10 Tips Hilangkan Nervous Ketika Presentation


“Alamakkk esok nak presentation lah! Takutnya...”

10 Tip Hilangkan Nervous Ketika Presentation | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha percaya pasti semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kita perlu melakukan 'presentation' di hadapan khayalak ramai. Terutamanya pelajar macam tasha..

Tapi, jangan risau! 

Ada 10 tips yang tasha akan kongsikan untuk meningkatkan tahap keyakinan dan nampak lebih tenang. 

1) Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.

2) Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3) Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4) Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5) Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6) Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7) Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8) Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9) Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10) Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.


Upsi Orienteering Challenge (Uporcha)



Upsi Orienteering Challenge (Uporcha) | Kelab Rekreasi Luar UPSI (KERLU) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Upsi dan Majlis Mahasiswa Pelajar UPSI akan menganjurkan UPSI Orienteering Challenge (UPORCHA) seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 4 Jun 2016 

Tempat: Sekitar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City 

Kategori: Terbuka IPT dan orang awam 


Sehubungan itu, KERLU menjemput pihak Tuan/puan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi UPORCHA tersebut. 

Sila dapatkan borang pendaftaran di bawah; 



Dan emailkan semula kepada upsiorienteeringchallenge@gmail.com beserta bukti pembayaran

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari fan page kami: Upsi Orienteering Challenge - Uporcha

cepat-cepat! tarikh tutup pendaftaran adalah pada 21 mei 2016!!!
kami tunggu anda!!

Sekiranya ada mana-mana individu/agensi yang sudi sponsor UPORCHA boleh hubungi tasha 

orienteering upsi



Tips Kekalkan Hubungan Jarak Jauh


Tips Kekalkan Hubungan Jarak Jauh | Jatuh cinta tu mudah tapi nak mempertahankannya bukanlah senang seperti apa yang tertulis dalam bait-bait cinta.

Perlu ada pengorbanan dan juga tanggungjawab. Adakala, bergaduh itu merupakan suatu perkara yang biasa dalam sesuatu perhubungan. 

Juga, sesekali ada waktu di mana keadaaan menjadi sukar buat kamu berdua disebabkan komitmen kerja/belajar.

Jangan sesekali biarkan pasangan kamu merasa sendiri biarpun sedang in relationship. Apatah lagi mengabaikannya

Nah, 10 perkara ini akan menyedarkannya yang kamu selalu ada dalam susah dan senang. 

1) Walaupun kamu berdua sibuk dengan hal masing-masing, janganlah sesekali lupa untuk meluangkan waktu bersama.

2) Jumlah kilometer bukanlah penghalang untuk kamu berdua sentiasa bersama. Sentiasalah berhubung dan jangan sesekali hilang tanpa khabar berita. Bak kata orang, biar jauh di mana namun dekat di hati.

3) Bila si dia menghadapi sesuatu ujian, jangan lupa tugas kamu sebagai tulang belakangnya. Jangan biarkan si dia terasa seperti tiada sapa bersamanya. Ingat janji-janji kamu dahulu, susah dan senang kamu berdua akan sentiasa bersama.

4) Mungkin ada kalanya kamu tidak berapa setuju dengan caranya tetapi janganlah sampai melukakan perasaannya. Beritahu atau tegurnya dengan cara yang lembut.

5) Hormat dan kepercayaan itulah kunci utama yang harus kamu pegang. Jangan sesekali suka menuduh si dia yang bukan-bukan.

6) Sekiranya si dia memberi nasihat, terima dan ambil sebagai pengajaran jika ia benar dan boleh diterima pakai. Bukannya dengan membantah dan berkata, “kau ingat kau je sempurna!”

7) Jika kamu bercuti ke mana-mana, jangan lupa belikan sedikit buah tangan untuknya. Si dia pasti teruja kerana dirinya masih ada dalam fikiran kamu.

8) Walaupun si dia cuba menyembunyikan kesedihannya kepada kamu, jadilah orang pertama yang tahu keadaannya. Jangan sesekali kamu mengabaikan apa yang dia rasakan. Elak daripada berperasaan seperti “HATI KERING’.

9) Kamu berdua mempunyai hala tuju yang berbeza. Namun ingat! jangan pernah sesekali lupa untuk memberi dorongan agar si dia terus mengejar cita-citanya.

