Bila Mata Hati Bersuara


Biar mata hatiku bersuara
Sudah lama menjadi saksi
Perlakuan manusia itu
Penat lelah aku menanggung
Siksa peritnya disakiti

Tika aku jatuh
Jatuh bangunnya aku sendiri
Menongkah arus impian
Dunia ciptaan sendiri

Andai aku bisa bersuara
Pasti peritnya diluah
Berat menjujung gunung
Parah bila dihumban

Biarkan,
Biarkan mata hati terus menjadi saksi
Biarkan kisah itu berlalu pergi
Biarkan agar aku tak jatuh lagi
Biarkan aku tak peduli siapa menanti

26/3/2016 (1.21AM)

Mata Hati,
Tasha AQisha


CouponBelanja Photo Contest


CouponBelanja Photo Contest. Hari tu tasha ada kongsi bagaimana cara untuk menggunakan CouponBelanja versi mobile. Untuk hari ni tasha ada berita baik dimana CouponBelanja telah membuat satu photo contest. Syarat yang dikenakan sangat simple. Orang yang tidak mempunyai blog pun boleh join sebab penyertaan bagi contest ini hanya menggunakan Facebook.

Syarat CouponBelanja Photo Contest

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Daftar sebagai ahli CouponBelanja di http://www.couponbelanja.com/registration/photo-contest
3. Jawab soalan di bahagian komen setiap gambar contest di Facebook CouponBelanja  (https://www.facebook.com/couponbelanja/)
4. Berpeluang tinggi untuk menang apabila share gambar di Laman sosial yang lain.

Kriteria untuk menang CouponBelanja Photo Contest

1. Setiap jawapan yang betul akan mendapat 10 point.
2. setiap kali share akan dapat 5 point bonus.
3. Gunakan #photocontest apabila anda share gambar tersebut.
4. Peserta yang mempunyai point tertinggi akan menang.
5. 3 pemenang yang dicari. Mungkin anda salah seorangnya..

Hadiah CouponBelanja Photo Contest

RM75 Gift Card From Zalora Malaysia

Lepas tu boleh la shopping di Zalora ^^

Tarikh penting

Anda masih lagi boleh join Contest ini. Ianya akan tamat pada esok hari iaitu 22 Mac 2016. 
Tarikh untuk umum pemenang pula adalah 24 Mac 2016.

Jadi jom ramai-ramai rebut peluang keemasan ini...












Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Kebaikan Vitamin C



Kebaikan Vitamin C. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Apa jua yang kita makan akan ada kesannya. Tak kiralah cepat atau lambat. Jadi hati-hati dengan apa saja yang kita makan. Macam tu juga dengan vitamin c. Cukup pantang bila baru ja amalkan, orang dah tanya kenapa tak ada kesan pun.. Tu maknanya badan penuh toksin, lagi lambat la kesannya dapat lihat. Yang penting kena sabar, konsisten dan positif.

Selain jaga penampilan luaran, dalam pun kena la jaga juga. Dari hujung rambat sampai la hujung kaki, tubuh kita memerlukan Vitamin yang secukupnya.

Apa itu Vitamin C?

"Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah." Sumber

Kebaikan Vitamin C Powder Nlee Beauty


Vitamin C Powder by NLEE BEAUTY. vitamin C ni adalah 100% pure vitamin c. Tanpa campuran bahan2 lain.

Fungsi :
❤Mencerahkan kulit wajah dan badan
❤Memudarkan parut jerawat dan badan
❤Menutup liang pori di wajah
❤Mengurangkan kulit berminyak
❤Merawat kulit yang bermasalah.
❤Merawat kulit kering
❤Merawat tumit merekah
❤Merawat kulit kusam
❤Merawat eye bag
❤Merawat resedung dan alergi
❤Menguatkan kuku
❤Menguatkan rambut yang rapuh
❤Stabilkan hormon (wanita)
❤Mengimbangi BMI
❤Merawat kulit eczema


Cara kegunaan :-
1.Campurkan ke dalam air masak dan minum
2.Campurkan ke dalam air jus
3.Campurkan dgn setitis air dan sapu ke kawasan yang bermasalah.
4.Campurkan ke dalam air suam untuk merawat selsema.

