan bantuan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/seo-doctor/ . Sekiranya anda nak tahu macam mana nak check. Boleh la ke blog Sifu http://www.hasrulhassan.com/2014/06/tips-kenalpasti-blog-mesra-seo.html


Menurut sifu, sekiranya bendera  tu berwarna merah, blog mempunyai masalah dan kita boleh tahu masalah tersebut dengan klik pada bendera tersebut. Untuk template blog tasha yang lama memang naik merah. Masalah Heading terutamanya. Bila tukar template yang baru.. Alhamdulillah... settle.... 

Semak Peratusan SEO

Kemudian, kita boleh semak peratusan SEO blog kita dengan http://chkme.com/page-seo-tools . Hari ni #Bloggerutara dah listkan peratusan SEO masing-masing. Terima kasih abang long #bloggerutara arzmoha yang sudi share pasal ni. 

Hanya masukkan link sahaja. Dengan Chkme kita dapat tengok juga masalah blog kita yang perlu diperbaiki. Seperti yang tasha cakap tadi, blog tasha mempunyai masalah Heading. Dia akan naik BAD. Stress bila nampak Bad kan. Bila dah tukar baru dah jadi GOOD. I like! 

Pada mulanya peratusan SEO tasha adalah 17% ketika semak dengan menggunakan template yang lama. Setelah template bertukar baru, perusan telah meningkat kepada 59%. Last tasha semak adalah 80%. See... betapa SEO memainkan peranan yang sangat penting. 

Jadi, jom sama-sama kita belajar SEO untuk meningkatkan mutu blog kita. 

Tasha Aqisha