10) Bercinta bukanlah bermaksud kamu boleh memonopoli semua kehidupannya. Ingat, si dia masih ada hak dan privasi yang harus kamu hormati.

credit: remaja



Kebaikan Air Beras Dalam Kecantikan

air beras


Kebaikan Air Beras Dalam Kecantikan | Sebelum menanak nasi, kamu akan membasuh beras dahulu dengan air sehingga air beras tidak menjadi terlalu warna putih. Air cucian beras itu selalu kamu akan buang kerana kamu fikirkan ia tidak mendatangkan manfaat buat kamu.

Ternyata kamu silap! Terdapat 6 kebaikan air cucian beras boleh digunakan dalam kecantikan. Air beras yang mengandungi pelbagai khasiat tersembunyi yang akan membuat kamu lebih cantik dan jimat dalam mencari produk kecantikan di pusat membeli-belah. 


6 khasiat yang terdapat di dalam air beras 

Warna Kulit

Air cucian beras dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum yang berlebihan yang terdapat pada kulit muka kamu. Cara penggunaannya adalah dengan merendamkan kapas di dalam air cucian beras itu dan lapkan pada kulit muka ada. Jika kamu melakukan ia sebagai rutin, hasilnya kulit wajah kamu akan menjadi lebih lembut dan segar.

Topeng Muka

Selain itu, air cucian beras juga dapat menggantikan topeng muka yang kebanyakkan dijual di premis kecantikan. Cara penggunaannya adalah ambil topeng muka yang sudah tidak pakai atau kain. Rendamkan di dalam air cucian beras selama 10 minit. Kemudian letakkan pada wajah kamu dan biarkan selama 15 minit. Kamu akan merasa kesegaran di kulit wajah selepas memakainya.

Pencuci Muka

Air cucian beras selalunya berwarna putih pekat dan ternyata ia mengandungi pelbagai kahsiat di dalamnnya. Kamu boleh menyimpan air cucian beras di dalam botol atau bekas yang sesuai. Ia boleh digunakan sebagai pencuci muka buatan sendiri. Khasiatnya baik untuk mencerahkan kulit muka kamu itu. Kamu akan nampak perbezaannya selepas memakainya secara harian. Ia ternyata lebih selamat daripada produk kosmetik yang sedia ada dan kebanyakkan mengandungi bahan kimia.

Mengecilkan Liang Pori-Pori

Kelebihan menggunakan air cucian beras dalam kecantikan wajah adalah amat baik sekali. Ia dapat mengecil liang pori dan membuatkan kulit wajah kamu lebih segar dan anjal. Cara untuk mengecilkan liang pori ialah rendamkan kapas ke dalam air cucian beras dan lapkan kapas tersebut pada kulit muka. Usap dan urut secara perlahan-lahan setiap kali kamu sapu air cucian beras di muka.

Jerawat

Bukan semua produk kosmetik sesuai dengan kulit wajah kita. Ada produk kosmetik yang akan membuatkan kulit kamu lebih teruk dan hodoh. Ia kerana bahan kimia yang dipakai tidak bersesuaian dengan kulit wajah kamu. Tetapi jangan kamu terkejut bahawa air cucian beras boleh juga menghapuskan jerawat dan jeragat di kulit muka. Air cucian beras ini terbukti dan ternyata dapat menyembuhkan masalah kulit muka secara semula jadi dan lebih cepat.

Pencuci Rambut

Selain pada wajah, air cucian beras juga boleh digunakan sebagai alat pencuci rambut. Dengan air cucian beras ini, ia akan memberi rambut kamu lebih bersinar tanpa memerlukan rawatan yang mahal. Caranya agak mudah, tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan syampu agar bau air cucian beras tidak melekat di rambut.

kredit :Remaja


Drama Mr Boss Miss Stalker

Mr Boss Miss Stalker

Pelakon Mr Boss Miss Stalker

Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria

Mula Tayangan : 22 April 2016
Masa: [Setiap Jumaat - Ahad, 7 mlm]


Sinopsis Mr Boss Miss Stalker

Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

“Antara nyata dan mimpi…
Ada hati yang ingin kutawan…
Tapi, dalam lain dimensi…
Hatiku kau jadikan tawanan….”