Sukatan :
SUKU SUDU TEH untuk 1 gelas air.
SATU @ DUA SUDU TEH untuk 1 botol besar (1.5 litter)

WAKTU PENGAMBILAN :
Satu gelas setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam

BERAT:
20GRAM

KEGUNAAN
(Kegunaan 3 hingga 4 minggu)

SESUAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN.
SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA.
SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG ( 3 BULAN KE ATAS) , MENYUSU DAN DALAM PANTANG.

HARGA  vitamin c powder


1 BOTOL : RM30.00 SM RM35.00 SS
3 BOTOL : RM80.00 SM RM85.00 SS
4 BOTOL : RM100.00 SM RM105.00 SS



DAPATKAN VITAMIN C DENGAN TASHA SEKARANG.. 
AGEN SAH NLEE BEAUTY 
AG465 
whatsapp: 0136354165
Facebook: Ushaa Beauty
Instagram: @tashaqishaofficial




Salomon SpeedCross 3

Salomon SpeedCross 3 My new Hiking Shoes.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bagi seseorang yang suka hiking dan newbie macam tasha ni mestilah segala keperluan hiking nak cari kan. Terutama sekali kasut. Jadi try la usha Salomon SpeedCross 3 di dalam satu ig ni.

Kasut Salomon SpeedCross 3

Selain jumpa ig ni, dah banyak ig, facebook yang tasha tengok. Bila ada yang berkenan, saiz pulak tak ada. Sampai la jumpa Sport Victory. Harga lebih murah berbanding ig yang lain. Walaupun murah berbanding yang lain, kualiti Salomon ni sangat baik walaupun bukan yang ori. Kalau nak beli yang original belum cukup duit tabung.. This is my new baby, Salomon SpeedCross 3 Purple Lady 




Selain untuk hiking, Salomon SpeedCross 3 ni juga sesuai untuk jogging, cycling, dan untuk ke gym. The best part is, kasut ni ringan, tapak sesuai untuk hiking kawasan berbatu atau tanah rata. Kiranya sesuai untuk semua keadaan sebab tapak dia sangat grip. Dan reka bentuk kasut ini sangat simple dan cantik.

Diingatkan ye, kalau nak beli salomon SpeedCross 3 ni saiz kena ambil lebih besar dari saiz biasa. Misalnya selalu pakai kasut saiz 5uk, kena la beli saiz 6uk atau 6.5uk. 

Macam mana nak check saiz kaki???

Boleh Ushaa Kakiku Online 

Instagram Sports Victory

Bagi sesiapa yang mencari kasut hiking yang ringan, fleksibel, cantik, murah boleh la usha IG Sports Victory


Bagaimana Cara Untuk Menggunakan CouponBelanja Versi Mobile?

Bagaimana Cara Untuk Menggunakan CouponBelanja Versi Mobile? Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Apa yang ingin tasha kongsikan hari ini adalah sesuatu yang sangat menarik buat anda yang gemar shopping online. Bila shopping ni benda pertama yang dicari mestilah barang yang mempunyai diskaun kan. Disini tasha ingin kongsikan beberapa cara mudah untuk mendapatkan kupon diskaun dari CouponBelanja hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. 

Cara Menggunakan CouponBelanja Dengan Menggunakan Smartphone


1. Layari laman web m.couponbelanja.com 
2. Gunakan butang Search disebelah kanan untuk mencari kupon dengan mudah.
 - Di butang search anda boleh taip apa sahaja yang ingin anda cari: Lazada Malaysia, Zalora Malaysia, amazon dan jenama barangan lain. 
3. Untuk bahagian Featured Coupun yang berada di bahagian atas laman web pula anda boleh lihat kupon yang tengah hangat pada ketika itu. 
4. Untuk butang Stores ini mempunyai senarai laman Shopping online yang menjadi pilihan ramai. 

Stores and Categories CouponBelanja

Untuk memudahkan lagi carian kupon tersebut anda boleh menggunakan butang Stores ataupun Categories yang terdapat dibahagian bawah laman web. Di bahagian Stores terdapat beberapa pilihan laman shopping antaranya Lazada, Zalora, Sephora, Expedia, Reebonz dan pelbagai pilihan laman shopping yang menjadi pilihan anda. 