This entry was posted in

7 Kesilapan Semasa Interview



7 Kesilapan Semasa Interview | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tidak semua syarikat di dunia mementingkan resume yang diberikan pemburu kerja semasa temuduga. Penemuduga selalunya mengambil masa kurang 10 minit untuk menyelak resume yang diberi, dan selebihnya bergantung kepada bahasa badan calon temu duga itu sendiri.

Bahasa badan atau 'body language' sering dipandang remeh atau langsung tidak dipedulikan oleh calon temuduga disebabkan mereka terlalu fokus kepada penyampaian resume atau penampilan diri.

Namun sebaliknya, pergerakan badan memainkan peranan penting dalam menyokong resume calon, sekali gus menampilkan calon sebagai individu yang berkeyakinan tinggi atau kreatif.

7 kesilapan besar semasa temuduga


1. Postur duduk atau diri yang teruk

Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang nampak tidak berkeyakinan atau malas. Majikan mahukan mereka yang berdiri tegap, duduk tegak dan kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada sebarang perbincangan.

Tambahan pula, berdiri tegap dan duduk tegak mampu memberikan rangsangan kimia yang positif di dalam otak individu.

2. Jabat tangan yang 'buruk'

Berjabat tangan dengan yakin dan tunjukkan siapa yang sebenarnya bersifat dominasi! Tiada majikan mahu mengambil pekerja yang 'lembik'. Mulakan jabat tangan dengan keras dan yakin.

3. Tangan berpeluh

Tak cukup dengan jabat tangan lemah, tangan berpeluh pula. Basuh tangan menggunakan air sejuk di bilik air mampu memberikan tangan kering selama 10 minit, secara kasarnya. Tangan yang kering mampu memberikan impak maksimum ketika berjabat tangan.

4. Kurang Eye Contact

Calon yang kurang hubungan mata (eye contact) menunjukkan diri mereka tidak serius, tambahan lagi untuk calon yang selalu bermain pen, kertas, rambut atau apa sahaja apabila sedang berhadapan dengan orang penting.

Hubungan mata yang baik mampu memberikan keyakinan kepada kedua-dua belah pihak atau pihak yang terlibat, dan ia boleh berlaku tanpa sebarang komunikasi!

5. Gelisah

Perlakuan gelisah terutamanya 'fidget' seperti menggoyang kaki, mengetuk jari mahupun bermain rambut langsung tidak membantu ketika temuduga. Calon sangat digalakkan untuk meletakkan tangan di paha dan memandang tepat kepada mata si penemuduga.

6. Nampak bosan

Penemuduga tidak mahu berjumpa dengan individu yang kelihatan tidak berminat atau calon yang asyik fikir tentang hal-hal lain semasa temuduga. Elakkan kelihatan seperti tidak berminat dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada pertanyaan penemuduga dan jawab soalan mereka dengan baik.

7. Senyumlah!

Senyum memberikan tenaga yang positif kepada orang-orang di sekeliling. Jika calon mempunyai barisan gigi yang cantik, ia adalah satu bonus. Ceriakan mereka yang berada di sekeliling dan penemuduga yang mungkin mempunyai mood tidak elok pada hari temuduga.





Langsingkan Badan Dengan Tidur


Langsingkan Badan Dengan Tidur | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kebanyakan orang beranggapan bahawa olahraga, bersenam dan diet adalah salah satu cara untuk kekal langsing. Tetapi pada masa yang sama, ramai juga kurang sedar bahawa melalui tidur yang cukup dan berkualiti, ia turut membantu untuk terus kekal dengan tubuh ideal dan menawan.

5 Disiplin Tidur Yang Mesti Dipatuhi

MAMPU KAWAL TAHAP PEMAKANAN

Ia adalah normal sekiranya kamu bangkit daripada tidur dan berasa lapar. Tetapi kondisi lapar tersebut akan membuatkan kamu tidak dapat mengawal nafsu makan sekiranya kamu tidak cukup tidur. Hasilnya kamu akan bangun dan terus mengisi perut sepuas-puasnya. Berbeza sekiranya kamu sudah cukup tidur kerana perut akan merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama serta keinginan untuk makan tetap ada tetapi keinginan tersebut tidak melampau seperti saat kamu kurang tidur.


MEMILIH MAKANAN YANG LEBIH SIHAT

Tidur yang cukup mampu mengimbangi dan melaraskan fikiran kamu dalam menentukan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat. Kamu tidak akan mengambil makanan mengikut sesuka hati dan nafsu kamu semata-mata sebaliknya kamu lebih sedar dan berdisiplin dalam memilih makanan tersebut.


MENJADIKAN MOOD LEBIH BAIK

Tahukah kamu tidur yang cukup juga mampu mempengaruhi mood kamu. Sekiranya kamu kurang rehat mahupun kurang tidur, kamu akan merasa malas dan lemah untuk menjalani aktiviti seharian. Tetapi ketika kamu sudah cukup tidur, segala cas dan tenaga telah terisi dengan penuh menjadikan kamu mood kamu lebih baik, ceria, lebih aktif dan bersemangat. Sekiranya tidak mempunyai mood, terdapat segelintir yang gemar memilih jalan mudah iaitu dengan makan. Bahananya, berat kamu pasti bertambah.


MAMPU MEMPENGARUHI PROSES PENCERNAAN

Kesukaran membuang air besar bukan sahaja disebabkan kekurangan serat malah tubuh yang stres juga mampu mempengaruhi masalah ini. Salah satu faktor terjadinya stres ialah apabila kamu kurang tidur dan istirahat. Jadi, pastikan kamu menitik beratkan soal tidur supaya masalah pencernaan dapat diatasi.


LEBIH BERSEMANGAT UNTUK TERUS KEKAL LANGSING

Keinginan berolahraga, bersenam dan berdiet bukan disebabkan bosan dan malas tetapi tubuh berteriak keletihan dan kepenatan. Salah satu faktor terjadinya perkara sebegini adalah kurang rehat dan tidak cukup tidur. Hasilnya, lemak dan kalori di dalam tubuh tidak dapat dibakar dan bagaimana berat badan akan turun sekiranya kamu terus membiarkan lemak tersebut bermaharajalela di dalam tubuh kamu! Jadi tunggu apa lagi, padamkan lampu, jauhkan gajet dengan kamu seketika, tarik nafas setenangnya, lupakan segala masalah dan lelaplah mata kamu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.






20 Fakta Lelaki Yang Kamu Patut Tahu


20 Fakta Lelaki Yang Kamu Patut Tahu | Tidak dinafikan kaum lelaki agak misteri, gemar menyembunyikan sesuatu dan berahsia. 

Jom singkap 20 fakta dan misteri seorang lelaki untuk memahami dan mengenali mereka dengan lebih baik bila menjalinkan hubungan.

1. Lelaki memang suka perempuan yang cantik, namun tidak semua yang akan bersungguh-sungguh untuk mendekati perempuan tersebut kerana bagi mereka, mereka hanya suka melihat sahaja.

2. Lelaki boleh mengambil masa beberapa minit sahaja menyukai seseorang! Malah, mereka juga boleh melupakan seseorang dalam sekelip mata!

3. “Awak buat apa tuh?” atau “Awak dah makan?” itu memang soalan lazim mereka untuk memulakan perbualan. Ini adalah satu teknik lelaki untuk membuangkan gugupnya ketika berbicara dengan kamu.

4. Lelaki lebih terpikat dengan perempuan yang ‘jual mahal’ kerana bagi mereka lebih mencabar.

5. Buat pengetahuan kamu, lelaki suka jika tangannya di sentuh oleh pasangannya tidak kiralah sama ada sengaja atau tidak di sengajakan. (tapi kalau belum kahwin, kau lempang je dia okey )

6. Hati-hati ketika menghantar pesanan ringkas pada seorang lelaki, kerana jika kamu hantar pesanan yang tidak lengkap mereka akan terus ‘jump into the conclusion’.

7. Lelaki memang nakal, adakalanya sampai boleh di katakan ‘ulat bulu naik daun’ jugalah. Namun, di sebalik kenakalan mereka, bila mereka berhadapan dengan wanita idaman mereka akan terdiam dan membisu seribu bahasa. Percayalah!

8. Jika kamu kata ‘TIDAK’ pada lelaki, mereka tidak akan terus berputus asa. Malah mereka akan menganggap perkataan itu seperti ‘Sila cuba lagi!’.