 


Di bahagian categories ia akan memudahkan untuk mencari barang anda. Misalnya pakaian, jam tangan, buku, barang elektronik, kasut, minyak wangi dan pelbagai lagi. Sekiranya anda tahu barang apa yang ingin dicari penggunaan butang ini sangatlah berkesan. 

Popular Coupon akan membantu anda untuk memilih kupon yang menjadi pilihan ramai. Biasanya kupon yang menjadi pilihan ramai adalah kupon yang mempunyai nilai diskaun yang agak tinggi. betul tak?

Di Groupon Malaysia terdapat lebih 60 laman shopping yang menarik. Disitu ada boleh lihat kupon yang terbaru dan terhangat pada masa itu. 

Pilih lah kupon pilihan anda. Diingatkan setiap kupon mempunyai tarikh luput. Anda perlu menggunakan code kupon yang diberi sekiranya ingin menikmati harga diskaun.

Walaupun budget rendah, anda masih mampu menggunakan barangan berjenama dengan hanya  berbelanja di CouponBelanja. Pastinya jimat dan barang yang anda beli mempunyai kualiti yang lebih baik. 

See that's how easy it is to use CouponBelanja!






WORDLESS WEDNESDAY! #28 | Dexandra Perfume

Dexandra Perfume


Reka bentuk botol yang eklusif dan menarik. Mudah untuk di bawa travel.. macam rupa botol minyak wangi mahal ja kan. Tapi jangan terkejut sebab harga mampu milik dan mampu tahan lama untuk 35ml. 

Tasha suka bau Gucci Flora. Bau sweet soft. Sembur pagi sampai ke petang bau masih lekat. 

Sebarang pertanyaan boleh PM tasha atau
SMS/WHATSAPP ; 0136354165

De'xandra Inspired Perfume Pilihan Wangian Terbaik No 1 Di MALAYSIA

De'xandra Inspired Perfume Pilihan Wangian Terbaik No 1 Di MALAYSIA


Assalamualaikum. Pernah dengar Dexandra Perfume? DAH DAPATKAN DEXANDRA PERFUMES ? 💐



DEXANDRA PERFUMES - Di inspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA . Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.


1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.

Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah

" TAHAN LAMA tak perfumes awak ni?" atau

" Berapa jam ketahanan perfumes ni?


Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka


Oleh itu, DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.


2) BOLEH BAWA SOLAT


" Boleh bawa solat tak?"


​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.


Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL


Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa.


Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama.



4) CIRI-CIRI LAIN DE'XANDRA


  • 35ml , EDP perfume
  • Mudah di bawa TRAVEL
  • Produk bumiputera
  • Tahan lebih lama, lebih 8 jam
  • Setanding produk antarabangsa
  • Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
  • Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

5) TESTIMONI DEXANDRA PERFUME


6) CARA ORDER DEXANDRA PERFUME

Harga Kasih Sayang:
RM65(excluding postage)
SM : RM 7.00
SS : RM 11.00

Untuk sebarang order dan pertanyaan
SMS/WHATSAPP ; 0136354165

“NAK DEXANDRA”
“NAK DEXANDRA”
“NAK DEXANDRA”
Boleh ke FB saya untuk lihat lebih banyak pilihan Dexandra perfume
Tasha aqisha



Delegasi IPT 2015


Delegasi IPT 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 9 November yang lalu. Program 4 hari 3 malam ini berjaya menghimpunkan 14 kelab rekreasi  IPT seluruh malaysia. Antara yang terlibat:



  1. Kelab Kembara MSU
  2. ARC IIUM (Adventure and Recreational Club IIUM)
  3. Persi (Persatuan Rekreasi UITM Perak)
  4. Kresma (Kelab Rekreasi UITM Malaysia) 
  5. Kelab Kembara UMT
  6. Karen (Kelab Rekreasi UNITEN)
  7. T-Rex (Kelab Rekreasi UMP)
  8. Cheveyo (Kelab Sukan Lasak Upsi)
  9. Kerlu (Kelab Rekreasi Luar Upsi) 
  10. Kerex (Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrim UTeM)
  11. Kelab Kembara UTHM
  12. KRUM (Kelab Rekreasi Unikl MIIT)
  13. UMAGS (UNISEL)
  14. Re-X (Kelab Rekreasi UITM KB)

Delegasi IPT 2015


Program ini berlangsung selama 4hari 3malam. Bermula pada 6-9 November 2015 di Teratak Riverview, Tanjong Malim, Perak. Atas kekangan waktu dan jarak perjalanan kelab lain ke destinasi, program ini secara rasminya bermula pada 7 November 2015. Kami telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan kecil seperti Brooks, North Face, ... 