9. Lelaki suka seorang perempuan yang kelakar, spontan, dan agak kalam kabut (in a good way) kerana, bagi mereka perempuan seperti ini comel dan boleh membuatkan hatinya sentiasa tercuit.

10. Mereka sangat berharap mempunyai seorang kekasih hati yang boleh di jadikan sebagai ‘geng kamcing’ mereka juga.

11. Kamu boleh menguji kesetiaan dan keikhlasan seorang lelaki, namun jangan berterusan dan berlarutan kerana lama kelamaan mereka akan mula hilang minat dengan kamu.

12. Lelaki lebih suka meminta nasihat dan pandangan daripada kaum sejenisnya sahaja manakala perempuan pula hanya tempat meluahkan isi hati dan rasa.

13. Jika si dia suka mengusik kamu sehingga adakalanya membuatkan kamu tersipu-sipu itu bermakna si dia menyukai kamu.

14. Mereka akan menjadi ‘singa’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi bila dengan kekasih hati mereka akan terus bertukar menjadi ‘kucing’ yang paling jinak dan manja.

15. Walaupun dalam keadaan cemas dan tegang mereka akan sentiasa berlagak ‘cool’ dan tenang untuk menghadapinya. Padahal dalam hati degupannya dah seakan bunyi ‘heavy metal’. Jadi nak tahu si dia betul-betul cuba menyembunyikan gugupnya atau sebaliknya lihat adakah si dia berpeluh atau tidak.

16. Jika lelaki kata dia gagal mengenali kamu itu bermakna si dia cuba ingin memberitahu kamu tidak ‘sekepala’ dengannya.

17. Sekirannya kamu di jadikan sebagai tempat mengadu nasib tentang hubungan dengan kekasih hatinya percayalah, selepas sahaja dia memutuskan hubungan kamu pasti akan dijadikan sebagai penganti! Kerana mereka akan tertarik dengan sikap penyabar dan keikhlasan kamu berkawan dengannya.

18. Jika di siang hari mereka menghabiskan masa dengan berpuluh wanita yang berbeza, di malam hari sebelum melelapkan mata hanya akan ada satu nama sahaja yang bermain di fikirannya.

19. Lelaki lebih cerewet memilih pasangan hidup. Jadi, hati-hati ya kaum perempuan kerana tidak semestinya kamu sudah bersama dengannya 10 tahun kamu confirm akan jadi pasangan hidupnya.

20. Mereka lebih tertarik dengan perempuan yang jauh lebih tua daripadanya ketika mereka berusia 23 tahun ke atas kerana sewaktu itu mereka mula memikirkan sesuatu hubungan yang lebih serius berbanding biasa.



Scrub Muka Dengan Vitamin C Powder Nlee Beauty

Scrub Muka Dengan Serbuk Vitamin C Nlee BeautyMakin Lama Makin Ketagih Nak Scrub Muka Dengan Serbuk Vitamin C Lemon Ni. Seriously Scrub Ajaib. Kesan Serta Merta Wajah Lebih Cerah Sekata & Pori Semakin Halus Tertutup. Kulit Lembut Lepas Scrub.

🔹amaran Keras!!
Anda Dilarang Melakukan Scrub Muka Dengan Serbuk Vitamin C Jika Anda :-
❌ Mempunyai Jerawat Yang Bernanah. Dikhuatiri Akan Meninggalkan Kesan Luka. Biar Jerawat Kecut Secara Semulajadi Atau Letakkan Saja Campuran Serbuk Vcp Dgn Air Dikawasan Bermasalah Sehingga Kering.
❌ Mengalami Jerawat Pasir
❌ Mempunyai Kulit Yang Nipis / Sensitif Akibat Penggunaan Penjagaan Kulit Yang Mengandungi Bahan Kimia Terlarang Seperti Hidrokuinon / Merkuri / Peraben. Wajah Anda Akan Mudah Melecet.

🔹 Anda Digalakkan Melakukan Scrub Jika Anda :-
✔️Mempunyai Kulit Normal
✔️Berminyak 
✔️Kusam 
✔️Pori Besar 
✔️Jeragat 
✔️Gelap 
✔️Parut 
✔️Kombinasi.

🔹cara Penggunaan :-
Campurkan Sikit Serbuk Vitamin C Dengan Air Mengikut Sukatan Yang Diperlukan Then Scrub Membulat Secara Perlahan-Lahan Ke Seluruh Wajah Dalam Masa 5 Minit. Lebihkan Di Kawasan Bermasalah Seperti Biji Nasi/ Whitehead/ Dll. Anda Akan Rasa Sedikit Pedih Apabila Pertama Kali Melakukan Scrub Kerana Proses Pengecilan Pori Sedang Berlaku. 1-2x Sahaja Seminggu.

DAPATKAN VITAMIN C DENGAN TASHA SEKARANG.. 
AGEN SAH NLEE BEAUTY 
AG465 
whatsapp: 0136354165
Facebook: Ushaa Beauty
Instagram: @tashaqishaofficial



Cara Buat Masker Dengan Vitamin C Nlee Beauty

Cara Buat Masker Dengan Vitamin C Nlee Beauty | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Seperti yang kita tahu Vitamin C ni mempunyai pelbagai kegunaan. Jadi, sekarang Tasha nak share macam mana nak buat masker dengan vitamin c Nlee beauty. 

Vitamin C Powder ni adalah pure lemon. Jadi macam anda campurkan perahan lemon dalam bahan-bahan lain. Jadi dengan serbuk vitamin c, anda dah tak perlu masukkan lemon. Anda ada pilihan nak campur vitamin c dengan bahan lain seperti bahan-bahan di bawah: 

VCP + air masak = kecutkan jerawat
VCP + putih telur = untuk hilangkan blackheads
VCP + madu = sekatakan warna kulit
VCP + yogurt = glowing
VCP + bedak sejuk

Bagi yang mempunyai kulit sensitif, jangan biarkan masker terlalu lama. Cukup dalam 10-15 minit sahaja dan anda boleh lakukan masker 1 kali seminggu.

DAPATKAN VITAMIN C DENGAN TASHA SEKARANG.. 
AGEN SAH NLEE BEAUTY 
AG465 
whatsapp: 0136354165
Facebook: Ushaa Beauty
Instagram: @tashaqishaofficial





Putihkan Gigi Dengan Pisang



Suka makan pisang? Tentu bahagian isi sahaja yang dimanfaatkan. Kulit pisang buang begitu sahaja.


Kini, kamu boleh memanfaatkan kulit pisang dengan cara yang terbaik. Tahukah kamu, Menggosok gigi dengan kulit pisang selama 2 minit dapat memutihkan gigi? Ini kerana kulit pisang kaya dengan kandungan mineral seperti pottasium dan magnesium yang menjadi agen pemutih gigi.


Gosokkan kulit pisang di bahagian dalam selama dua hingga lima minit pada gigi. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bersihkan gigi kamu.


Kamu boleh melakukan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksima.



Rahsia Tahi Lalat Di Muka


Rahsia Tahi Lalat Di Muka | Assalamualaikum. Siapa ada tahi lalat? Angkat bahu. Cuba perhatikan muka masing-masing di hadapan cermin ataupun tanya ja kawan-kawan. Ada tak tahi lalat di sekitar muka? 

Kalau ada tahi lalat di muka, cuba tengok area mana tahi lalat tu. 

Tahu tak setiap tahi lalat tu melambangkan karakter kita. Betul tak? Kalau nak tahu kena la baca sampai habis.


1# TENGAH DAHI : Orangnya seorang yang degil dan agak keras kepala.

2# TENGAH KENING : Golongan yang kuat berfikir.

3# ATAS KENING : Seorang yang cekal dan tidak mudah berputus asa.

4# TEPI MATA : Jika kamu lelaki, kamu seorang yang sangat gentleman. Jika perempuan, kamu mempunyai karakter lemah-lembut dan seksi.

5# DI KENING : Bertuah, pandai dan bijak. Malah, ada sifat artistik.

6# HIDUNG : Sangat cerewet dan agak sukar untuk di fahami.

7# DAGU : Sangat aktif dan sentiasa bergerak ke sana-sini.

8# BAWAH MATA : Cepat gemuruh dan mudah bimbang.

9# TELINGA : Berpendidikan, tertib dan terjaga perwatakannya.

10# BAWAH BIBIR : Manis dan pemalu orangnya.

11# ATAS BIBIR : Kuat berleter, mempunyai kata-kata yang ‘tajam’ dan kuat memerli.