Kami juga perlu melakukan aktiviti dan memasak mengikut kumpulan yang diberi. Nama kumpulan tasha adalah Brooks yang terdiri daripada Nik (Utem), Nicky (MSU), Bah (Unikl), Alif (UMT), Kak Aida (KERLU). 

Talk By S.O.S and Hike to Waterfall (7 November )


Aktiviti pada pagi itu adalah mendengar taklimat Search and Rescue daripada En. Muzafar Mohamad (Director of Silver outdoor Sport). Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada kami apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa berlakunya sesuatu yang tidak diingini.  

Usai taklimat, kami mula memasak untuk hidangan tangahari sebelum memulakan pendakian ke Lubuk Kawah. Walaupun tasha tinggal di Tanjong Malim, itu merupakan kali pertama tasha menjejakkan kai ke Lubuk Kawah. Perjalanan ke lubuk kawah memakan masa hampir 2 jam. Trail ke sana pada awalnya agak santai. Seperti trail ke Sungai Chiling. Namun, makin lama trail semakin curam dan masing-masing kelihatan agak kepenatan untuk mendaki. Dan untuk pertama kalinya tasha kena gigit dengan pacat. Hiking sebelum ini tak pernah lagi menderma darah kepada makhluk itu. Bukan main besar lagi dia.. Dah kenyang katakan...

Aktiviti pada waktu malam pula, kami diminta untuk membuat satu kertas kerja bagi mendapatkan tajaan berkaitan dengan outdoor. Bagi kumpulan tasha kami mencadangkan agar membuat aktiviti bersama masyarakat orang asli. Seperti kita tahu, masyarakat orang asli mempunyai banyak ilmu pengetahuan mengenai outdoor dan ilmu itu boleh kita pelajari dan aplikasi apabila berada di dalam hutan. Selain itu, kami juga mencadangkan untuk membuat Corporate Social Responsibility (CSR), dimana membuat khidmat masyarakat pula kepada mereka setelah mereka berkongsi ilmu dengan kita.


Corporate Social Responsibility di Kampung Balun (8 November)



Hari seterusnya kami membuat CSR di Kampung Balun. Antara CSR yang kami buat adalah membersihkan kawasan kubur dan masjid, sekolah, membantu golongan kelainan upaya, membuat aktiviti dengan kanak-kanak dan aktiviti rewang.

Tasha and the gang telah meluangkan masa dengan kanak-kanak tadika pasti di kampung Balun. Semestinya ramai kanak-kanak yang mencuit hati. Gelagat mereka yang sentiasa buat kami terhibur. Untuk kanak-kanak comel ini kami sediakan bahan mewarna untuk mereka. Memang terhibur tengok gelagat masing-masing ketika mewarna. Pada sebelah petang pula, kami meneruskan aktiviti riadah bersama penduduk disitu.

Untuk aktiviti pada malam tersebut, kami telah diminta untu membuat satu persembahan parodi. Bab ni memang lemah sikit. Tasha bukan ada bakat-bakat berlakon, menyanyi bagai ni. Tapi apakan daya, hentam saja la... Ada yang menghiburkan ada juga kurang terhibur. Ermm, macam group tasha.. hahaha. Anggap saja sebagai pengalaman kan. 

Hardcore Hunting (9 November)


Merupakan hari terakhir kami. Jadi aktiviti untuk hari terakhir adalah Hardcore Hunting. Konsep aktiviti ni macam explorace tapi telah diubah suai sesuai dengan aktiviti outdoor. Ada 11 check point yang melibatkan survival outdoors antaranya water crossing, tubing (boleh rujuk video untuk lihat lebih banyak aktiviti Hardcore Hunting) . Dan adalah insiden yang membuatkan trauma tu kembali semula. Baru masuk check point kedua dah asma.

Bila kita dapat kawal sesuatu ia tidak akan menjadi penghalang untuk kita, tetapi bila sesuatu itu merupakan ketakutan buat kita tidak ada apa yang mampu untuk mengatasinya melainkan cuba melawan. Namun, bila tasha tak dapat nak kawal arus air sungai yang deras tu, tasha dah mula panik akhirnya tersungkur. There another long story about my trauma with water. hahaha....

Lepas habis sahaja hardcore hunting, kami mula membuat persiapan untuk majlis penutup pada petang tersebut. Terasa sangat sekejap masa berlalu. Terdapat banyak happy sad story sepanjang berlangsungnya program ni. Yang penting ilmu yang dikutip akan diaplikasikan untuk kehidupan yang akan datang.

Walaupun berlainan IPT, kami kongsi satu minat yang sama !

Jumpa lagi untuk delegasi akan datang..




Salam Newbie,
Tasha Aqisha












WORDLESS WEDNESDAY! #27 | Delegasi IPT 2015


THE SUMMIT of IPT Outdoor Recreational Assembly 2015, Organised by Kelab Kembara MSU, Management & Science University - 'All for one, One for all'


Pertemuan kelab rekreasi seluruh IPT akan berhimpun di teratak riverview Tanjong Malim selama 4 hari. Selamat menjalani cuti mid sem bersama keluarga KERLU dan Cheveyo UPSI serta kawan-kawan baru.. ^^^


Contest Review Lynk.My 2015

Jom join Contest Review Lynk.My 2015 . Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini terasa nak join contest. Punya la banyak contest sekarang ni yang tertarik menarik. Sampailah tasha tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Lynk.my . Hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan dan berbaloi. 

Contest Review Lynk.My 2015

Dengan contest Review Lynk.My 2015 macam ni la kita dapat memantapkan teknik penulisan dan teknik SEO. Contest Review Lynk.My 2015 berlangsung 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Jadi masih ada peluang untuk rebut wang tunai yang bernilai RM4000. Banyak tu!!! Dan untuk 50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com.

Macam mana Nak Join Contest Lynk.my 2015?

1. Kena ada akaun lynk.my
2. Masuk ke Link ini
3. Review Lynk.my dan masukkan hadiah dan kategori penyertaan mengenai contest review lynk.my 2015.
4. Hantar link penyertaan ke contest@lynk.my dengan format yang betul.

Untuk contest ini anda bebas menulis dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris tanpa had patah perkataan. Janji jangan ada unsur plagiarism ....

Apa itu Lynk.my? 

Lynk.my merupakan laman web yang dapat menyingkatkan url blog atau entri dan link tersebut boleh menjana pendapatan blogger. Url blog tasha yang telah dipendekkan oleh Lynk.my adalah http://lynk.my/GSP . Link url kita boleh kongsikan dimana-mana sahaja sama ada di blog, Facebook, twitter dan pelbagai media sosial yang lain. 

Tawaran Istimewa Untuk Pengiklan Lynk.my

Para pengiklan juga boleh mengiklankan dengan harga yang rendah, berpatutan dan berbaloi. Pendaftaran adalah PERCUMA. Hanya keluarkan modal serendah RM10 sahaja, para pengiklan mampu iklan pelbagai jenis produk, servis dan lain-lain yang ingin diiklankan.

Bagaimana Lynk.my membuat pembayaran?


1. Jumlah didalam akaun lynk anda
3. Pilihan Akaun Bank yang Anda Gunakan
4. Masukkan Jumlah Yang ingin Dikeluarkan
5. Tekan "Request Withdraw" untuk proses Pengeluaran dan permintaan anda akan pending untuk pengesahan pihak lynk

** Proses pengeluaran memakan masa sekurangnya 14 hari waktu bekerja.sebagai contoh sekiranya anda membuat request withdraw pada 28 hb.Ia akan diproses selepas 28 hb iaitu bermula pada hari bekerja.

Senarai Hadiah Contest Review Lynk.My 2015 Mengikut Kategori

Semua hadiah adalah dalam bentuk wang ringgit Malaysia yang akan dimasukkan terus ke akaun pemenang. ( No akaun dan bank pemenang perlu diisi ketika mendaftar di lynk.my )

TOP lynkUNDI

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP SEO 

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200


· Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com


Klik Gambar untuk undi Tasha ^^