12# TEPI BIBIR : Bijak menyusun kata dan selalu menggunakan ayat-ayat manis untuk memikat orang.

13# KELOPAK MATA : Kuat bergaduh, selalu ‘panas’ dengan ahli keluarga dan agak garang orangnya.


Contest Duit Raya RM2,199 Hidup Menakjubkan x Oh! Pilihanku

hidup menakjubkan

Hidup Menakjubkan | Hidup Menakjubkan adalah program coaching 28 hari yang akan mengajarkan kunci luar biasa yang akan membantu mendapatkan transformasi yang hebat dalam hidup anda. Program Hidup menakjubkan ini merupakan hasil kerjasama Hidup Menakjubkan dengan Oh Pilihanku

Setiap orang mempunyai impian dari pelbagai aspek sama ada perhubungan, kekayaan, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. Tetapi anda was-was dan anggap impian tu sekadar impian. Terlalu tinggi impian anda tu. Mustahil nak capai. Percaya tak kalau saya katakan ada program yang mampu coaching anda untuk capai semua impian tu? Dengan coaching selama 28 hari anda anda akan diajar cara untuk ubah impian anda menjadi kenyataan.

Apa itu Program Hidup Menakjubkan?

Program Hidup Menakjubkan mempunyai 28 modul beserta 1 modul bonus. Dan anda akan diajar untuk melakukan 1 modul 1 hari selama 28 hari. Dan selepas itu anda dapat rasakan perubahan yang berlaku dalam kehidupan anda. Satu per satu pintu impian akan mula terbuka.

Program ini menekankan dengan kuasa kesyukuran anda mampu mendapatkan segala yang anda inginkan. Apa yang bestnya pasal program ini adalah teknik yang dikemukakan oleh Rhonda Byrne salah seorang guru Laws of Attraction dalam buku The Magic akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan ianya berlandaskan syariat Islam.

Perkataan ajaib yang sering diungkapkan dalam program ini adalah”Terima Kasih, terima kasih, terima kasih”. Ia adalah bukti kesyukuran kita terhadap semua benda yang berlaku pada kita.
Jangan risau anda akan di coaching sehingga anda mampu mengusai modul-modul tersebut. Jika anda ada masalah pada mana-mana modul, anda boleh ja email kerana program ini mempunyai unlimited e-mail coaching.

Cuba anda bayang dan list apa impian anda?

Nak rumah besar?
Nak kereta apa?
Pendapat bulanan berapa?
Nak bawak family bercuti di mana?
Kehidupan yang hebat?
Keluarga yang hebat?


Anda nak impian anda tercapai, tapi anda tidak tahu dari mana nak mula??? Serta Program Hidup Menakjubkan sekarang dengan Diskaun Hari Raya 74% OFF. 

Dengan hanya RM150 anda dah boleh sertai Program Hidup Menakjubkan.

kod kupon Diskaun Hari Raya 74% OFF 
 “HM15" 

>>Klik banner di bawah untuk sertai  sekarang<<


Apa yang didapati dengan program Hidup Menakjubkan?

  1. 33 x Audio File coaching Hidup Menakjubkan
  2. Transcript/E-Book Hidup Menakjubkan
  3. Unlimited Email Transformasi Hidup bersama coach Hidup Menakjubkan
  4. Akses eksklusif group VVIP Facebok Hidup Menakjubkan
  5. Toolkit Law of Attraction Hidup Menakjubkan
  6. Toolkit Life Planner Hidup Menakjubkan
  7. Toolkit Planner Matlamat Hidup Menakjubkan
  8. Toolkit Financial Planner Hidup Menakjubkan

Menang Duit Raya RM600!


Syarat untuk sertai Duit Raya RM600
  1. Mesti sertai Program Coaching Hidup Menakjubkan
  2. Aplikasikan teknik yang dipelajari 
  3. Kongsikan kisah tranformasi anda di Facebook dengan menggunakan #HidupMenakjubkan
  4. Kisah yang mendapat banyak share berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM600.
  5. Pertandingan RM600 Hidup Menakjubkan akan diadakan sehingga 20 Julai 2016.
Nak sebuah kehidupan yang menakjubkan bukanlah suatu yang mustahil jika anda berdiri di atas paksi yang betul. Yang penting positif dan bersyukur. 

"Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih "